Ammonium Nitrat : Punca letupan di Lubnan


Sayu hati bila mendengar berita tentang letupan di Beirut, Lubnan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 78 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain. 

PM Hassan Diab menyatakan ia berpunca daripada 2,700 Tan ammonium nitrate yang disimpan berdekatan dengan pelabuhan bandar tersebut. Video menunjukkan terdapat api yang marak disusuli dengan letupan seperti bom atom yang membentuk awan mushroom. 

Apa itu ammonium nitrat?
Ammonium nitrat atau formulanya NH₄NO₃, dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. 

Ianya juga bahan utama di dalam proses letupan untuk menggali mineral yang mana bahan ini dicampur dengan minyak dan dihidupkan dengan cas letupan. 

Untuk industri ammonium nitrat menjadi satu letupan yang bahaya, ianya perlu melalui proses yang panjang dan banyak masalah perlu berlaku. Dan ini berlaku di Beirut. 

Apa punca letupan itu?
Ammonium nitrat tidak akan terbakar dengan sendiri. Malah, ianya lebih adalah sumber oksigen yang akan mempercepatkan proses pembakaran bahan lain. Sebab itu, ianya sangat berfungsi di dalam perlombongan di mana kawasan yang kurang oksigen, dengan adanya Ammonium nitrate akan menghasilkan oksigen untuk proses pembakaran minyak dan bahan bakar lain. 

Namun di suhu yang sangat tinggi, ammonium nitrat akan terurai dan menjadi nitrogen oksida dan wap air. Dan Gas inilah yang akan menyebabkan letupan. 

Jadi kalau ada api marak berdekatan dengan bahan ini, ianya boleh menyebabkan letupan seperti yang juga berlaku di Tianjin China pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 175 orang di sebuah kilang Ammonium nitrat. 

Walaupun kita tidak tahu punca sebenar di Beirut, tetapi kita dapat lihat melalui video, letupan itu berlaku setelah beberapa ketika kebakaran berlaku. 

Memang sukar sebenarnya Ammonium nitrat meletup disebabkan kebakaran. Kebakaran perlu berlaku dan kekal lama di tempat Ammonium nitrat disimpan. 

Malah ianya tidak akan meletup dengan sendiri tanpa minyak melainkan ianya telah ada pencemaran silang akibat daripada penyimpanan stok yang tidak betul. 

Ini dapat dibuktikan dengan amaran yang telah diberikan kepada pengilang 2700 Tan yang telah disimpan selama 6 tahun tanpa keselamatan yang baik. 

Kesan kepada kesihatan?
Letupan ammonium nitrat akan menghasilkan nitrogen dioksida, gas berwarna merah dan baunya sangat busuk. 

Gas ini selalunya berada di persekitaran yang tercemar dan selalu digunakan sebagai aras kualiti udara sesuatu kawasan/bandar. 

Ianya dikhuatiri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah paru-paru. Keadaan ini mungkin akan ada di sana selama beberapa hari. 

Keadaan di Beirut mengajar kita untuk menyimpan baja dalam keadaan yang betul. Mari kita doakan semoga Beirut kembali pulih daripada musibah yang telah melanda.

Gangguan bekalan air di Melaka



Makluman Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin pada 5 Ogos 2020.

Jika gambar tidak jelas, rujuk pada laman web Syarikat Air Melaka Berhad.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang secukupnya. Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

Ikan memandu kenderaan ?


Sebuah perisian komputer dari Zeist, Belanda iaitu Studio Diip telah membangunkan sebuah robot yang dapat dikendalikan oleh seekor ikan kecil dan membiarkan ikan itu bergerak sendiri untuk menjelajahi persekitarannya. "Computer Vision" mengesan lokasi ikan di dalam tangkinya dan ke arah mana pun ikan itu berenang ke arah mana kereta itu pergi. 

Ia menggunakan kamera web standard untuk menangkap (mengesan) pergerakan ikan. 

Namun setakat ini belum ada maklumat bilakah ianya akan berada di pasaran.

Warga asing fitnah Malaysia telah diberkas


Kaki fitnah telah ditangkap

Seorang warga asing dari Bangladesh yang dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia sudah ditahan hari ini.

Md Rayhan yang muncul dalam dokumentari “Locked Up in Malaysia's Lockdown” diburu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Berakhirnya legasi lagenda badminton



Mereka berempat dianggap sebagai antara lagenda dunia badminton zaman moden. Kini pertandingan badminton  peringkat dunia mungkin akan dianggap sedikit suram dengan ketiadaan mereka di gelanggang sebagai pemain, seiring dengan dunia yang sedang dilanda wabak Coronavirus.

Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan dengan keempat-empat lagenda badminton :

Lin Dan (36 tahun)
Bersara pada tahun 2020 
Memperolehi 666 menang, 128 kalah, 66 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 26 Februari 2004

Lee Chong Wei (37 tahun)
Bersara pada tahun 2019
Memperolehi 713 menang , 135 kalah, 69 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 29 Jun 2006

Taufik Hidayat (38 tahun)
Bersara pada tahun 2014
Memperolehi 413 menang, 138 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 1998 sewaktu baru berusia 17 tahun

Peter Gade Christensen (43 tahun)
Bersara pada tahun 2012
517 menang , 155 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 22 Jun 2006

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan