Berikut merupakan maklumat berkenaan kebaikkan mengamalkan bacaan surah yang paling pendek iaitu Al Kausar :
1. Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara, INSYAALLAH akan beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi.
2. Baca ketika dalam kehausan dan tiada air, gosokkan di leher dan in shaa Allah akan hilang dahaga.
3. Baca sebanyak 10 kali di air mawar, sapukan pada mata yang sakit, berair, gatal atau bengkak.
4. Baca sebanyak 10 kali jika rumah dipercayai terkena sihir, mudah-mudahan Allah beri petunjuk di mana terletaknya sihir tersebut.
5. Baca sebanyak 1000 kali, INSYAALLAH akan bertambah rezeki kurniaan daripada Allah.
6. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu membaca surah ini, INSYAALLAH hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika solat.
7. Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah mengabulkan permintaan kita.
Segalanya dengan izin Allah SWT.
Aamiin...