Adab datang "tempat" orang - contohi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

 

Assalamualaikum.....

Biarpun Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang akan melawan Kelantan pada pertemuan malam ini (4 Mac 2012), namun perbezaan politik yang mentadbir negeri masing-masing bukan penghalang untuk memperlihatkan rasa hormat dan beradab, lebih-lebih lagi pada pasukan Negeri Sembilan.  

Mereka tahu mereka adalah tetamu di negeri orang dan tindakan mereka adalah betul dan bijak kerana meluangkan masa bagi mengadakan majlis ringkas bertemu Tuan Guru Nik Abduk Aziz Nik Mat yang dikatakan kebetulan berada di hotel yang sama pada malam sehari sebelum hari ini atas urusan rasmi.  Inilah contoh adab sopan dan budi bahasa orang Melayu yang selaras dengan ajaran Islam iaitu saling hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang mulia.  

Akan tetapi ini tidak berlaku pada pemimpin yang sebelum ini dikaitkan dengan isu model dari Monggolia yang mati dibunuh.  Datang ke negeri orang atas urusan rasmi berkaitan dengan negeri pantai timur itu tetapi sekali pun tidak pernah dilihat berjumpa dengan menteri besar negeri yang didatanginya. Inilah sikap kurang hajar dan besar kepala yang ditunjukan oleh pemimpin berkenaan.

Tahniah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.. Sikap keterbukaan dan budi pekerti yang wajar dicontohi oleh sekalian rakyat jelata.

Seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Abduk Aziz Nik Mat dalam satu majlis yang dihadirinya :

"Bagaimana pun beradablah ketika melangkah, bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. masuk berpintu keluar bertangga..."

Terjemahan lirik lagu Doraemon dalam Bahasa Melayu

 

Assalamualaikum.....

Tidak dapat dinafikan kartun Doraemon sudah lama menjadi lagenda bagi mereka yang zaman kanak-kanak bermula dalam tahun 1970-an (tahun kewujudan Doraemon), 1980-an dan 1990-an.  Malah tidak diragui lagi bahawa kartun ini masih digemari oleh segenap lapisan generasi sehingga kini.

Penerbit atau pemilik hak cipta kartun ini juga telah mengeluarkan Doraemon versi filem dalam pelbagai tajuk.  Komik dan bermacam-macam barangan seperti keychain, bantal, selimut, buku nota, t-shirt dan selimut yang mempunyai imej Doraemon sentiasa jadi perhatian dan pilihan kanak-kanak

Dalam artikel ini saya berkongsikan lagu Doraemon yang mempunyai terjemahan dalam Bahasa Melayu.  Sama ada terjemahannya tepat atau tidak, usah peduli..., layan je... asalkan faham lebih kurang sudah... :-)

 

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super - 3 Mac 2012

 

Empat perlawanan berlangsung pada 3 Mac 2012 yang melibatkan pasukan Sabah - Johor FC, Kedah - Selangor, Kuala Lumpur - Terengganu dan PKNS - Perak.

Perlawanan antara Kuala Lumpur dan Terengganu dilangsungkan di Stadium Hang Jebat, Melaka (stadium berkecuali) di mana Kuala Lumpur sebagai "tuan rumah".


 KEPUTUSAN AKHIR


SABAH  2 ( minit 33, 82 )  |   1 ( minit 30 )  JOHOR FC

KEDAH  1 ( minit 86 )  |   0 SELANGOR

KUALA LUMPUR  0  |   1 ( minit 60 )  TERENGGANU

PKNS 2 ( minit 20, 56 )  |   2 ( minit 42, 80 penalti )  PERAK

Jadual perlawanan bola sepak Liga Super bulan Mac 2012

 

3.03.2012 ( Sabtu )

KEDAH - SELANGOR / 8.45 mlm / Stadium Darul Aman, Alor Setar

SELANGOR PKNS - PERAK / 8.45 mlm / Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

KELANTAN - NEGERI SEMBILAN / 8.45 mlm / Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru

KUALA LUMPUR - TERENGGANU / 8.45 mlm / Stadium Hang Jebat, Melaka

SABAH - JOHOR FC / 8.15 mlm / Stadium Likas, Kota Kinabalu


6.03.2012 ( Selasa )

KL FELDA UNITED - LIONS XII / 7.45 mlm / Stadium Jalan Besar, Singapura


16.03.2012 ( Jumaat )

KL FELDA UNITED FC - SELANGOR PKNS FC / 8.45 mlm / Stadium Hang Jebat, Melaka


17.03.2012 ( Sabtu )

SELANGOR - KUALA LUMPUR / 8.45 mlm / Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

NEGERI SEMBILAN - KEDAH / 8.45 mlm / Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

PERAK - KELANTAN / 8.45 mlm / Stadium Perak, Ipoh

SARAWAK - LIONS XII / 8.15 mlm / Stadium Negeri Sarawak, Kuching

TERENGGANU - SABAH / 8.45 mlm / Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

JOHOR FC - PBDKT T-TEAM / 8.45 mlm / Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru


20.03.2012 ( Sabtu )

SELANGOR - LIONS XII / 7.45 mlm / Stadium Jalan Besar, Singapura


30.03.2012 ( Jumaat )

KUALA LUMPUR - NEGERI SEMBILAN / 8.45 mlm / Stadium Hang Jebat, Melaka

KEDAH - PERAK / 8.45 mlm / Stadium Darul Aman, Alor Setar


31.03.2012 ( Sabtu ) 

LIONS XII FC - PBDKT/T-TEAM / 7.45 mlm / Stadium Jalan Besar, Singapura

SELANGOR PKNS - SARAWAK / 8.45 mlm / Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

KELANTAN - KL FELDA UNITED / 8.45 mlm / Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru

SABAH - SELANGOR / 8.15 mlm / Stadium Likas, Kota Kinabalu

TERENGGANU - JOHOR FC / 8.45 mlm / Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu 

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super & Liga Perdana - 2 Mac 2012

 

KEPUTUSAN AKHIR

PBDKT T-Team  1 ( minit 67 )  |   0  Sarawak


 
KEPUTUSAN AKHIR

Pahang  5 ( minit 44, 50, 72, 75, 90 )  |   1 ( minit 13 )  MP Muar 

Perlis  3 ( minit 43, 58, 65 )    |   3 ( minit 9, 45, 90 )  Johor


Perlawanan waktu petang :

Darby  1 ( minit 28 )    |   1 ( minit 63 )  Pos Malaysia

Johor MBJB  2 ( minit 55, 77 )    |   3 ( minit 5, 14, 74 )  Betaria

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan