Menteri Persekutuan Malaysia telah sah jawatan


SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
_____________________________

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Menteri Persekutuan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan.

Majlis istiadat telah berlangsung pada pukul 5.30 petang hari Isnin, bersamaan 21 Mei 2018 di Istana Negara.

Ahli-Ahli Parlimen yang telah dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan mengangkat sumpah jawatan hari ini adalah seperti  berikut:

TIMBALAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

PPBM:
2. MENTERI DALAM NEGERI:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

3. MENTERI PENDIDIKAN:
Dr Maszlee Malik

4. MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR:
Puan Rina Harun

PKR:
5. MENTERI WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail 

6. MENTERI HAL EHWAL EKONOMI:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali

7. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Puan Zuraida Kamaruddin 

DAP:
8. MENTERI KEWANGAN:
Lim Guan Eng 

9. MENTERI PENGANGKUTAN:
Anthony Loke Siew Fook 

10. MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
Gobind Singh Deo 

11. MENTERI TENAGA MANUSIA:
Kulasegaran s/o V. Murugeson 

AMANAH:
12. MENTERI PERTAHANAN:
Haji Mohamad bin Sabu 

13. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Haji Salahuddin Ayub 

14. MENTERI KESIHATAN:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad 

Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan untuk berbuka puasa bersama dengan barisan Menteri Persekutuan yang baru dilantik di Istana Negara sejurus selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan selesai.

Kadar bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2018


Kewajiban mengeluarkan Zakat Fitrah tiap tahun yang di wajibkan kepada seluruh umat Islam bukan sekadar ritual simbolik tanpa ada makna dan bukan hanya menjadi penutup ibadah puasa Ramadhan saja. 

Selain bertujuan untuk membersihan jiwa, perintah zakat fitrah juga mengandung pesanan sosial. Seorang muslim yang baik, setidak-tidaknya mahu berkongsi rezeki berupa makanan atau yang berkadaran dengannya untuk meringankan beban hidup orang miskin, terutama pada Hari Raya Idul Fitri, agar mereka dapat merasakan kesenangan bagi kelangsungan hidup.

Berikut merupakan kadar zakar fitrah bagi semua negeri di Malaysia bagi tahun 2018 :

JOHOR RM 7.00

KEDAH RM 7.00

KELANTAN RM 7.00

MELAKA RM 6.70

NEGERI SEMBILAN RM 6.50

PAHANG RM 7.00

PERAK RM 7.00

PERLIS RM 7.00

PULAU PINANG RM7.00

SABAH RM 7.00

SARAWAK RM 7.00

SELANGOR RM 7.00

TERENGGANU RM 7.00

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN RM 7.00

Kakitangan status kontrak lantikan politik ditamatkan perkhidmatan


KERAJAAN hari ini memutuskan kontrak perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan awam lantikan politik akan ditamatkan serta-merta.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya mendapati terlalu ramai pegawai kontrak dilantik bagi keperluan politik dan pentadbiran pada pemerintahan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, penamatan kontrak pegawai dan kakitangan kontrak itu penting bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan sekali gus mengelak pembaziran.

“Kami mendapati, seramai 17,000 pegawai dan kakitangan awam berstatus kontrak dilantik dan ada antara mereka sudah tamat kontrak, dan akan ditamatkan kontrak.

“Terlalu banyak pegawai kontrak dilantik sama ada untuk keperluan politik dan keperluan pentadbiran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kerajaan akan menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu kerana ia boleh membebankan perbelanjaan kerajaan.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, ada antara kakitangan kontrak termasuk pemandu peribadi dan kakitangan berjawatan rendah akan dipertimbangkan semula dalam kerajaan dan mereka tidak akan ditamatkan kerja.

“Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.

“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayaan mereka. Proses itu akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan segera," katanya.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memaklumkan mereka tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan terdapat penjawat awam berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, pihaknya tidak menerima aduan sama ada secara lisan atau bertulis, sekali gus enggan membuat spekulasi sama ada dakwaan itu benar atau palsu.

Namun, katanya, beliau tidak menafikan kemungkinan ada pekerja yang dilantik atas kapasiti politik, ditamatkan perkhidmatan susulan individu yang melantik mereka sudah tidak lagi berada dalam kerajaan baharu.

Katanya, kakitangan lantikan politik pula bukan bawah CUEPACS dan adalah perkara biasa jika ditamatkan tugasan kerana kerajaan baharu ini mesti mahukan penasihat dan petugas mereka sendiri.

Isu pemberhentian penjawat awam berstatus kontrak diberhentikan timbul susulan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Video komen Nik Omar selepas kekalahan dalam PRU 14


Tutur kata yang sangat berhikmah dan sopan dari Nik Omar Nik Aziz dari sebelum pilihan raya umum ke 14 hingga selepas tamat pilihan raya umum berkenaan memikat hati rakyat dari pelbagai kaum. 

Ramai juga yang mencadangkan agar beliau dilantik dalam kerajaan bagi memangku jawatan berkaitan hal ehwal agama Islam lantaran keluhuran akhlak yang ditunjukkan.


* Nik Omar Nik Aziz yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke empat belas, tewas dalam pertembungan tiga penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan.

D.A.P menatang perlembagaan? Bagaimana Islam di Pulau Pinang?


Memalukan umat Islam yang lain apabila ada segelintir orang Islam sendiri yang sebar fitnah... Macam mana dakwah mahu disampaikan jika kita menjauhkan diri ?

Tonton video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas dari Dr. Danial Bin Zainal Abidin tentang parti D.A.P di Pulau Pinang :

Video ini dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan