Perlawanan Akhir Piala Malaysia : 27 Oktober 2018

Stadium Shah Alam | 9.00 malam | 27/10/2018


Berikut adalah keputusan semasa Piala Malaysia peringkat akhir antara Terengganu FC menentang Perak FA :

- penentuan penalti -

Terengganu FC 3 - 3 Perak

TFC : X X O

PFA : O O O O

Pasukan bola sepak Perak memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia dengan jaringan penalti 4 berbalas 3 dari Terengganu FC.

Penginapan Bajet Murah Di Tanah Tinggi Cameron


Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di PahangMalaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. 

Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti RingletTanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), BrinchangLembah BertamKea FarmTringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.

Berikut adalah maklumat kawasan penginapan yang dianggap murah di Cameron Highland :

KRS Pines Guest House
Harga: Dari RM50 Semalam
Lokasi: No. 7 Jalan Mentigi, Tanah Rata
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHkrspines

TJ Lodge
Harga: Dari RM50 Semalam
Lokasi: No. 68A, Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHtjlodge

Cameronian Inn
Harga: Dari RM65 Semalam
Lokasi: 16, Jalan Camelia, Tanah Rata
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHcameronian

Snooze Too Hotel
Harga: Dari RM80 Semalam
Lokasi: Lot 22, Brinchang Square, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHsnoozetoo

Country Lodge Resort
Harga: Dari RM90 Semalam
Lokasi: Lot 47, Section 3, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHcountrylodge

Orchid Haven
Harga: Dari RM90 Semalam
Lokasi: 82D, Persiaran Camelia 4, Tanah Rata
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHorchidhaven

Rainbow Hotel
Harga: Dari RM90 Semalam
Lokasi: Lot 25, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHrainbow

Hotel Parkland
Harga: Dari RM90 Semalam
Lokasi: Lot 45, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHparkland

Jasmine Hotel
Harga: Dari RM98 Semalam
Lokasi: No 29 ñ 32, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHjasmine

Hotel Remix
Harga: Dari RM99 Semalam
Lokasi: Lot 12, Jalan Besar, Brinchang
Book Online di sini: http://smarturl.it/CHremixhotel

Kredit : Fendy N

Al Fatihah buat A.M Salim Abdul Majeed


Suatu status yang dikongsikan oleh Nursyafiq Farhain di Facebook memaklumkan bahawa ayah beliau A.M Salim Abdul Majeed (lebih dikenali sebagai Salim Iklim) telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad, 14 Oktober 2018.

Berikut adalah status yang dikongsi oleh anak arwah Salem Iklim :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها

Untuk makluman, Ayahanda saya A.M Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. ‎

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عنه

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia ‎

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Abah dalam kenangan, mungkin ini sahaja yang tinggal untuk dikongsi

Cara mengganti solat yang sengaja dan tak sengaja tinggal


Pernahkah kita tinggal solat sepanjang usia kita?. Sebagai manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah SWT suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. 

Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah aqal baligh dulu.

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, memang Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada' solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah SWT

Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada' solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada' solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.

Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah SAW sendiri menqada' solat yang ditinggalkan walaupun Baginda SAW tidak tertidur atau terlupa.

Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah SAW lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim).


Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"


Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. 

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. 

Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT


Sumber | blogtokwan

Punca utama tragedi korban 6 anggota bomba di Taman Putra Perdana


Rakyat Malaysia bersimpati dan bersedih atas kejadian yang menimpa kepada enam anggota bomba ketika bertugas di lombong Taman Putra Perdana, dalam usaha mereka mencari seorang remaja yang tenggelam di kawasan berkenaan.

Di bawah ini merupakan gambaran punca utama yang menyebabkan enam anggota bomba berkenaan menemui ajal di lombong berkenaan :



BERIKUT ialah kronologi tragedi anggota bomba lemas.

6.30 petang
Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.



8.55 malam
Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam
Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.

- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.

- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam
Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam
Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam
Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan