Kucing minta tolong dari manusia


Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan dikatakan ia dijinakkan pada sekitar 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan binatang yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi satu video yang amat menarik dan mencuit hati pada sesiapa yang digelar "pencinta kucing"...Di dalam video ini menyaksikan seekor kucing yang meminta pertolongan dari "tuannya" untuk membuka bekas yang mengandungi makanan...


Keputusan Liga Super Malaysia 10 Julai 2012

 
Tujuh perlawanan yang berlangsung pada malam ini adalah perlawanan yang ke 25 bagi acara bola sepak Liga Super Malaysia 2012.  Dengan kejuaraan telah diketahui dimiliki oleh Kelantan dan naib juara menjadi milik Singapore Lion,  perebutan tempat ke tiga menjadi semakin sengit.

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 1 - 0 Kelantan

Johor FC 2 - 0 Terengganu

Negeri Sembilan 1 - 1 Kuala Lumpur

T-Team 2 - 1 Singapore Lions

 Perak 1 - 2 Kedah

 Selangor 3 - 2 Sabah

 Sarawak 0 - 0 PKNS FC

Facebook Page Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad

 

Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad atau "KOGIAT Melaka" adalah sebagai landasan Kelab Usahawan Giatmara Melaka menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan dan pembekalan.  Buat permulaan, KOGIAT Melaka mensasarkan penyampaian perkhidmatan dan pembekalan di seluruh negeri Melaka, namun secara sedikit demi sedikit mengembangkannya ke negeri-negeri berdekatan dengan Melaka.  

Untuk maklumat terkini, pihak KOGIAT Melaka telah membuat rangkaian "homestay" dengan kerjasama beberapa pemilik homestay di sekitar Melaka untuk menyertai "networking" koperasi.

Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad kini telah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera.

Berikut adalah maklumat pendaftaran berkenaan :

NO SIJIL : K22108940041031938
NO RUJUKAN PENDAFTARAN : 357-02187534
TEMPOH SAH LAKU : 11/06/2012 - 10/06/2015

Kod Bidang :

010201 - ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG / KERTAS KOMPUTER)

020101 - PERABUT

020201 - MESIN-MESIN PEJABAT

050200 - PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

080100 - BAHAN MINUMAN

080200 - MAKANAN MENTAH BASAH

080300 - MAKANAN MENTAH KERING

080400 - MAKANAN DALAM TIN/BOTOL/BUNGKUS

080501 - MAKANAN BERMASAK ISLAM

180100 - MESIN DAN KELENGKAPAN BENGKEL

Kelab Usahawan Giatmara Melaka dan  Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad beroperasi di alamat Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.  Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keperluan melanggan perkhidmatan koperasi ini atau ingin menyertai "networking" koperasi (tertakluk kepada yuran atau syarat tertentu, sila hubungi Pengerusi, Encik Mas Ramizu (013 649 5618) atau SetiaUsaha, Puan Nur Hafizah (012 668 1686).

Facebook Page bagi Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad boleh dicapai dengan klik pautan di bawah ini :

Keputusan bola sepak Liga Super Malaysia 7 Julai 2012

 

Enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang menjadi lonjakan penentu kejuaran musim ini.


KEPUTUSAN PENUH

Kelantan 6 - 0 Perak

Kuala Lumpur 0 - 4 Selangor

Sabah 1 - 3 Terengganu

Kedah 0 - 2 Negeri Sembilan

PKNS FC 0 - 1 Felda United

T-Team 1 - 1 Johor FC

Burung "bersujud" mendengar bacaan Al Quran, manusia pula?

 
Burung bersujud apabila mendengar bacaan Al Quran di Masjidil Haram


"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera..". - Al-Insaan , 12  

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara zahirnya telah menunjukkan "rasa merendah diri" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan berserah sepenuhnya, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan...."
 
Sedangkan syaitan pun pernah bersujud pada Allah SWT.. Inikan pula manusia yang dimuliakan olehNya dengan dikurniakan akal dan iman untuk menjadi khalifah di bumi.  Syaitan cuma tidak sujud pada Nabi Adam... Jika kita manusia ini tidak sujud, yakni mematuhi perintah Allah SWT..., maka siapalah kita ini?.

Di akhir zaman ini sekelompok manusia dilihat sujud kepada harta, pangkat serta kuasa.  Kerana itulah sebesar-besar perkara yang mereka inginkan sepanjang hidup mereka yang mencari makan dalam arena politik.  Mereka sanggup memfitnah, membuat sumpah dan bukti palsu bagi memburuk-burukkan dan menjahanamkan orang lain.  Dengan berani mengambil hak orang lain dan menafikan hak orang yang sepatutnya mendapatkan sesuatu manfaat.  

 
Merekalah dalang sebenar yang menjejaskan dan menghina institusi Raja / Sultan Melayu

Mereka ini juga sanggup berselindung disebalik "nama agama" atas tujuan meraih undi untuk menyelamatkan cengkaman kuasa mereka dalam pemerintahan dan pemerasan kelompok mereka di negara ini.  Mempromosikan Islam hanya dari segi kosmetik sahaja dan dalam masa yang sama membenarkan persembahan artis luar negara yang membawa budaya yang merosakan akhlak pemuda pemudi di Malaysia.  

Jika benar mereka memperjuangkan Islam, maka pasti kita hari ini dapat melihat sistem perundangan Islam digunapakai sepenuhnya setelah beberapa puluh tahun negara kita merdeka. Namun kita hari ini melihat negara kita masih menggunakan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah yang mana ianya diibarat seperti "bom jangkamasa".  Menuduh seseorang berzina, berkhalwat dan liwat bukan mengikut syariat Islam.  Bagi mereka Al Quran digunakan sebagai "alat bersumpah" dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mereka "menegakkan benang yang basah....".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan