Srikandi rakam takziah kepada keluarga Dirang

 

Srikandi KEADILAN merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Nadirah Abdullah yang berusia lima tahun, yang meninggal dunia selepas dilaporkan hilang 13 hari lalu.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Nadirah, dan merasa berdukacita dengan kematiannya, lebih-lebih lagi dengan keadaan mayatnya yang dibakar rentung.

“Saya juga mengutuk penjenayah yang sanggup melakukan kekejaman ini. Ternyata penjenayah adalah seorang yang tidak dididik dengan norma sosial dan nilai hidup yang baik”, jelas Aishah.

1 Mac lalu, Nurul Nadirah, atau panggilan mesranya Dirang, dilaporkan hilang setelah keluar berseorangan ke kedai berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor.

Seminggu kemudian, polis menjumpai rangka manusia yang rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai. Keputusan DNA yang diperolehi semalam mengesahkan mayat yang ditemui itu adalah mangsa.

Setakat ini, polis menahan empat suspek, termasuk bapa mangsa sendiri dan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan.

Aishah turut berkata, sememangnya tragedi ini adalah satu ketentuan Tuhan, tapi ini tidak bermakna usaha pencegahan tidak perlu dipertingkatkan.

“Tragedi ini adalah susulan kes yang sama terjadi sebelum ini, dan kelemahan dan ketempangan sistem kawalan keselamatan, tidak mengira kawasan bandar atau luar bandar perlu diperbaiki.

“Kita bukan sekadar ingin penjenayah ditangkap dan dihukum sahaja, tapi lebih penting adalah untuk tidak membiarkan perkara buruk ini berulang”, kata Aishah kepada KeadilanDaily.




**Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah buat keluarganya...

Ketahui 10 sifat Mahmudah dan Mazmumah



Imam Al-Ghazali R.A telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah terpuji ) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat 
2) Khauf ( Takut ) 
3) Zuhud 
4) Sabar 
5) Syukur 
6) Ikhlas 
7) Tawakkal 
8) Mahabbah ( Kasih Sayang ) 
9) Redha 
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )


Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah ( tercela / sifat keji ) di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan 
2) Banyak bercakap 
3) Marah 
4) Hasad 
5) Bakhil 
6) Cintakan kemegahan 
7) Cintakan dunia 
8) Bangga Diri 
9) Ujub ( Hairan Diri ) 
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk )

Serena Tan : pekerja hotel bajet jaga ibu tua yang ditinggalkan anak

 

Assalamualaikum.....

Pasti sudah ramai yang membaca, melihat dan mendengar berita mengenai seorang ibu tua yang lupuh dan daif ditinggalkan sendirian di sebuah hotel bajet ( Hotel Muda ) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Namun dalam artikel ini saya ingin memaparkan satu situasi yang sangat menarik perhatian saya untuk kita ambil ikhtibar dan renungan sebagai seorang penganut agama Islam.  

Saya pada mulanya tidak sanggup untuk menonton video " Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet " di laman web YouTube kerana saya ini seorang yang sangat sensitif.  Sedangkan video kucing yang bernama "Hero", yang kaki depannya kudung akibat dikerat oleh seorang peniaga Cina..., pun saya menangis semasa menontonnya, apatah lagi video ibu tua yang lumpuh dan daif ini. Saya sangat-sangat sedih dan tetap terus menangis walaupun sudah berkali-kali menonton video tersebut.

Sepanjang paparan video yang berdurasi selama 3 minit 56 saat itu, saya selalu ulang "babak" pada durasi 2:52 iaitu apabila pekerja hotel yang bernama Serena Tan menceritakan pada wartawan Harian Metro, dia memujuk ibu tua itu dengan berkata "saya selalu cakap dengan dia.., Allah selalu tak ada tinggal dia punya..., jangan risau".

Kenapa ye.....? Sebabnya ia diucapkan oleh seorang Cina kafir yang mungkin makan babi dan minum arak tetapi masih lagi ada belas ehsan terhadap orang tua itu, masih kenal siapa itu Allah SWT, masih boleh mengakui bahawasanya Allah SWT itu sentiasa ada menjaga hambaNya...., sedangkan anak kepada ibu tua lumpuh dan daif itu sanggup pula meninggalkan ibunya keseorangan di hotel bajet berkenaan.  Seperti yang dikatakan oleh Serena Tan mengenai ibu tua berkenaan, orang tua itu bernasib baik kerana dia berada di tempat yang selamat, mungkin kerana orang tua itu mempunyai hati yang baik dan Tuhan selamatkanya.....

Pasti ada sebab-sebab dan masalah tertentu yang menyebabkan si anak berkelakuan seperti itu, terutamanya yang melibatkan sejarah silapnya namun pada fikiran saya, apapun "salah" yang dilakukan oleh ibu atau ayah kepada anak semasa mereka masih muda, mereka tetap satu-satunya "orang tua" yang melahirkan dan membesarkan kita dan memberi peluang untuk kita hidup.  

Bayangkanlah kalau masa kita dilahirkan, kita dibuang di dalam semak, sungai atau ditinggalkan di mana-mana saja.....?.  Peluang untuk hidup dan membesar walaupun mungkin kurang sempurna, namun ia sudah cukup baik tidak seperti nasib saudara-saudara kita yang dibuang oleh ibu ayah mereka sejak kecil lagi.

Besar macam manapun salah ibu ayah kita di masa silam, maafkanlah mereka kerana kini mereka sudah tua, tak terdaya hidup sendirian serta mereka perlukan perhatian dan penjagaan dari anak-anak. Anak-anak yang menjaga ibu ayah yang uzur sehingga akhir hayat mereka, insya Allah....., syurga pasti menanti untuk menerima kehadiran anak-anak itu.....


** daripada perbualan dalam video berkenaan, ibu tua yang lumpuh dan daif itu berasal dari Kampung Jawa, Pengerang, Johor.....

** Serena Tan seorang Cina kafir yang berhati baik, mempunyai perasaan ehsan dan kasihan pada mereka yang bernasib malang, lebih mulia dari sesetengah orang yang mengaku sebagai orang Islam..... Moga para pekerja Hotel Muda ini mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT untuk menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka... Amin ya Rabbal alamin....

** kepada Serena Tan, saya mengucapkan rasa terima kasih kerana kamu dan para pekerja Hotel Muda tolong menjaga ibu tua itu... Terima kasih sangat-sangat..... 

 

11 fakta mengenai Neraka yang perlu Madani Malaysia tahu


Assalamualaikum....

Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang penuh dengan azab dan siksaan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah SWT.  Ia merupakan salah satu tempat atau destinasi terakhir umat manusia sebagai balasan atas apa yang dikerjakan semasa masih bernyawa di muka bumi.

Dipetik dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku (Allah SWT). Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu : 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Ulasan :-
**Pembalasan bukan sahaja akan diterima di akhirat kelak, bahkan bagi sesetengah manusia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan semasa masih hidup di alam fana ini.

**Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat atau generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan

Lapan sifat atau keperibadian utama Tok Kenali (Muhammad Yusuf bin Ahmad)

 

Assalamualaikum.....

Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali) adalah salah seorang tokoh serta pahlawan terbilang di Negeri Kelantan.  Beliau dianggap seperti seorang "wali" atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula beliau memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Peribadi dan sifat utama

Tok kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulama besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat islam. 

Antara sifat-sifat tersebut ialah:

1) Sangat menghormati dan memuliai ibu bapa

2) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

3) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

4) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.

5) Mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.

6) Suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.

7) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

8) Pakaian beliau amat sederhana.

 
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan salah seorang contoh pemimpin 
yang banyak bersabar dengan dugaan serta fitnah selain dari Dato Seri Anwar Ibrahim.



Rujukan daripada :  princehardy.blogspot.com

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan