Pemuda tertiarap di tepi jalan - pegawai perubatan bergegas datang


Pegawai perubatan yang cuba merawat seorang pemuda yang ditemui tertiarap di tepi jalan dan disyaki dijangkiti virus Covid-19 terkejut selepas mendapati lelaki itu sebenarnya baru putus cinta.

Dalam kejadian di Magetan, Jawa Timur, Indonesia itu, penduduk gempar apabila melihat seorang lelaki menunggang motosikal berhenti di tepi jalan sebelum tiba-tiba terjatuh dan tertiarap.


Penduduk yang panik tidak berani menghampiri atau membantu kerana bimbang lelaki itu dijangkiti Covid-19 dan terus menghubungi hospital.

Beberap minit kemudian, sebuah ambulans tiba dan dua petugas yang lengkap memakai pakai perlindungan peribadi (PPE) keluar serta terus menghampiri lelaki itu.



Ketika dihampiri lelaki itu tiba-tiba bangun dan menangis menyebabkan pegawai perubatan berkenaan bertambah terkejut. Selepas disoal-siasat lelaki itu akhirnya mengaku dia tertiarap di tepi jalan akibat terlalu kecewa kerana baru ditinggalkan kekasihnya.

"Hubungan kami baik-baik sahaja dan saling menyayangi tetapi tiba-tiba sahaja dia mintak putus," kata lelaki itu sambil menangis teresak-esak.


Melihat keadaan lelaki itu, petugas kesihatan berkenaan memujuknya dan memberi kata-kata nasihat supaya dia tidak putus asa.

Selepas beberapa minit, lelaki itu akhirnya dapat menenangkan dirinya dan berhenti menangis.

Lelaki itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan berkenaan sebelum beredar dengan menunggang motosikalnya.

Harap bertabah Mas Bro, min doakan moga kamu bisa ketemu cinta sejati... 😄

Kredit :
Oleh: Goli-Goli.Com
Gambar: Twitter @magentanbanget

SuperHelper MyCar membantu anda membeli barangan harian


Risau dan takut untuk keluar membeli barangan harian ?

Jangan risau! SuperHelper ada untuk membantu menyelesaikan masalah anda!

Kini anda boleh membeli barangan keperluan dan makanan melalui kaedah pesanan, pembelian serta penghantaran terus ke rumah.

Pembayaran juga boleh dibuat secara tanpa tunai dengan menggunakan Touch 'n Go eWallet ataupun credit/debit kad.

SuperHelper ini membantu memudahkan golongan yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan bekalan makanan, barangan dapur dan juga bahan mentah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Dengan adanya SuperHelper ini dapat membantu mengurangkan risiko daripada dijangkiti novel Koronavirus.

Bagaimana untuk melakukan tempahan dengan SuperHelper? Mudah saja!

1) Masuk ke aplikasi MyCar (pastikan anda kemaskini ke versi yang terbaharu)

2) Nyatakan destinasi Pasaraya yang anda inginkan

3) Senaraikan barangan yang ingin dibeli

4) Masukkan gambar contoh barangan (maximum 3 gambar)

5) Kemudian tekan "Save"

6) Pilih “Payment Method”

7) Tekan “Touch 'n Go eWallet ataupun credit/debit kad

8) Tekan "Request SuperHelper"

9) Tunggu sehingga pemandu menerima tempahan anda

Mudah bukan? Jadi apa tunggu lagi, tempahlah pembelian barangan anda dengan aplikasi MyCar!



SuperHelper, penyelamat hari-hari anda

Covid 19 : Rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanahair


Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan "SOP" yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP.

Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile, bekerja di Singapura. Dia membuat panggilan ke MyGCC untuk bertanyakan mengenai hasratnya untuk pulang ke Malaysia semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Peejah : Saya Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile. Saya Ingin bertanya. Saya warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dan ingin balik ke Malaysia dalam tempoh PKP ini.

Apa yang perlu saya lakukan? Dan betulkah saya tidak boleh terus balik rumah kerana akan dikuarantin terus di Pusat Kuarantin jika sampai di Malaysia?

Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC

Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC : Hi Peejah, saya Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang akan
membantu anda. Rakyat Malaysia yang ingin balik ke Malaysia dari
Singapura melalui jalan Darat / Air / Udara dibenarkan balik tetapi anda perlu :

1. Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Klinik atau Hospital
di Singapura yang MENYATAKAN BEBAS DARI SIMPTOM COVID 19
2. Surat pelepasan kerja dari Majikan di Singapura
3. Sampai di Malaysia. Anda tidak boleh balik rumah kerana anda
akan terus dikuarantinkan selama 14 hari di Pusat Kuarantin
di bawah kawalan KKM

Sumber : Pegawai Imigresen Yang Bertugsa Di MyGCC/MKN

#MyGCC #MAMPU #JPM

Beratus orang gelandangan diangkut DBKL


Seramai 510 gelandangan di sekitar ibu negara telah diselamatkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ditempatkan di empat lokasi sementara iaitu di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai dan Tasik Ampang Hilir, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.



Peraturan baharu untuk pengguna khidmat e-hailing di Malaysia


Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan peraturan baru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua yang bermula pada 1 April sehingga 14 April 2020 bagi memastikan kita dapat menamatkan penyebaran pandemik COVID-19 ini dengan segera dan keadaan akan kembali selamat.


Sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua ini, para penumpang perlu membawa Dokumen Sokongan untuk perjalanan anda apabila menggunakan e-hailing.


Selain itu, para penumpang juga hanya dibenarkan untuk bergerak dalam lingkungan 10 km sahaja.

Diharapkan semua pihak dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

*Kredit : MyCar

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan