Belajar Komputer Sempena CUTI SEKOLAH di Melaka



Kelas Belajar Komputer Dan ICT menganjurkan kursus jangka pendek khas untuk pelajar-pelajar sekolah sempena cuti sekolah seperti butiran berikut:-

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER 

Umur : 15 hingga 17 Tahun  ( juga dibuka pada peserta berumur sehingga 45 tahun )

Jangka masa kursus2 HARI ( 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua )
(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.30 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada petang)

*Bayaran  :  RM100.00 (harga asal RM180.00)
(bayaran sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Paypal sebelum kelas bermula

Subjek  :
 
- pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas) 


- perkakasan & perisian komputer
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain 


- penggunaan Microsoft Words, Power Point dan Publisher
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat helaian iklan)
 
Maklumat penting :

**Kursus ini dijalankan walaupun hanya ada seorang peserta dalam tarikh yang dipilih.

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ). Untuk harga diskaun sila bayar penuh.

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka. 
**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka


Alamat Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.
012 312 tiga tujuh kosong lima (Ahmad Zaki)

Tempahan Tarikh Kelas :

- Setiap hari (mengikut jadual dan kekosongan).
- Harga promosi diguna- pakai selagi masih dalam musim cuti sekolah.

Salin kupon ini di telefon anda dan gunakannya untuk mendapat diskaun yuran Kursus Asas Komputer. Anjuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT



Konsert untuk bantu Yazid Search


Setelah lebih dari tiga dekad mengegarkan industri, kini muzik mungkin noktah terakhirnya sebagai pengasas Kumpulan Search, Yazid Ahmad. Berusia 54 tahun dikenali sebagai Yazid Search sedang bertungkus lumus mencari pendapatan RM5,000 sebulan untuk membayar rumah dan bil-bil rawatan dan perubatan.

Beliau mengalami kegagalan kepungsian buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis peritoneal empat kali sehari. Ia berharap untuk beralih kepada rawatan hemodialisis supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa bekerja. 


Kata beliau :  "Saya berada di dalam dan di luar hospital selama enam tahun sekarang. Doktor saya berkata, saya sepatutnya berehat lebih, tetapi saya perlu menjana pendapatan seperti melakukan sesi klinik drum setiap kali saya mampu.

Oleh itu, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan Yazid Search, Konsert “Rockers Kasi Gegau” yang menggabungkan tiga Band Otai Rockers, LELA, PUTRA & SYJ SOFEA akan diadakan pada 15 November ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka.


Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi. Yazid Search akan turut berada semasa sesi 'drum basking'.


*LEBIH BERMAKNA jika ada penglibatan dari ahli Search yang lain...

Makhluk misteri terakam di video amatur



Satu video amatur yang dirakamkan oleh seorang ibu yang sebenarnya sedang merakamkan gelagat anak kecilnya di dapur rumah mereka, secara tidak sengaja berjaya merakam satu mahkluk kecil (makhluk kenit) berlari dari arah sebuah bilik menuju ke kabinet dapur.

Video ini dirakamkan di negara Argentina pada tahun 2011, kini kembali mendapat tumpuan dan perbincangan oleh pengguna dan pelayar internet.


 

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014


Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sabtu (1 November 2014) | 8.45 malam


Johor Darul Ta'zim  2  -  2  Pahang
14' Pahang 
30' JDT 
33' JDT 
70' PAHANG 


PENALTI

JDT  3  -  5  PAHANG

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014 (edisi ke 88)




Jika anda rasa "useless", sila dengar motivasi dari Lizzie Velasquez


Dia mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Tubuh Lizzie Velasquez tidak boleh memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya sekitar 29kg walaupun telah berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS) iaitu suatu keadaan di mana tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan dan hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja. Beliau juga buta mata kanan dan mempunyai penglihatan terhad di mata kiri serta lemah sistem imun badan dan mudah penat.

Kini, Lizzie Velasquez telah memiliki ijazah dalam bidang komunikasi ,sedang aktif untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian.

Beliau menerima pelbagai pandangan dan kata-kata negatif sepanjang bermula dari usia kanak-kanak hinggalah remaja. Namun penghinaan dan kata-kata cacian yang beliau terima sepanjang hidupnya dijadikan tangga untuk mencapai kejayaan.

Beliau mahu dirinya dinilai dari segi kejayaan yang beliau capai dan melalui apa perkara yang beliau lakukan, bukan pada keadaan fizikal tubuhnya.

Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika
masih kecil.

Kata-kata motivasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in.”



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan