Madinah sebelum peristiwa hijrah
By Admin at 11:34:00 am
sejarah

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w..
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah
baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila
masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah
sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib
diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air.
Hal ini
menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari
kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.
Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadis, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Bani Qainuka'a, Bani Nadhir dan Bani Quraizah).
Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah
antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka.
Mengikut ahli
sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah dan pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraisy Makkah. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.
Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke
Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas
tiba di Madinah Nabi Muhammad merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
Harga gula naik, tahap kesihatan naik?
By Admin at 2:20:00 pm
Isu semasa
Kenaikan harga gula sebenarnya akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barangan atau produk keperluan yang lain seperti jualan runcit makanan dan minuman. Kenaikan 20 ke 50 sen mungkin dipandang sinis dan enteng oleh sesetengah pihak dengan beranggapan "bukannya banyakpun naik.. berapa sen je...".
Tetapi mereka tidak sedar kehidupan rakyat biasa yang miskin akan lebih terkesan dengan acapkali kenaikkan harga harga barang kawalan seperti gula, petrol dan diesel. Harga kuih-muih, minuman, kek, roti, nasi, lauk-pauk dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat pasti akan turut meningkat secara terlangsungnya meningkatkan kos perbelanjaan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai jenis bayaran dan cukai yang ada.
Subsidi untuk rakyat sebenarnya tidak akan membuat sesebuah negara muflis jika dilaksanakan dengan tertip dan ketelusan. Matlamat sebenar memberi subsidi kepada barangan keperluan seharian rakyat adalah bagi menjamin kelangsungan hidup mereka dalam situasi yang tidak membebankan, bukannya memberi subsidi kepada syarikat-syarikat kroni yang sudah sedia kaya dan banyak duit. Golongan usahawan kroni ini tidak terkesan langsung dengan kenaikan harga barangan kawalan kerana mereka sudah biasa hidup bermewah-mewahan. Malah ada ketikanya hutang-hutang "syarikat kabel besar" ini dilupuskan serta ditanggung pula oleh pemerintah semasa.
![]() |
| ORANG KAYA, VIP dan VVIP tak makan dan tak guna benda-benda ni semua. Mereka tak berada dalam lingkungan kesensaraan kehidupan rakyat biasa |
Paling utama bukannya menaikkan harga barangan runcit keperluan rakyat, sebaliknya kurangkan perbelanjaan untuk mengadakan projek-projek bertaraf "mega" yang dilihat tidak memberi impak dan kesan positif secara terus dan keseluruhan kepada rakyat. Selain itu mengurangkan atau lebih bagus membasmi habis ketirisan dalam urus tadbir kerajaan seperti pemberian dan penerimaan rasuah amatlah baik. Hal-hal sebeginilah yang sebenarnya dapat menyelamatkan berbillion-billion ringgit duit negara dari terus dirompak dengan rakus dalam senyap, bukannya subsidi kepada barangan keperluan rakyat yang jadi punca negara muflis.
Usah dibandingkan prestasi ekonomi negara Malaysia dengan negara luar seperti di benua Afrika atau benua Amerika, sebaliknya bandingkan negara ini dengan negara kecil iaitu Singapura dan Brunei. Negera Singapura tiada hasil bumi tetapi dengan pengurusan yang telus dan cekap, mereka menjadi antara negara yang paling sedikit kadar rasuah dalam kerajaan dunia. Ekonomi Singapura jauh lebih baik dari Malaysia. Brunei juga sepatutnya diperakui lebih layak digelar negara Islam yang lebih makmur kerana telah mula menggunapakai undang-undang syariah (atau lebih difahami sebagai hudud) dan pengurusan ekonominya adalah sangat baik serta mementingkan kebajikan rakyatnya.
Tetapi walauapapun yang terjadi, jadilah rakyat yang bersyukur kerana kerajaan semasa kita telah menyediakan jalan raya, lampu jalan, balai raya, tandas awam, taman rekreasi, sekolah, bangunan pencakar langit dan lain-lain projek yang rakyat biasa tidak mampu untuk menikmati manfaatnya.
**
- tiap kali mereka katakan ikut harga dunia, tetapi apakah benar harga gula di pasaran dunia naik atau turun?
- Malaysia sebuah negara yang ada tanah subur dan prasarana yang mencukupi untuk menyokong industri pertanian. Kenapa tidak diperbanyakkan ladang-ladang yang menghasilkan makanan ruji rakyat Malaysia? Kerana ia akan mengurangkan harga barangan yang disebabkan oleh pengeluaran melebihi permintaan.
- tiap kali selepas "mereka" memenangi pilihanraya, pasti akan ada kenaikan harga barang atau caj perkhidmatan.
- harga gula naik bukanlah alasan yang bijak bagi menyatakan penurunan kadar masalah kesihatan rakyat negara ini.
- menjaga kesihatan adalah berkaitan dengan sikap kawalan diri setiap individu terhadap khasiat pemakanan.
- selepas ini jika ada VIP atau VVIP yang datang ke kampung-kampung buat lawatan, hidangkan mereka dengan kopi, teh o atau sirap yang tiada dicampur sebarang bentuk manisan, atas alasan "menjaga kesihatan".
Download Takwim Penggal Persekolahan 2014
By Admin at 7:37:00 pm
Peristiwa
Melalui artikel pada kali ini, anda boleh download Takwin Penggal Persekolahan Malaysia bagi tahun 2014. Ia merangkumi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B ialah sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Untuk melihat jadual ini serta memuat-turunnya, sila klik pautan di bawah :
Pokok hiasan yang membawa maut
By Admin at 1:00:00 am
Maklumat
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Pokok
ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai
pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan
Uganda. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau
selalu diletak di kawasan taman awam.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat bolehmembunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera atau meletaknya di tempat yang selamat dari dicapai oleh kanak-kanak atau bayi.
**sumber dari Facebook











