Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula sudah hampir menjadi pemain Harimau Malaya


Hasrat skuad negara untuk diperkuatkan lagi dengan kudrat pemain naturalisasi bakal menjadi kenyataan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar nama Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut sumber dalaman, satu pertemuan di antara pegawai tertinggi FAM dan KDN telah diadakan pada Selasa, 2 Julai 2019, untuk badan induk itu menyerahkan segala dokumen berkaitan yang membabitkan dua pemain berkenaan.

Sebelum ini, ia sekadar spekulasi ekoran masalah membabitkan dokumen de Paula yang juga penyerang Kuala Lumpur selain Krasniqi tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia musim ini selepas ikatannya bersama pasukan Melaka terlerai, April lalu.

Namun, perkhabaran terbaru itu tampak sesuatu yang positif apabila ia sudah dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi selain turut menjadikan perancangan itu lebih serius dan juga bermakna, Harimau Malaya bakal mendapat dua tambahan pemain naturalisasi selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyebut seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara yang berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut, dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

FAM sebelum ini mengesahkan pendekatan membawa masuk pemain naturalisasi tersebut adalah antara pelan jangka pendek FAM dalam usaha memantapkan mutu serta kualiti skuad kebangsaan.

Badan induk itu juga berasakan kehadiran pemain naturalisasi perlu dilihat daripada sudut positif memandangkan negara ini ketandusan penyerang tempatan yang berprestasi tinggi tatkala menafikan pendekatan itu menutup peluang pemain tempatan, sebaliknya mewujudkan persaingan dan rangsangan kepada pemain kebangsaan.

Apa pun, jika perkara ini berjalan lancar dan mendapat lampu hijau daripada KDN, jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, sudah pasti menjadi individu paling gembira kerana mempunyai kekuatan tambahan untuk mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 yang juga kelayakan Piala Asia 2023.

Kredit :
Zulhelmi Zainal Azam (stadiumastro.com)

Shopee Piala FA 2019 : Felda United vs Kedah (Separuh Akhir Kedua)


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala FA Malaysia 2019, Separuh Akhir Kedua antara Felda United menentang Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang Darul Makmur :

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 3 - 2 Kedah
(agregat 3 - 3)

26' Fernando Rodriguez - penalti ( Kedah )
37' Farhan Roslan ( Kedah )
65' Thiago Junio ( Felda United )
72' S. Chanthuru ( Felda United )
94' Hadin Azman ( Felda United )


Pasukan bola sepak Kedah mengesahkan kelayakan ke peringkat Akhir Piala FA Malaysia 2019 dengan agregat 3 - 3 ( jaringan gol di tempat lawan )

Kedah bakal bertemu Perak di pentas akhir Piala FA Malaysia 2019.


°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Promosi URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam
( Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka )

40 minit urutan kaki, anda akan dicaj hanya RM25.00 sahaja !


Shopee Piala FA Malaysia 2019 : Separuh Akhir Kedua


Keputusan perlawanan bola sepak, Separuh Akhir Ke 2, Shopee Piala FA Malaysia 2019 antara Perak dan Pahang di Stadium Perak pada 29 Jun 2019.

Sebelum ini pada Separuh Akhir Pertama, Pahang telah mendahului Perak dengan agregat 3 - 1.

KEPUTUSAN PENUH

Perak 3 - 0 Pahang
(agregat 4 - 3)

36' Brendan Gan ( Perak )
41' J. Partiban ( Perak )
43' Mohd Faisal - Pahang ( gol sendiri untuk Perak )


* Perak berjaya ke Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2019, menewaskan Pahang dengan agregat 4 - 3

---------------------------------------------------------------------------

Promosi urutan kaki di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka


Keputusan Liga Super Malaysia : 26 Jun 2019


Berikut adalah keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia bagi pusingan ke 18 yang berlangsung pada 26 Jun 2019, jam 9.00 malam.

Ia melibatkan pasukan Melaka United bertemu JDT di Stadium Hang Jebat, Kedah menentang PJ City di Stadium Darul Aman serta Terengganu FC melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

KEPUTUSAN PENUH

Melaka United 1 - 2 JDT
7' Nazmi Faiz (JDT)
27' Diogo (JDT)
83' Shukor Adan (Melaka United)


Kedah 3 - 2 PJ CITY
15' Baddrol Bakhtiar (Kedah)
49' Farhan Roslan (Kedah)
60' Brandao (PJ City)
66' Ganesh Gunasegaran (PJ City)
76' Fernando Rodriguez (Kedah)


Terengganu FC 3 - 1 Kuala Lumpur
37' Lee Tuck - penalti (Terengganu FC)
41' Darko Markovic (Kuala Lumpur)
76' Muhammad Faudzi (Terengganu FC)
83' Malik Abdul (Terengganu FC)


Keputusan Liga Super Malaysia : 25 Jun 2019


Berikut adalah keputusan semasa bagi tiga perlawanan, pusingan ke 18, bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 25 Jun 2019, pada jam 9.00 malam.

Perlawanan melibatkan antara pasukan Felda United bertemu Perak di Stadium Tun Abdul Razak, PKNP menentang PKNS di Stadium Majlis Perbandaran Manjung dan Selangor melayan kunjungan Pahang di Stadium Shah Alam.

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 2 - 3 Perak

22' Ronaldo (Perak)
34' Partiban (Perak)
53' Careca (Perak)
80' Hadin Azman (Felda United)
82' Kei Ikeda (Felda United)


PKNP 2 - 2 PKNS

33' R. Surendran (PKNS)
47' Hafiz Ramdan (PKNP)
76' Giancarlo (PKNP)
82' Kpah Sherman (PKNS)


Selangor 5 - 2 Pahang

30' Khyril Muhymeen (Selangor)
36' Ifedayo (Selangor)
43' Ifedayo (Selangor)
46' Endrick (Selangor)
68' Kogileswaran Raj (Pahang)
77' Mohamadou Sumareh (Pahang)
86' Ifedayo (Selangor)



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan