Betul ke simbol 'E' maksud minyak kenderaan dah habis?


Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:

1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.

2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Perkongsian berguna ini adalah daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib.



Kredit : himpunanceritalawak.com

Berapa modal nak mula bisnes air balang?


Assalamualaikum...

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

-  1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
-   3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
-   2 kerusi : RM 10-RM20
-   1 alas meja : RM30-RM40
-   1 senduk air gula: RM10 (maksima)
-   1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
-   1 unit bekas air gula: RM5-10
-   1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8 (Per pack )
-   Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
-   4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
-   1 dozen Straw: RM 5-6
-   Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM800
Tak sampai pun seribu ringgit!
.
.
.
BERAPA PULA MODAL HARIAN?
-----------------------------
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.

Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.
.
.
.

POTENSI JUALAN & UNTUNG?
-----------------------------
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat  27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang =  RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung  atau hari hujan)...

RM305 X 25hari =  RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

Amacam? Berminat?

Kalau berminat nak tahu lebih details selok belok pasal bisnes air balang ni! Boleh klik link dibawah :



Apa Nak Buat Bila Nampak Hantu?



Hantu adalah selalunya dirujuk sebagai jelmaan syaitan. Hanya yang pernah jumpa sahaja yang akan memahami perasaan sebenar ketika berhadapan dengan makhluk ini. 

Namun jika anda terjumpa, apa perlu dibuat...? Nak baca ayat kursi? Nak sebut nama ADUN atau nama PM?.  Untuk mengetahui perkara yang perlu dibuat apabila ditakdirkan terjumpa hantu, sila tonton video kuliah agama di bawah ini :



Hidupan yang mungkin tidak disedari kewujudannya



Tiada siapa yang tahu dengan pasti berapa banyak sebenarnya spesies haiwan yang ada di Bumi. Malah, kira-kira 10,000 spesies haiwan yang ditemui setiap tahun, dengan lebih satu setengah juta telah didokumenkan.

Jangkaan bagi jumlah bilangan spesies di Bumi adalah dalam lingkungan 2 hingga 50 juta. Dalam video di bawah ini, diperlihatkan 5 daripada haiwan pelik yang anda mungkin tidak tahu ia wujud.






Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Melaka 2016 / 1437H


Di bawah adalah Takwim atau Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun 1437 Hijrah bersamaan 2016 Masihi bagi Negeri Melaka.

Anda boleh membuat persiapan awal dengan merujuk jadual di bawah ini.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan