Sedaukan diri sebelum mengundi



Tanpa diketahui siapa pengarah video pendek ini, namun mesej yang disampaikan sangat jelas untuk kesedaran bakal pengundi agar lebih sedar, peka dan prihatin terhadap isu yang sedang berlaku di dalam negara. Video ini dipercayai disasarkan kepada pengundi muda.

anda tonton dan nilaikan sendiri kebenaran dalam mesej yang disampaikan.

Klik video di bawah :


Lima Fakta Terkini Berkaitan Johor Darul Ta'zim


Berikut merupakan fakta terkini berkaitan dengan JDT dalam dunia bola sepak :

• JDT merupakan pasukan pertama peringkat kumpulan dalam Piala AFC 2016 yang mengumpul 12 mata setakat ini sekaligus menjadi pasukan pertama telah layak ke pusingan seterusnya.

• Pemain JDT telah menjaringkan 44 gol sepanjang 16 perlawanan dan hanya dibolosi 10 gol setakat ini.

• S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Aidil Zafuan, Marcos Antonio dan Jorge Pereyra Díaz telah beraksi di atas padang lebih dari 1000 minit.

• Meskipun mempunyai jadual yang padat pada bulan April, JDT masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dan hanya seri dua perlawanan.

• 21 gol dijaringkan oleh pemain import manakala 23 gol pula dijaringkan oleh pemain tempatan.

Raja Kondom Dunia Ada Di Malaysia?






Raja Kondom, GOH SIANG memiliki KILANG KONDOM TERBESAR di dunia terletak di Pontian, Johor.

Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah terletak di Pontian, Johor. Karex, pengeluar kondom beberapa jenama antarabangsa dan jenama mereka sendiri, Carex, kini adalah penyumbang lebih 15 peratus dalam pasaran kondom dunia dengan menghasilkan lebih 10 juta kondom sehari. Purata pendapat mereka saja lebih RM200 juta setahun!

Selain di Pontian, Karex kini ada dua buah kilang lagi iaitu di Port Kilang dan Hatyai, Thailand. Dengan besarnya jumlah kondom dan keuntungan yang mereka peroleh, Goh Siang kini dikenali sebagai Raja Kondom Dunia dan telah tersenarai antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan harta lebih RM860 juta!

Segalanya bermula pada tahun 1988 apabila bapanya, Huang Chiat membuka kilang pertama mereka dengan menggunakan nama Banrub. Syarikat ini mencatatkan keuntungan besar daripada pelanggan mereka di benua Asia dan Afrika. Di Asia kerana populasinya yang besar manakala Afrika kerana di sanalah banyak berlaku epidemik HIV/AIDS. Turut menyumbang kepada kejayaan syarikat ini bila kerajaan China memperkenalkan polisi satu keluarga hanya satu anak. Hampir separuh daripada kondom yang dihasilkan oleh mereka dibeli oleh agensi-agensi antarabangsa untuk diedarkan secara percuma pada golongan miskin.

Nak tahu besar tak besar kilang Karex di Pontian ini, mereka ada 1,000 orang pekerja, beroperasi 24 jam sehari di kilang yang luasnya 3.4 hektar dan membekalkan kondom kepada 100 buah negara di seluruh dunia!

Carex juga telah mempelbagaikan produknya termasuk menghasilkan kondom pelbagai warna, kondom berperisa, cecair/ lubricant dan bagi menembusi pasaran Eropah, mereka dah menghasilkan kondom 'glow in the dark' yang bercahaya ala-ala Star Wars!

Dengan kegigihan syarikat ini dalam menggunakan 'kesempatan' pertambahan penyebaran penyakit berjangkit, mengandung tanpa nikah dan sebagainya, Karex dijangka akan terus kekal sebagai pengeluar kondom terbesar di dunia dan Goh Siang akan terus kekal sebagai Raja Kondom Dunia dalam dekad yang akan datang!

Teguran TMJ kepada Menteri Belia Dan Sukan, FAM serta persatuan bola sepak


Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh TMJ, yang diterbitkan pada akaun Facebook Johor Southern Tigers :


KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini. Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab. Saya berikan anda contoh berdasarkan fakta dan rekod daripada pasukan teknikal kelab kami. Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan. Mengapa? Tanya diri sendiri dan lakukan penyelidikan sendiri. Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Saya sudah memberitahu anda semua banyak kali bahawa kita semua perlu duduk dan berbincang apakah cara terbaik untuk kita meningkatkan pasukan kebangsaan kita dan bolasepak di negara ini. Tetapi semua orang lebih mementingkan  poket mereka sendiri dan sudah terlalu selesa. Tiada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang bolasepak kita. Anda sebagai menteri perlu mengadakan mesyuarat dan memastikan FAM dan kelab-kelab yang mengambil bahagian agar memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan lagi sukan bolasepak. Pertama, FAM perlu memberikan lebih hak penyiaran kepada semua pasukan yang bertanding di Malaysia dan tidak menyimpan sebahagian daripada hasil tersebut untuk diri mereka sendiri. Kedua, FAM perlu konsisten dalam membuat segala keputusan mereka. Ketiga, mereka perlu menggunakan kepakaran asing dan tidak terlalu sombong demi kebaikan mereka. Akhir sekali, melaksanakan program pembangunan belia  dan mewajibkannya kepada semua kelab-kelab di Malaysia.

Tanggungjawab, integriti dan perpaduan akan membawa kita ke arah kejayaan. Bukan sentiasa memberi alasan. Kita boleh menyalahkan pemain, kelab, FAM, penyokong tetapi itu tidak menyelesaikan apa-apa. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan kami telah pun melakukan cara sedemikian. Sekarang saya telah berikan langkah penyelesaian yang mungkin dapat membantu memperbaiki bolasepak negara kita. Kita tidak harus hanya bergantung semata-mata kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN). PPBN adalah baik, tetapi sewaktu kita membina asas untuk masa hadapan, kita juga perlu memberikan tumpuan dalam  memperbaiki masalah yang kita ada hari ini.

Jika kita semua tidak memperbaikinya sekarang, ia akan terus menjadi masalah untuk masa hadapan. Kita semua bertanggungjawab atas kegagalan bolasepak negara kita. Sekarang kita mempunyai pilihan. Untuk membaikinya atau membiarkannya. Pilihan terpulang kepada anda. Saya hanya berkongsi pendapat ikhlas saya untuk negara kita. Ini adalah apa yang penyokong bola sepak di negara ini mahu. Demi rakyat Malaysia yang sayangkan bolasepak dan pasukan kebangsaan, saya ada satu nasihat untuk Menteri Belia dan Sukan, FAM dan Persatuan Bola Sepak. Nasihat saya kepada anda adalah, berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Berikan apa yang mereka mahu. Ini kerana jika anda tidak mempunyai apa-apa kebolehan untuk memperbaiki sistem Zaman Batu ini dan jika anda tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk membawa perubahan yang positif, maka anda tidak patut duduk di mana anda berada sekarang.

Kita mahu orang orang yang boleh menyumbang kepada bolasepak negara kita. Kita perlukan aset, bukan liabiliti. Kepada mereka yang hanya tahu bagaimana memakai sut tetapi tidak berupaya untuk melaksanakan apa-apa. Sila berundur sekarang. Masa adalah emas. Akhir sekali, mengapa saya mengambil berat? Bolasepak bukan sumber pendapatan saya. Saya boleh berada di mana-mana saya mahu di dunia ini dan menikmati kehidupan saya, tetapi mengapa saya ada di sini menyuarakan mengenai bolasepak atau politik? Ia adalah kerana saya berkhidmat kepada rakyat. Tanggungjawab saya adalah untuk mendengar suara mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk "orang besar" di Negara ini untuk melakukan perkara yang sama kerana ini adalah rumah kita. Jika ianya kotor, ia adalah tanggungjawab kita untuk membersihkannya. Hentikan mencari alasan.

Dan sebelum saya lupa, dalam hal RM100 juta hilang dari KBS, saya akan amat berbesar hati jika anda boleh menderma seberapa yang ada untuk JDT. Itupun jika masih ada baki. Terima kasih diucapkan kepada "orang-orang besar dan penting" Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang


Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa.  Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk melancong dan merehatkan minda.

 1) Agro Technology Park MARDI


Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.

Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.00. Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.


 2) Taman Rama-Rama


Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini.

Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.

 3) Ladang Teh BOH



Bagi anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi. Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi tarikan adalah ladang teh BOH.

Apabila anda berada di ladang teh ini, anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.

 4) Cactus Valley


Jika anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun.

Di cactus valley ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga, terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.


5) Big Red Strawberry Farm


Big Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland! Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.

 6) Lavender Garden


Lavender garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun 2013.terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam.

Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap.


 7) KEA Farm di Brinchang


Kea Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan cenderahati, buah, bunga ataupun sayuran yang sangat segar.Selain itu juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak dengan para pengunjung.

Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih kurang dalam 3 km. Kea farm sangat dekat dengan kawasan yang menarik seperti Rose Center, Bee Farm dan juga taman rama-rama. Anda pasti akan membeli banyak barangan apabila berkunjung disini.

 8) Ladang Lebah


Bee Farm sangat dengan  Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan Equatorial Resort.Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati terutamanya bagi kanak-kanak.  Bee Farm mempunyai muzium  mini, pasar sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.

Disamping itu juga, anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari pagi hingga pada malam hari.


 9) Fragrance Nursery


Fragrance Nursery merupakan tempat bagi mereka yang menggemarkan bunga kerana Fragrance Nursery adalah tapak penyemaian bunga. Bunga-bunga disini kebanyakkan akan diimport ke negeri-negeri lain di Malaysia.Anda juga boleh memetik bunga yang anda inginkan jika anda hendak membelinya. Selain daripada bunga, terdapat juga buah strawberi dan aggur yang boleh anda beli. Fragrance Nursery merupakan tempat menarik di Cameron Highland kerana merupakan paling awal menghasilkan buah anggur.


 10) Muzium Time Tunnel


Muzium Time Tunnel yang terletak di Brinchang ini berada di tingkat bawah di dalam Ladang Strawberry Kok Lim. Ianya dibina adalah untuk mengekalkan memori sejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri.Muzium ini memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron Highland.

Beliau seorang yang sangat sukakan benda-benda yang antik atau barangan lama. Muzium ini sangat sesuai dilawati pada mereka yang ingin mengetahui sejarah tentang Cameron Highland. Untuk memasuki muzium ini,dikenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Muzium Time Tunnel dibuka pada 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan