Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca"


Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat tertentu yang menjalankan program pengiklanan di internet, sebenarnya telah memberi peluang kepada para pengguna komputer dan internet meraih potensi pendapatan yang tiada hadnya.

Selain dari kemampuan program pengiklanan ini menjana pendapatan, para usahawan pengiklanan atau affiliate memerlukan satu kelompok pengkalan data pengguna internet sebagai sasaran mereka untuk membuat promosi secara konsisten. Maksudnya mereka akan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengumpulkan para pelawat laman web dan blog mereka ke dalam satu senarai khas bagi tujuan promosi ini. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan laman web sosial seperti Facebook.

Teknik gabungan Facebook, blog/laman web dan skrip aturcara "like" telah digunakan bagi tujuan ini.  Pemilik laman web atau blog mengambil kesempatan di atas minat para pelawat ke atas informasi yang mereka tawarkan dengan meletak syarat supaya para pelawat mengklik butang "like facebook" sebelum meneruskan pembacaan.

Melalui pemerhatian saya, terdapat lebih dari dua jenis atau jenama skrip automatik seperti ini dan ada antaranya menetapkan jika pengguna tidak mahu mengklik butang "like facebook", mereka perlu menunggu dalam beberapa waktu sebelum artikel yang diinginkan dapat dibaca. Ada yang perlu menunggu sekejap ada pula yang perlu menunggu beratus-ratus saat.  Dan jika mereka klik ke artikel lain, tanpa mengklik butang "like facebook" sebelum ini, mereka masih perlu sekali lagi menunggu beratus-ratus saat sebelum ianya dipaparkan.

Ini adakalanya merimaskan pengguna internet dan pelawat.  Jika individu yang membuat teknik seperti ini adalah dari kalangan mereka yang telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti Chef Li (penulis buku Jutawan Senyap) dan Irfan Khairi (penulis buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar), pasti para pelawat tiada keberatan untuk mengkliknya.  Namun jika hanya "insan biasa" dan informasi yang ditawarkan di blog hanyalah berkisarkan tentang hiburan dan bahan kurang ilmiahnya, jangan bermimpi untuk menggunakan teknik ini, tak kena cara akan dapat sumpah seranah seperti di bawah ini  :


Contoh salah seorang blogger yang dapat "free" sumpah seranah dari pelawat

Namun bagi para blogger yang menggunakan teknik seperti ini, adalah sama seperti seorang pendesak. Tiap teknik ada pro dan kontra namun untuk lebih mewujudkan suasana harmoni, para blogger atau mereka yang memasang skrip seperti ini disarankan meletakkan lebih pilihan kepada pelawat dengan meletakkan butang "x" pada tetingkap skrip berkenaan atau mengurangkan masa menunggu kepada jumlah yang tidak menjenuhkan untuk menunggunya.

Salah satu contoh skrip yang digunakan. Tiada butang "x" diletakkan pada tetingkap

Kecoh Stacy sudah bersyahadah, ye ke?

 

Gempar apabila dikhabarkan juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Difahamkan dalam sebuah blog, Stacy telah  memeluk agama Islam kerana tertarik melihat abangnya, Muhammad Amin (Andrea) solat. Muhammad Amin memeluk Islam Januari lalu.  Cerita ini tersebar dan menjadi buah mulut dan perhatian para wartawan.

Namun, selepas meneliti dan membaca beberapa artikel, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah gadis yang nama sebenarnya ialah Stelly. Nama asal Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam.

Penawar penyakit Diabetis dibongkarkan


Walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan benar seperti janji Allah SWT, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". 

Untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah seperti berikut :
  • Ambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air.
  • Air dimasukan secukupnya, tidak terlalu banyak, kerana jika tomato bersaiz besar ia menjadi banyak dan kemungkinan sukar untuk dihabiskan).
  • Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan sukar untuk diminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan.

Ejen Jualan untuk Web Hosting, Streamyx & Unifi (Freelance / Full Time)

 
TMBIZ NETWORK adalah syarikat perundingan perkhidmatan IT yang menawarkan pelbagai perkhidmatan Hosting dan STREAMYX / UNIFI. Bermula dari perundingan strategi yang betul untuk melaksanakan melalui produk untuk semua pengguna peribadi atau perniagaan. TMBIZ NETWORK sedang mencari Freelance / Part Time / Full Time ejen atau penjual semula (reseller) dari setiap negeri di Malaysia.

Tanggungjawab Agen:
 
• NETWORK MANAGEMENT SYSTEM iaitu anda boleh merekrut dan menguruskan downline anda atau prospek (pelanggan) perniagaan.
 
• Sehingga 3 peringkat downline program bonus insentif.
 
• OVERRIDING COMMISSION SYSTEM utama di mana anda boleh mendapat komisen utama dari downline anda.
 
Reseller boleh menguruskan aplikasi sendiri dan mendapatkan alat yang berguna & pautan melalui portal pengurusan penjual semula.
 
Real time updating, di mana anda boleh melihat status terkini permohonan dalam masa nyata.
 
Kadar komisen tinggi, purata RM100 kepada RM200 bagi setiap urusniaga atau lebih.
 
Mendapat komisen tahunan. (terma & syarat dikenakan)
 
Waktu kerja fleksibel, tiada kuota & sasaran jualan diperlukan.
 

Pendaftaran untuk menjadi agen reseller adalah melalui laman web.  Sila sediakan salinan kad pengenalan. Bahagian depan dan belakang kad pengenalan hendaklah berada dalam satu muka, buat "scan" (imbasan) serta jadinya imej scan berkenaan dalam format "jpg"

Sila klik "PENDAFTARAN" di bawah ini untuk melayari laman web pendaftaran ejen :

NJOI : siaran TV setelit prabayar di Malaysia


Sebelum ini ada sebuah syarikat perkhidmatan TV satelit kedua di Malaysia selepas Astro.  Ia juga mempunyai fungsi menarik dan setara dengan Astro, namun kini syarikat berkenaan tidak meneruskan segmen pernigaan berkenaan dan meneruskan bisnes mereka dalam bidang penerbitan isi kandungan penyiaran.  

Namun kini anda mempunyai satu pilihan tambahan selain siaran Astro iaitu NJOI.  Walaupun ianya hanyalah merupakan sebahagian cabang perniagaan Astro, tetapi ia mempunyai keunikkan yang tiada dalam langganan Astro.  Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan bayaran secara prabayar. Dengan Prabayar Njoi, anda boleh menikmati pelbagai saluran premium mengikut keselesaan anda bermula dari hanya RM2 untuk 2 hari.

Dilancarkan pada Disember 2011, Njoi ialah perkhidmatan satelit TV " percuma" yang pertama di Malaysia. Njoi memberikan penonton Malaysia akses kepada siaran pendidikan, informasi dan hiburan yang berkualiti termasuk sukan dan muzik melalui 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa caj bulanan.

Njoi boleh didapati pada harga RM308 untuk sekali pembayaran di mana-mana pengedar Njoi yang sah dan RM100 dikenakan untuk caj pemasangan. Pelanggan akan menerima:

a) 1 Decoder NJOI
b) 1 Unit Alat Kawalan Jauh
c) 1 Unit piring satelit luar-rumah
d) 1 Kad Pintar
e) Prabayar Njoi (bernilai RM40 ** )
 
**Saluran premium Prabayar Njoi (bernilai RM40) untuk menonton rancangan-rancangan HEBAT!
** Semua baucar prabayar akan diaktifkan dalam masa 48 jam selepas akaun NJOI diaktifkan.

Pakej Njoi mengandungi dekoder, satelit, kad pintar dan alat kawalan jauh. Njoi memberi hiburan, informasi dan rancangan pembelajaran yang berkualiti tinggi. 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa yuran bulanan.
Saluran-saluran Njoi adalah dari Astro, saluran pembelajaran berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR, dan SPM. Saluran hiburan seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, CCTV , Bernama TV, Iview, Tvi, TV1, TV2, Astro Xiao Tai Yang dan 20 saluran radio.

 

Perkhidmatan Njoi boleh didapati di seluruh Malaysia. Ini adalah satu detik penting bagi Astro untuk dikenali sebagai perkhidmatan no.1 dirumah anda sama ada dengan Njoi TV satelit percuma atau dengan Astro TV Satelit. Kedua-duanya menyiarkan rancangan-rancangan berkualiti sama ada hiburan, informasi, sukan dan pembelajaran.
Njoi boleh didapati di seluruh negeri di Malaysia.  Klik peta di bawah untuk mengetahui senarai pengedar perkhidmatan ini :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan