Sebab utama umat Yahudi lebih kuasai dunia berbanding umat Islam

 

15 juta orang yahudi boleh mengusai dunia berbanding 1.6 billion umat Islam di seluruh dunia. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah memang benar kualiti umat Islam kini laksana buih di pesisir pantai?

Yahudi dapat menguasai dunia salah satu sebabnya kerana mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Bagi mereka, "Education is the first bussines" (Pelajaran adalah bisnes yang utama). Tetapi lihatlah pada hari ini, terutamanya dalam negara Malaysia ini, ramai juga ibu bapa yang lebih bangga dan inginkan anak-anak mereka menjadi artis. Mereka lebih menggalakkan anak mereka menceburkan diri dalam dunia hiburan dan "glamour". Sanggup berhabisan berbelanja untuk tujuan berkenaan.

Adakah pernah ibu bapa hari ini mengira berapa banyak duit yang sanggup dikeluarkan untuk menyekolahkan anak-anak seumur hidupnya nanti? Bagaimana kalau dikatakan bahawa seandainya anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu membelanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit menghantar anak ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Mereka sangat berpotensi menjadi anak yang bijak dan indah budi pekertinya apabila kita tahu kaedah yang benar dalam mendidik mereka.

Namun, adakah wang yang anda laburkan untuk pendidikan anak sejak lahir bakal menjadikan anak lebih bijak atau bertambah liar?. Pastinya anak berkenaan akan lebih bijak dan tidak liar pada usia remaja mereka.  Itu belum lagi diambil kira sumber rezeki atau duit yang diperolehi untuk membesarkan anak-anak itu. Adakah ianya halal yang diberkati atau haram atau mungkin juga bercampur halal serta haram?. 

Sumber yang halal menjamin keberkatan dan kesempurnaan iman dan hidup keturunan kita semua.

Kisah pilu Dr Ridhuan Tee Abdullah

 
Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau nama Cinanya "Tee Chuan Seng" merupakan pengacara rancangan terbitan Astro iaitu Pencetus Ummah yang disiarkan di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD. Manakala peringkat akhirnya disiarkan pada 9 Januari 2014.

Ramai yang tersentuh qalbu mereka apabila mendengarkan tazkirah ringkas dari beliau semasa di pentas akhir rancangan berkenaan. Tazkirah itu pada awalnya tiada dalam "skrip" namun disaat-saat akhir pihak Astro Oasis meminta beliau menyampaikan sebuah tazkirah yang amat bermakna bagi para penonton di studio dan di rumah berkenaan denagn "ibu".

Berikut adalah video yang merakamkan tazkirah dari Dr. Mohd Ridhuan Tee. Video ini telah menjadi fenomena pantas di seluruh negara yang mana ianya meruntun jiwa insan yang mendengar dan menyaksikannya.... :

Buat parodi dan menang hadiah lumayan

http://bit.ly/1ecXmhD
Klik logo di atas untuk mengetahui maklumat lebih lanjut
Jika anda berbakat dalam membuat lawak dan yakin dengan lawak anda, maka inilah tempatnya untuk anda memasarkan bakat itu. Pamerkan aksi lucu, lawak spontan atau apa sahaja yang menghiburkan sempena Maharaja Lawak Mega 2013, dalam peraduan "Parodi Maharaja Lawak Mega 2013".

Video parodi anda perlu menggunakan tema dari rancangan terbitan Astro iaitu Betul ke Bohong, Karoot Komedia, Super Spontan, MLM 2012 & 2013, Sembang Teh Tarik dan mana-mana klip video dari artis Astro (Akedemi Fantasia) serti Hafiz, Stacy, Adira, Akim, Hazama, Shahir serta Aril.

Untuk mengetahui cara penyertaan dan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan, sila klik "MLM 2013 : Parodi" atau logo Maharaja Lawak Mega 2013 : Parodi di atas.

Jersi Melaka United musim Liga Malaysia 2014


Negeri Melaka yang kini sudah menjenamakan semula pasukan utama bola sepak mereka, telah mengeluaran jersi rasmi (jersi utama) untuk skuad Melaka United bagi mengharungi musim Liga Malaysia 2014.

Bertepatan dengan kehendak para peminat dan penyokong, versi jersi kali ini mengambalikan warna hijau yang asal pada jersi keramat pasukan "Sang Kancil".

Berikut adalah maklumat mengenai pembelian jersi ini :
TEMPAHAN MASIH DI BUKA SEHINGGA 15 / 01 / 2014

https://www.facebook.com/pages/JERSI-Melaka-United/391009934367697
JERSEY MELAKA UNITED 2014
ORIGINAL KRONOS

S , M , L , XL , XXL

TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG

HARGA RM 69.90

BERMINAT SILA BAGI NAMA / ALAMAT / NO.TEL / JERSI / SAIZ KE 019-6474517

Gambar tanah runtuh di Lebuh raya Mahameru


Pada 7 Januari 2014,sekitar jam 5.23 petang (hari Selasa), satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuh raya Mahameru menghala ke Parlimen. Pihak Bomba yang hadir ke tempat kejadian mendapati tiada kemalangan jiwa berlaku.

Setelah membuat pemantauan, pihak Bomba telah membuat kerja-kerja pembersihan jalanraya dan kawasan sekitarnya. Balai Bomba yang terlibat dalam operasi tersebut Sentul, Hang Tuah dan Jinjang. Turut hadir di tempat kejadian Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Talib.

Berikut adalah gambar-gambar kawasan kejadian dari sumber pihak bomba :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan