21 Pesanan penting dari Ebit Lew


Ustaz Ebit Lew membuat amal kebajikan secara terang-terangan kerana beliau menguruskan dana dari sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, yang turut dinaungi oleh beliau.

Dengan rakaman video dan gambar, ia dianggap sebagai bukti perbelanjaan dari duit hasil sumbangan berkenaan. Maka dengan itu para penyumbang akan berasa lebih yakin dengan ketelusan gerak kerja pengurusan dana berkenaan.

Namun ada juga orang yang digelar ustaz tapi dengan mudah mencerca dan menjatuhkan hukum secara kepada usaha Ustaz Ebit Lew ini. Persoalannya kenapa sebelum ini tidak pula diperhatikan keculasan dalam pengurusan dana Yayasan Akal Budi dan juga skandal kewangan dan kleptokrasi terbesar dunia iaitu 1MDB ?

Di bawah ini merupakan antara nasihat yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Ebit Lew apabila menyantuni rakyat yang miskin :

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya.

Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah.

Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

» Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew «

Spongebob dan Patrick berbaju Melayu, bersampin ucap selamat berpuasa


Watak kartun popular SpongeBob Squarepants tidak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia.

Lebih menarik, menerusi akaun Twitter animasi dari Amerika Syarikat itu, SpongeBob dan rakannya Patrick Star tampil memakai baju Melayu - masing-masing berwarna merah dan hijau - serta lengkap bersamping dan memakai capal.

“Selamat menyambut Ramadan kepada semua,” ciap akaun Twitter tersebut.

Gambar itu turut menyertakan kain rentang yang memaparkan tulisan "Ramadan Mubarak".

Melalui semakan Malaysiakini setakat petang kelmarin (23 April 2020), ciapan tersebut memperoleh lebih 170,000 ulang ciap dan lebih 300,000 tanda suka.

Imej SpongeBob dan Patrick berbaju Melayu itu ternyata mengundang reaksi positf sejumlah pengguna Twitter di negara ini.

“Baju Melayu + samping = Malaysia,” ciap @fxkhrudeen.

Pengguna akaun @_Meen_Meen_ pula memuji ucapan berkenaan selain menyifatkan kedua-dua watak tersebut sebagai menarik.

“Terima kasih Patrick dan SpongeBob, kamu berdua nampak comel,” ciapnya.


Kredit : Malaysiakini

Biodata Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew


Di dalam detik wabak Covid 19 yang membadai Malaysia serta kebanyakkan negara lain di dunia, ada insan yang begitu amanah memyampaikan bantuan keperluan harian dan peralatan kepada keluarga atau individu yang fakir dan miskin di Malaysia.

Namun ada cerah pasti ada yang mendung, yang putih pasti ada yang hitam. Perbuatan baik yang dilakukan oleh insan yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew telah disalah erti oleh beberapa orang termasuklah dari kalangan ustaz atau ahli agama (tak pernah saya tahu pun kewujudan mereka selama ini).

Di bawah ini merupakan beberapa info ringkas pengenalan tentang Ustaz Ebit Lew :


BIODATA

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama : Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :

» SK Bukit Ridan (1991-1996)
» SMK Muadzam Shah (1997-1999)
» SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
» SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
» Universiti Putra Malaysia (UPM)


Apakah status waktu Imsak di bulan Ramadan?


Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

#jakim
#ramadankareem
#Ramadan2020
#StayAtHome
#kitateguhkitamenang
#KomunikasiKita #urutantanjungrimaudalam

Ejen Minyak Herba Asli Afizar SB di Melaka


URUTAN - Tanjung Rimau Dalam merupakan ejen jualan Minyak Herba Asli (Serai Wangi) Afizar SB di Melaka.

Minyak Herba Asli (Serai Wangi) Afizar SB dirumus dengan resipi tradisional oleh YDP guru utama silat dari Melaka untuk kegunaan ketika :

- lenguh dan sengal kaki, tangan serta badan
- pening kepala
- pesakit lumpuh dan stroke

#minyakherbaasliafizarsb #seraiwangi #minyakurut

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan