Keputusan Bola Sepak Piala Malaysia 19 Ogos 2014


Jadual perlawanan dan keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia.


KEPUTUSANAKHIR


7:30 malam  | 19/08/2014
LIONS XII    1   -    2   Pahang
(Stadium Jalan Besar, Singpura)



8:45 malam | 19/08/2014

Felda United   3  -  2   Johor DT II
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor) 

Johor DT  0   -   0   ATM
(Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, Johor Bahru)

Kelantan   3  -   1   Pulau Pinang
(Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu)



Pertandingan Instagram Merdeka


Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka ‪#‎im57‬.Pertandingan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan. Selain itu, ia juga mampu mendorong dan mencetuskan kreativiti rakyat dalam menyemarakan lagi sambutan kemerdekaan negara.

Sila gunakan  "hashtag"  #‎im57 dan "mention" @InstaMerdeka di akaun Instagram anda untuk penyertaan.

Video jerung menggigit kabel dasar laut Google


Semasa satu operasi kajian pada kenderaan kawalan jauh di bawah air (perairan antarabangsa), ikan jerung kelihatan cuba untuk menggigit kabel dasar laut milik Google. Video yang dimuat naik ke internet pada tarikh 17 Ogos 2014, berdurasi 1:11.

Berikut adalah video yang berjaya merakamkan serangan ikan jerung pada kabel berkenaan.  Mungkin ikan jerung ini menganggap kabel berkenaan adalah makanan... :-p



Kebanjiran di Pasar Tani UTC Melaka

 

Hujan lebat sejak awal pagi 15 Ogos 2014 hingga menghampiri waktu tengah hari (sebilangan kawasan dilaporkan hingga ke petang) di negeri Melaka mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan di negeri ini.

Malah di kawasan Pasar Tani UTC Melaka turut terkena tempiasnya. Beberapa barang peniaga telah hanyut di sekitar kawasan rendah di tapak berkenaan.


 
Level air yang membanjiri kawasan tapak Pasar Tani UTC Melaka


 Suasana tapak Pasar Tani yang bergenang dengan air hujan




Gajet Hand Free untuk pemanduan yang selamat


Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang pemandu kenderaan melanggar peraturan tersebut di atas sekiranya di tahan memandu sambil menggunakan telefon. Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksanakan kesalahan ini ialah denda RM300.

Semasa menggunakan telefon bimbit, sewaktu memandu merupakan perbuatan atau tingkah laku bahaya atau “dangerous driving”.

Kenapa menggunakan telefon bimbit semasa memandu di anggap merbahaya? :

1) Tidak dapat konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan.

2) Sekiranya berlaku sesuatu kecelakaan, pemandu sudah tentu tidak dapat kawal kenderaan dengan baik dan selamat.

Jadi apa patutnya seseorang pemandu harus buat kalau beliau menerima sesuatu panggil yang mustahak?

Antara cadangan-cadangan yang boleh seseorang pemandu yang menerima panggilan telefon bimbit itu buat ialah:

1) Berhenti serta merta di bahu jalan untuk menjawab panggilan tersebut.

2) Gunakan alat “hands free” set, kalau ada.

3) Kalau kurang gemar menggunakan sama ada cadangan 1 ataupun 2, terus jangan hirau panggilan tersebut dan teruskan memandu saja.

Di bawah ini merupakan video contoh kajian kes penggunaan "hand free" semasa menjawab atau membuat panggilan telefon.

Hand free yang digunakan dalam contoh ini belum meluas penggunaannya di Malaysia dan mungkin juga belum ada dalam pasaran untuk dibeli oleh pengguna telefon yang juga pemandu kenderaan.





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan