Keputusan Liga Super Malaysia : 18 Jun 2019

Empat perlawanan Liga Super Malaysia, pusingan ke 17, telah berlangsung pada 18 Jun 2019. Semua perlawanan bermula pada pukul 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Pahang 2 - 0 PKNP

Perak 3 - 1 Terengganu FC

Petaling Jaya CFC 1 - 0 FELDA United
 
PKNS 2 - 3 Kedah

Macam kolam renang je dia buat


Seorang ibu mulanya tidaklah terkejut apabila diberitahu oleh seorang guru sekolah rendah bahawa anaknya "bermain air".

Pada mulanya disangkakan anaknya itu sekadar bermain yang biasa je, rupanya aksi anaknya di khalayak ramai lebih dari jangkauan fikiran si ibu.

Si anak berendam dan berenang di kawasan air yang bertakung di dalam kawasan sekolah sambil perhatian oleh puluhan pelajar sekolah. Dari perbualan anak dan ibu dapat difahami bahawa si anak berbuat demikian sebagai "tunjuk perasaan" lantaran ibunya tidak membawakan anaknya untuk berenang di kolam renang. Tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian ini berlaku.

Berikut adalah coretan ibu kepada anak berkenaan di laman web sosial :

" Terkejut ummi...Ada cikgu beritahu..."Ita anak ko main air!!". Ingatkan sikit-sikit je..., rupanya dia berenang...abangnya tegur, abangnya kena kejar ๐Ÿ˜‚

Bila tanya...jawapan dia... "ummi tak nak bawak adik mandi kolam kenapa? ". Ummi malas nak kejar, nanti dia lari keliling sekolah. Ummi yang penat๐Ÿ˜Ž

Seronok berganda-ganda bila ramai penonton. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ "

#Anakanugerahillahi.






Kredit : ROZITA ABDUL RAZAK

Keputusan Liga Super Malaysia : 15 Jun 2019 - Pusingan ke 16

Dua keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 15 Jun 2019, 9.00 malam :

KEPUTUSAN PENUH

Selangor 2 - 1 Kuala Lumpur

37' Ifedayo (Selangor)
59' Guilherme (Kuala Lumpur)
90' + 5' Sandro (Selangor)


Melaka United 3 - 3 Terengganu FC

17' Davy Angan (Melaka)
31' Luka Milunovic (Melaka)
41' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)
49' Davy Angan (Melaka)
72' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)
82' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)

Keputusan Liga Super Malaysia : Pusingan ke 16 (14 Jun 2019)


Keputusan empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 9.00 malam, 14 Jun 2019, pusingan ke 16 :

KEPUTUSAN PENUH

Kedah 0 : 0 Pahang

Felda United 5 : 4 PKNS FC

Petaling Jaya City FC  0 : 1 Perak

PKNP 1 : 1 Johor DT 

< VIDEO> Teko masjid yang hilang dijumpai dalam batang pokok


Ahli jawatan kuasa masjid berasa hairan dengan kehilangan puluhan teko yang dibeli mereka untuk kegunaan masjid, hilang.

Namun misteri kehilangan teko-teko milik salah sebuah masjid di negara benua Afrika itu terjawab apabila sebuah pokok besar yang berada dalam kawasan masjid ditebang atas arahan imam masjid berkenaan. Puluhan teko yang hilang itu didapati berada dalam batang pokok yang ditebang. Dipercayai ia dilakukan oleh jin yang dikatakan mendiami pokok besar itu.

Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh kejadian serta nama tempat dan masjid yang berkenaan.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan