Kakitangan status kontrak lantikan politik ditamatkan perkhidmatan


KERAJAAN hari ini memutuskan kontrak perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan awam lantikan politik akan ditamatkan serta-merta.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya mendapati terlalu ramai pegawai kontrak dilantik bagi keperluan politik dan pentadbiran pada pemerintahan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, penamatan kontrak pegawai dan kakitangan kontrak itu penting bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan sekali gus mengelak pembaziran.

“Kami mendapati, seramai 17,000 pegawai dan kakitangan awam berstatus kontrak dilantik dan ada antara mereka sudah tamat kontrak, dan akan ditamatkan kontrak.

“Terlalu banyak pegawai kontrak dilantik sama ada untuk keperluan politik dan keperluan pentadbiran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kerajaan akan menyelesaikan isu berkenaan terlebih dahulu kerana ia boleh membebankan perbelanjaan kerajaan.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, ada antara kakitangan kontrak termasuk pemandu peribadi dan kakitangan berjawatan rendah akan dipertimbangkan semula dalam kerajaan dan mereka tidak akan ditamatkan kerja.

“Ada antara mereka ini bergaji rendah dan ini menyusahkan mereka jika tiba-tiba mereka diberhentikan dan ditamatkan kerja sekali gus tiada bayaran gaji.

“Kita tidak perlu (menamatkan kerja mereka) dan oleh itu, kita akan beri jawatan lain yang sesuai dengan kelayaan mereka. Proses itu akan mengambil masa dan memerlukan penyelesaian keputusan segera," katanya.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memaklumkan mereka tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan terdapat penjawat awam berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, pihaknya tidak menerima aduan sama ada secara lisan atau bertulis, sekali gus enggan membuat spekulasi sama ada dakwaan itu benar atau palsu.

Namun, katanya, beliau tidak menafikan kemungkinan ada pekerja yang dilantik atas kapasiti politik, ditamatkan perkhidmatan susulan individu yang melantik mereka sudah tidak lagi berada dalam kerajaan baharu.

Katanya, kakitangan lantikan politik pula bukan bawah CUEPACS dan adalah perkara biasa jika ditamatkan tugasan kerana kerajaan baharu ini mesti mahukan penasihat dan petugas mereka sendiri.

Isu pemberhentian penjawat awam berstatus kontrak diberhentikan timbul susulan peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Video komen Nik Omar selepas kekalahan dalam PRU 14


Tutur kata yang sangat berhikmah dan sopan dari Nik Omar Nik Aziz dari sebelum pilihan raya umum ke 14 hingga selepas tamat pilihan raya umum berkenaan memikat hati rakyat dari pelbagai kaum. 

Ramai juga yang mencadangkan agar beliau dilantik dalam kerajaan bagi memangku jawatan berkaitan hal ehwal agama Islam lantaran keluhuran akhlak yang ditunjukkan.


* Nik Omar Nik Aziz yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke empat belas, tewas dalam pertembungan tiga penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan.

D.A.P menatang perlembagaan? Bagaimana Islam di Pulau Pinang?


Memalukan umat Islam yang lain apabila ada segelintir orang Islam sendiri yang sebar fitnah... Macam mana dakwah mahu disampaikan jika kita menjauhkan diri ?

Tonton video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas dari Dr. Danial Bin Zainal Abidin tentang parti D.A.P di Pulau Pinang :

Video ini dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14

Kenyataan media terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim


Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Mei 2018, selepas kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad :

Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam.

Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu KEADILAN kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan  yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Saya telah juga sampaikan pandangan  saya kapada  pimpinan KEADILAN untuk mempastikan Kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita.

Anwar Ibrahim

13 Mei 2018

Video rakyat serbu Tun Dr Mahathir di masjid


Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bersemuka dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyaksikan beliau diserbu selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara semalam, 11 Mei 2018.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan