Covid 19 : Rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanahair


Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan "SOP" yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP.

Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile, bekerja di Singapura. Dia membuat panggilan ke MyGCC untuk bertanyakan mengenai hasratnya untuk pulang ke Malaysia semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Peejah : Saya Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile. Saya Ingin bertanya. Saya warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dan ingin balik ke Malaysia dalam tempoh PKP ini.

Apa yang perlu saya lakukan? Dan betulkah saya tidak boleh terus balik rumah kerana akan dikuarantin terus di Pusat Kuarantin jika sampai di Malaysia?

Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC

Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC : Hi Peejah, saya Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC yang akan
membantu anda. Rakyat Malaysia yang ingin balik ke Malaysia dari
Singapura melalui jalan Darat / Air / Udara dibenarkan balik tetapi anda perlu :

1. Surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Klinik atau Hospital
di Singapura yang MENYATAKAN BEBAS DARI SIMPTOM COVID 19
2. Surat pelepasan kerja dari Majikan di Singapura
3. Sampai di Malaysia. Anda tidak boleh balik rumah kerana anda
akan terus dikuarantinkan selama 14 hari di Pusat Kuarantin
di bawah kawalan KKM

Sumber : Pegawai Imigresen Yang Bertugsa Di MyGCC/MKN

#MyGCC #MAMPU #JPM

Beratus orang gelandangan diangkut DBKL


Seramai 510 gelandangan di sekitar ibu negara telah diselamatkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ditempatkan di empat lokasi sementara iaitu di Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Setiawangsa, Dewan Serbaguna Alam Damai dan Tasik Ampang Hilir, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.



Peraturan baharu untuk pengguna khidmat e-hailing di Malaysia


Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan peraturan baru sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua yang bermula pada 1 April sehingga 14 April 2020 bagi memastikan kita dapat menamatkan penyebaran pandemik COVID-19 ini dengan segera dan keadaan akan kembali selamat.


Sepanjang tempoh PKP Fasa Kedua ini, para penumpang perlu membawa Dokumen Sokongan untuk perjalanan anda apabila menggunakan e-hailing.


Selain itu, para penumpang juga hanya dibenarkan untuk bergerak dalam lingkungan 10 km sahaja.

Diharapkan semua pihak dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

*Kredit : MyCar

Laman web sebenar periksa BPN 2020


Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April ini.

Ia diberitahu oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi status di akaun Twitter rasm mereka.

Kenyataan itu dibuat kerana aliran trafik yang sangat tinggi di laman rasmi portal itu berikutan semakan dan permohonan bagi mendapatkan BPN bagi golongan B40 dan M40 itu telah dibuka bermula hari Rabu, 1 April 2020 yang merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Berikut adalah pautan laman sesawang yang sebenar dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pemeriksaan status pepermohonan atau lain-lain urusan berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) :

KLIK ---» https://bpn.hasil.gov.my/

Video : Polis nak halau tapi ini yang berlaku...


"Polis nak halau balik rumah, rupa-rupanya takde rumah..." 😭😭

Menurut pengirim, mulanya salah seorang Polis peronda menyoal seseorang yang berbaju hijau. Asalnya nak marahlahkan sebab kelihatan macam melepak.

Namun apabila individu berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata dia tiada rumah dan hanya tidur di taman dan kawasan lapang berkenaan, maka Polis yang bertugas itu  menjadi kasihan dan memberi bekalan makanan dan minuman mereka pada individu yang berbaju hijau itu untuk dibahagi-bahagikan kepada yang lain.

Ya Allah...mulianya hati Polis peronda yang ada di kawasan berkenaan. Hanya Allah mampu membalas dengan sebaik-baiknya.. 😭


Harap pihak persatuan atau badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan yang tertentu agar ambil maklum tentang kebajikan golongan ini. Kasihanilah mereka yang tidur dalam kesejukan.

Kredit teks asal : Kami Sokong PDRM (Faecbook)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan