Seperti yang dirakamkan ketika ceramah Jelajah
Reformasi 2.0 di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada 19 april 2014, Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa, mendiang Karpal Singh yang
menjadi peguam bela hampir semua kesnya selama 15 tahun tidak pernah
meminta sebarang bayaran guaman.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Karpal Singh bertindak
demikian kerana ingin menuntut bela terhadap penganiyaan yang telah
menimpa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.
Serba sedikit mengenai mendiang Karpal Singh :
Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 - 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.
Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005
menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri
dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Pada 17 April 2014, Karpal Singh disahkan maut dalam satu kemalangan awal pagi yang berlaku di KM 306 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada kira-kira 1:30 pagi.
Beliau yang berusia 73 tahun, juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
untuk menghadiri satu sebutan semula kes mahkamah sewaktu kemalangan
itu berlaku. Beliau bersama rakannya Michael Cornandez dan dua penumpang
lain termasuk anaknya Ram Karpal menaiki jenis kenderaan Toyota Alphard, dipercayai telah berlanggar dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan.
Antara kenyataan beliau yang menjadi isu hangat ialah berkenaan dengan "negara Islam". Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam.
Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.
*Komen :
-Karpal Singh sememangnya seorang kafir yang mungkin tidak mengerti atau mengetahui dengan lebih terperinci mengenai undang-undang syariah dalam perlaksanaan sebuah negara Islam.
-Beliau dan rakyat yang bukan beragama Islam yang lain harus didekati dan diterangkan perihal sebenar "sebuah negara Islam yang menggunakan undang-undang Syariah".
-Namun yang lebih mendukacitakan ialah ada dari kalangan mereka yang beragama Islam menentang perlaksanaan undang-undang Syariah (atau lebih terkenal dengan panggilan Hudud).
-Undang-undang syariah merupakan satu undang-undang yang terlengkap dan terbaik di dunia kerana ia berpandukan wahyu dari Allah SWT. Ia melindungi bukan sahaja umat Islam bahkan orang kafir (non muslim) turut mendapat keadilan daripadanya.