Solat Hajat & Bacaan Yasin di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim‏


Assalamualaikum WBT,
Dengan segala hormatnya, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjemput Saudara / Saudari ke Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24.4.2014 (Khamis)

Masa: 7:15 pm 

Lokasi:  Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim 
             11, Jalan 3/61 Bukit Segambut Dalam,
             51200 Kuala Lumpur.

* Solat Maghrib di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sekian, Terima Kasih.

Nazmi perkuatkan midfielder Red Giant


Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan dari PKNS, Nazmi Faiz Mansor bagi memperkuatkan cabaran menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Nazmi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Red Giants dalam satu majlis ringkas yang disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad, Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim serta ayah dan abang beliau Mansor Mustapha dan Farhan Mansor di Kelana Jaya pada 21 April 2014.

Sambil mengakui kehadiran Nazmi bakal memberi memberi nafas baru kepada jentera tengah Selangor yang kehilangan khidmat seorang lagi pemain kebangsaan, K Gurusamy yang terpaksa berehat 6 bulan akibat kecederaan ACL, Rosman yakin akan impak yang dapat diberikan oleh anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini.

Umum mengetahui kualiti yang dimiliki Nazmi. Kami berharap beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan corak taktikal jurulatih (Mehmet Durakovic) dan membentuk persefahaman jitu bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Paling penting, sebagai pemain muda yang meningkat naik, disiplin tinggi dan keinginan untuk bekerja kuat diperlukan bagi meningkatkan lagi mutu permainan beliau.

Kami yakin, jika semua itu dapat beliau tunjukkan, tidak mustahil kehadirannya akan membantu Selangor menjulang kejuaraan musim ini, tambah Rosman lagi.

Baru berusia 20 tahun, Nazmi akan memakai jersi nombor 8 dan dijangka memulakan latihan pertama bersama skuad Merah Kuning esok biarpun tidak akan bermain dalam aksi terakhir Selangor dalam saingan Piala AFC menentang Maziya Sports & Recreation, Rabu ini.


*Sumber : Selangor FA

 

Video Raja Bomoh tawar diri pulihkan lebuhraya


Sekali lagi seseorang yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengambil peluang untuk memperagakan kebolehannya dalam dunia perubatan mistik dengan menawarkan dirinya untuk memulihkan keadaan lebuhraya sekitar Gua Tempurung sehingga ke Simpang Pulai dan juga lebuhraya pantai timur dari kemalangan akibat gangguan "makhluk halus dan misteri".  Untuk itu beliau mengatakan akan menggunakan helikopter disepanjang laluan lebuhraya berkenaan.

Menurut beliau hal ini terjadi kerana jalanraya yang dibina tersebut telah merentasi hutan yang menjadi tempat tinggal makhluk berkenaan.  Beliau juga meminta kerjasama dari pihak berkuasa seperti PDRM dan PLUS agar menyokong usaha beliau untuk memulihkan keadaan lebuhraya agar ia kembali selamat digunakan. Dengan "murah hatinya", beliau menawarkan perkhidmatan ini secara percuma.




Mana satu terlebih seksa?

Mana satu lebih seksi-seksa?
Dalam tahun 2014 ini, pelbagai cerita dan peristiwa hangat berlaku di Malaysia. Hangat di arena blogging, website hiburan dan Facebooker dengan pelbagai teori serta teguran.

Perkara hangat terbaru pada masa ini ialah fesyen yang dipakai oleh Rebecca Nur Islam semasa menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Apa yang dipakai oleh artis ini dilihat sangat tidak sesuai dipakai oleh umat Islam dan beliau seperti tidak mampu "membawa" atau "menggunakan" perkataan Islam pada namanya.  Cahaya Islam dalam kehidupan seperti samar-samar.  Apakah ini yang dikatakan merdeka?.


*Komen :
  • Semoga "Nur Islam" (cahaya Islam) benar-benar memancar dan menerangi qalbunya.
  • Harap beliau segera sedar perkara ini dan segera mengubahnya ke arah pemakaian serta tingkah-laku yang lebih mesra syariah.
  • Selain dari sendiri, suami Rebecca perlu menegur dan melarang isterinya dari berpakaian sebegini di luar bilik tidur mereka.

Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak

 
"harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap" 

SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sabah jam 12.30 tengah hari, 21 April 2014.

Kanak-kanak itu diselamatkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah setelah mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari. 

Beberapa orang anggota JBPM kemudiannya tiba di lokasi lima minit kemudian, bagaimanapun pihak JBPM tidak berjaya melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke Rumah Sakit Queen Elizabeth.


Dari makluman Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika kejadian, sesi persekolahan telah berakhir dan mangsa dikatakan bermain dengan rakannya sementara menunggu kenderaan yang menjemput mereka pulang sampai.

Bagaimanapun ketika sedang bermain, salah seorang rakan mangsa telah terpijak hujung cerucuk (batang besi) penutup longkang dan ianya ternaik lalu menusuk pipi mangsa.






*KOMEN :

-Penyelenggaraan besi penutup longkang yang diabaikan

-Kualiti jenis penutup longkang yang perlu dikaji semula penggunaannya

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan