Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Suspek yang dikenali oleh mangsa, dikatakan telah datang beraya di rumah mangsa pada petang hari kejadian dan telah memecah masuk ke rumah mangsa semasa mangsa (suami isteri) masih berada di surau berhampiran taman perumahan berkenaan.
|
Tahap kecederaan mangsa pembunuhan |
|
Mangsa pembunuhan (dalam bulatan) |
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Sabturiah Lakidau, 59, dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Polis sedang memburu suspek.
|
Isteri mangsa |
|
Kawasan berhampiran rumah mangsa yang dikawal polis |