Majun yang mengandungi steroid

















[ Maklumat dari Public Health Malaysia ]

Jika anda mahu tulang rapuh seperti biskut silalah makan Majun yang telah dikesan mengandungi steroid ini. 

Selepas ambil produk mengandungi steroid, memang anda akan rasa bertenaga yang lega hilang segala gejala. 

Tetapi kesan sampingan yang bakal menanti lebih menakutkan. Mata boleh menjadi buta akibat glaucoma, tekanan darah boleh meningkat sehingga jantung berhenti dan salurah darah di otak boleh pecah menyebabkan strok.

Fosil dinasour di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan



Pasukan penyelidik Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendakwa menemui kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan spesies Sauropod berusia 145 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau, Kelantan.

Penemuan fosil tersebut adalah hasil kajian ekplorasi geosains oleh pasukan penyelidik UMK yang diketuai Pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Profesor Surono Martosuwito bersama Profesor Udi Hartono dibantu Mohd Syakir Sulaiman.


Arham Muchtar berkata, aktiviti dan penyelidikan itu bermula pada Mei 2017 lagi dan telah berjaya menemukan fosil tapak serta laluan trek dinosaur dari Sbgrup Sauropod.

“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dulu dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan.

“Ini adalah salah satu penemuan dari banyak penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang kami laksanakan di Kelantan,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, lanjutan daripada penemuan itu, pihaknya telah menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk 'The Sauropod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan' sempena dengan penganjuran Conference on Tropical Resources & Sustainable Sciences (CTRESS) 2.0 secara dalam talian pada 10 dan 11 Ogos 2020.

Beliau berkata, pasukan tersebut turut menemui tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter (m) persegi.

"Fosil Sauropod itu dianggarkan berusia antara 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal," katanya.

Katanya, pasukan sama juga telah mengenal pasti bahawa tujuh tapak kaki fosil Dinosaur Sauropod itu adalah sejenis reptilia berkaki empat daripada spesies herbivor iaitu hidupan yang memakan tumbuh-tumbuhan.

“Berdasarkan bukti tapak kaki, haiwan ini dipercayai memiliki tubuh yang besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 sehingga 40 tan.

“Spesies Dinosaur Sauropod dikenali juga sebagai haiwan terbesar yang pernah hidup di muka bumi ini.

“Kejayaan ini amat bermakna bagi UMK terutamanya dengan penubuhan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi yang menjalankan penyelidikan ke atas hidupan dinosaur ini," katanya.

Arham Muchtar berkata, penyelidik telah menghabiskan masa lebih 10,000 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di Kelantan.

Beliau berkata, berdasarkan penemuan itu pihaknya mengenal pasti fosil Sauropod ini berdasarkan morfologi tapak kaki dan kesan trek yang dijumpai kemudian mendapat pengesahan pakar dinosaur dunia berasal dari Jepun.

Menurutnya, mengikut kepada keadaan struktur muka bumi dan geologi di kawasan Bukit Panau pihaknya mendapati bahawa Saurapod itu hidup pada persekitaran daratan khususnya di sekitar sungai berliku.

“Sehingga kini kami belum dapat menentukan spesies Sauropod ini sebab data yang diperlukan masih belum mencukupi.

“Aktiviti penyelidikan dan pencarian dinosaur di kawasan ini bukan perkara baru kerana sekurang-kurangnya sejak tahun 2016, pihak kami telah melaksanakan beberapa kajian sama ada oleh ahli geologi daripada dalam mahupun luar negara,” katanya.

Katanya, kewujudan dinosaur di Bukit Panau sudah dijangka oleh banyak ahli geologi berdasarkan keadaan geologi yang dapat dikaitkan dengan beberapa kawasan di Thailand Selatan mengandungi fosil dinosaur.

“Kami mengharapkan dalam masa terdekat semua pihak dapat memberi kerjasama yang positif bagi meneruskan kajian ini. Kami percaya masih ada beberapa lagi jenis fosil dinosaur yang masih tersimpan dalam batuan di Bukit Panau,” katanya.

Kredit :
- Bernama (gambar)
- Teks (sinar harian)

Video ledakan kedua di Beirut, Lubnan


Pada waktu petang 4 Ogos 2020, pada jam 6:08 petang, waktu tempatan , letupan berganda berlaku di bandar Beirut, ibu negara Lubnan. Letupan ini berlaku di Pelabuhan Beirut dan meninggalkan sekurang-kurangnya 100 orang maut dan sekurang-kurangnya 4,000 orang tercedera. Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan antara 200,000 dan 250,000 orang kehilangan rumah oleh letupan ini.

Letupan utama berhubung lebih kurang 2,750 tonne (3,030 short ton) ammonium nitrat yang telah dirampas oleh kerajaan daripada sebuah kapal terbiar dan disimpan di pelabuhan tanpa langkah keselamatan selama enam tahun sebelumnya. 

Ammonium nitrat mempunyai sejarah panjang bencana industri di seluruh dunia, dan oleh itu telah diberhentikan secara berperingkat-peringkat disebabkan kebimbangan salah guna dan keselamatan. Anggaran kesan setaraan bagi letupan ini antara 100 hingga 3,000 tonne (110 hingga 3,300 short ton) TNT.


Ammonium Nitrat : Punca letupan di Lubnan


Sayu hati bila mendengar berita tentang letupan di Beirut, Lubnan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain. 

PM Hassan Diab menyatakan ia berpunca daripada 2,700 Tan ammonium nitrate yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut. Video menunjukkan terdapat api yang marak disusuli dengan letupan seperti bom atom yang membentuk awan mushroom. 

Apa itu ammonium nitrat?
Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃, dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. 

Ianya juga bahan utama di dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan. 

Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ianya perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Dan ini berlaku di Beirut. 

Apa punca letupan itu?
Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri. Malah, ianya lebih adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran bahan lain. Sebab itu, ianya sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana kawasan yang kurang oksigen, dengan adanya Ammonium nitrate akan menghasilkan oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain. 

Namun di suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Dan Gas inilah yang akan menyebabkan letupan. 

Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan ini, ianya boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin China pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang Ammonium nitrat. 

Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut, tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa ketika kebakaran berlaku. 

Memang sukar sebenarnya Ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat Ammonium nitrat disimpan. 

Malah ianya tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan ianya telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul. 

Ini dapat dibuktikan dengan amaran yang telah diberikan kepada pengilang 2700 Tan yang telah disimpan selama 6 tahun tanpa keselamatan yang baik. 

Kesan kepada kesihatan?
Letupan ammonium nitrat akan menghasilkan nitrogen dioksida, gas berwarna merah dan baunya sangat busuk. 

Gas ini selalunya berada di persekitaran yang tercemar dan selalu digunakan sebagai aras kualiti udara sesuatu kawasan/bandar. 

Ianya dikhuatiri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah paru-paru. Keadaan ini mungkin akan ada di sana selama beberapa hari. 

Keadaan di Beirut mengajar kita untuk menyimpan baja dalam keadaan yang betul. Mari kita doakan semoga Beirut kembali pulih daripada musibah yang telah melanda.

Gangguan bekalan air di Melaka



Makluman Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin pada 5 Ogos 2020.

Jika gambar tidak jelas, rujuk pada laman web Syarikat Air Melaka Berhad.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang secukupnya. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan