Keputusan Separuh Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia 2012 : ATM - Singapore XII


Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Tentera' (ATM) dan 'Singa' (Lion XII) di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur. Pada perlawanan separuh akhir pertama, pasukan ATM beroleh keputusan seri dengan Lion XII dengan jaringan 1 - 1, dalam perlawanan yang berlangsung di Singapura.

KEPUTUSAN PENUH

ATM  1  -  1  Lion XII (Singapore)
(Pasukan ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan kemenangan penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan jaringan 5 berbalas 4 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2)

Misai dan janggut berfesyen


Semasa zaman kanak-kanak atau remaja, orang bermisai 'melenting' @ melentik digambarkan sebagai seorang yang garang dan kebetulan pada zaman-zaman tertentu orang-orang yang mempunyai misai sebegitu mempunyai karektor yang tegas dan muka yang 'ketat'.

Ditambah lagi dengan janggut panjang yang dilihat bercantum dengan misai tersebut... Namun janggut sering dilihat sebagai 'aksesori' bagi pada ustaz atau guru agama.

Rasullullah SAW ada bersabda mengenai misai dan janggut.  Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-
  • "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
  • "Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."
Namun, apakah yang anda fikirkan apabila melihat bentuk misai dan janggut seperti pada gambar di atas?. Gambar tersebut adalah daripada gambar peserta pertandingan misai dan janggut yang pernah dianjurkan di negara Perancis.

**walauapapun fesyen seperti janggut diwarnakan menggunakan inai, kebersihan perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan dari bakteria merebak.

**hati-hati, jangan sampai misai atau janggut anda tercelup dalam minuman atau sup anda...

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 : Kelantan - Selangor

 

Perlawanan bola sepak separuh akhir pertama bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Red Warrior' (Kelantan) dan 'Red Giant' (Selangor) di Stadium Sultan Mohammed Ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Kelantan hadir dengan "misi 3" dan Selangor berkeyakinan dengan "misi 33".

KEPUTUSAN AKHIR

KELANTAN  1  -  0  SELANGOR
minit 61 - Kelantan

Antara 'Kosong' Najwa Latif dan Astrid


Memiliki irama lagu yang 'simple' dan lirik yang mudah diingati menjadi pilihan peminat muzik hari ini. Dan dalam pada itu, terdapat juga beberapa lagu yang mempunyai tajuk yang sama tetapi dinyanyikan oleh penyanyi yang berbeza dan pastinya lirik serta susunan muzik yang berlainan.

Lagu yang dimaksudkan ialah "Kosong" yang dinyanyikan oleh Najwa Latif dan Astrid (popular dengan lagu ' Tentang Rasa '). Nikmatilah video klip mereka di bawah ini... Enak didengarin saat bersantai sih.. :-)



Najwa Latif - Kosong



Astrid - Kosong

Ribut Di tapak Pasar Tani UTC, Melaka (6 September 2012)

 

Di atas ini merupakan salah satu gambar yang sempat diambil selepas kejadian ribut berlaku di tapak Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah, Melaka...

Kejadian berlaku semalam ( 6 September 2012 ), bermula sekitar 10.30 malam dengan langit mendung beserta angin kencang yang belum pernah berlaku di kawasan ini.  Semasa kejadian berlaku, hanya ada 5 orang yang berada di tapak Pasar Tani UTC, Melaka iaitu empat orang peniaga (termasuk saya) dan seorang urus-setia.

 
 

Kami yang berada di tempat kejadian berusaha menyelamatkan barang-barang niaga masing-masing dan rakan-rakan seperniagaan kami.  Ribut seperti ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah kewujudan pasar tani di Jalan Hang Tuah, Melaka ini.

Gerai yang dimiliki oleh Tuan Guru S.B Afeid Haji Buang, iaitu Yang Di Pertua SIKUME (Silat Kunci Melayu Melaka), yang berdekatan dengan gerai saya mengalami kerosakan yang serius, namun beliau sempat menyelamatan barang-barang niaganya.  Khemah urus setia juga mengalami kerosakan.  Namun saya dan urus setia sempat menyelamatkan peralatan audio / video milik FAMA Negeri Melaka.


** sederet gerai yang berhadapan dengan gerai saya habis rosak, namun syukur pada Allah SWT, gerai saya dan gerai-gerai lain yang sederet dengan gerai saya tidak mengalami kerosakan yang serius...

Saya berada di dalam gerai saya semasa ribut itu merosakan deretan gerai hadapan itu...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan