Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Julai 2019


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia yang ke 20 telah berlangsung pada malam 9 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Pahang dan PKNS, Melaka United dan PKNP serta Terengganu dan Kedah. Perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 3 - 2 PKNS
31' Herold Goulon (Pahang)
43' Muslim Ahmad (Pahang)
61' Kpah Sherman (PKNS)
67' Gabriel Guerra (PKNS)
89' Matthew Davies (Pahang)


Melaka United 2 - 1 PKNP

14' Giancarlo (PKNP)
42' Davy Angan (Melaka United)
59' Patrick Reichelt (Melaka United)


Terengganu FC 2 - 2 Kedah

5' Shakir Hamzah (Kedah)
33' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)
45+4' Baddrol Bakhtiar (Kedah)
90+3' Tchetche Kipre (Terengganu FC)



Liga Super Malaysia : 7 Julai 2019


Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini, melibatkan pasukan bola sepak Felda United dan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang Darul Makmur. Perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 1 - 2 Selangor
44' Sandro (Selangor)
51' Ifedayo Olusegun (Selangor)
64' Jocinei (Felda United)


Keputusan Liga Super Malaysia : Pusingan ke 19 - 6 Julai 2019


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia bagi pusingan ke 19 yang melibatkan 6 pasukan. Perlawanan berlangsung pada 6 Julai 2019, jam 9.00 malam :

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 2 - 0 Kuala Lumpur
( Stadium Darul Makmur )

57' Herold Goulon - penalti [ Pahang ]

94' Nor Azam Abdul Azih - [ Pahang ]


Perak 0 - 3 JDT
( Stadium Ipoh )

37' Leandro Velazquez [ JDT ]

48' Leandro Velazquez [ JDT ]


93' Akhyar Abdul Rashid [ JDT ]


PJ City FC 1 - 2 Melaka United
( Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya )

13' Pedro Henrique [ PJ City FC ]

37' Luka Milunovic [ Melaka United ]

45' Jang Suk-won [ Melaka United ]

Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Julai 2019

Berikut adalah keputusan dua perlawanan bola sepak ke sembilan belas, Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 5 Julai 2019 (Jumaat / 9.00 malam), melibatkan perlawanan antara Kedah - PKNP dan PKNS - Terengganu FC :

KEPUTUSAN PENUH

Kedah 1 - 1 PKNP
- Stadium Darul Aman -

51' Azammuddin Akil ( Kedah )
81' Giancarlo Rodrigues ( PKNP )

PKNS 1 - 2 Terengganu FC
- Stadium Shah Alam -

35' Sanjar Shaakhmedov ( Terengganu FC )
84' Kittiphong Pluemjai ( PKNS )
88' Nasrullah Haniff Johan ( Terengganu FC )

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Promosi URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
( Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka )



40 minit urutan kaki, anda akan dicaj hanya RM25.00 sahaja !


Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula sudah hampir menjadi pemain Harimau Malaya


Hasrat skuad negara untuk diperkuatkan lagi dengan kudrat pemain naturalisasi bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar nama Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut sumber dalaman, satu pertemuan di antara pegawai tertinggi FAM dan KDN telah diadakan pada Selasa, 2 Julai 2019, untuk badan induk itu menyerahkan segala dokumen berkaitan yang membabitkan dua pemain berkenaan.

Sebelum ini, ia sekadar spekulasi ekoran masalah membabitkan dokumen de Paula yang juga penyerang Kuala Lumpur selain Krasniqi tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia musim ini selepas ikatannya bersama pasukan Melaka terlerai, April lalu.

Namun, perkhabaran terbaru itu tampak sesuatu yang positif apabila ia sudah dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi selain turut menjadikan perancangan itu lebih serius dan juga bermakna, Harimau Malaya bakal mendapat dua tambahan pemain naturalisasi selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyebut seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara yang berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut, dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

FAM sebelum ini mengesahkan pendekatan membawa masuk pemain naturalisasi tersebut adalah antara pelan jangka pendek FAM dalam usaha memantapkan mutu serta kualiti skuad kebangsaan.

Badan induk itu juga berasakan kehadiran pemain naturalisasi perlu dilihat daripada sudut positif memandangkan negara ini ketandusan penyerang tempatan yang berprestasi tinggi tatkala menafikan pendekatan itu menutup peluang pemain tempatan, sebaliknya mewujudkan persaingan dan rangsangan kepada pemain kebangsaan.

Apa pun, jika perkara ini berjalan lancar dan mendapat lampu hijau daripada KDN, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, sudah pasti menjadi individu paling gembira kerana mempunyai kekuatan tambahan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 yang juga kelayakan Piala Asia 2023.

Kredit :
Zulhelmi Zainal Azam (stadiumastro.com)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan