Segmen Satu Gambar Bercerita : saiz badan


Assalamualaikum....

Melalui gambar di atas, dapatlah kita tahu bukan mudah untuk pemain bola sepak Asia terutamanya di Malaysia bersaing dengan pemain di peringkat yang lebih tinggi terutamanya jika ingin bersaing dengan pemain di benua luar Asia.  Namun pemain bola sepak yang bertubuh kecil juga mempunyai kelebihan tersendiri. 

Jika para pemain bola sepak Malaysia menumpukan segenap perhatian pada aspek teknikal dan taktikal bola sepak serta tersangat rajin membuat latihan tambahan seperti yang pernah dilakukan oleh Arwahyarham Mokhtar Dahari, insya Allah graf pencapaian dan mutu sukan bola sepak Malaysia akan terus "mencanak" ke puncak kejayaan.

Segmen "Lebih Dari Satu" Gambar Bercerita : kad pengenalan

  
    
Revolusi kad pengenalan di Malaysia

Salam sejahtera....

Dalam artikel hari ini, saya ingin berkongsi info mengenai kad pengenalan di Malaysia.  Satu kad yang wajib ada di dalam beg duit anda selain dari kad bank dan kad nikah (kalaulah ada...).

Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. 

Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesahihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.

Untuk memenuhi keperluan keunikan kad pintar ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengenali, mencipta, dan membangunkan prasarana untuk menghasilkan Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan.
Projek ini bermula pada tahun 1996 sebaik sahaja Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mengilhamkan wawasan Kad Pintar Pelbagaiguna ini.
Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan yang pertama di dunia telah dilancarkan pada 5 September 2001 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelancaran rasmi tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inisiatif MSC negara kerana ianya merupakan aplikasi perdana Koridor Raya yang pertama dilancarkan secara rasmi.

Keputusan perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011 (Kumpulan A) : Malaysia - Kemboja


Assalamualaikum....

Syukur kepada Allah SWT kerana pasukan bola sepak Harimau Muda telah berjaya memenangi perlawanan bola sepak kali ini ke atas pasukan bola sepak Kemboja dengan jaringan empat berbalas satu.

Persembahan pasukan Malaysia pada separuh masa pertama kelihatan meyakinkan dengan mendahului tiga gol sebelum waktu rehat.  Di bahagian tengah, kelihatan Nazmi dan Baddrol Bakhtiar memainkan peranan penting dalam merencana gerakan pasukan bola sepak Malaysia. Pada separuh masa pertama, saya tertarik dengan cara gerakan dan kreativiti Nazmi yang bergandingan baik dengan ketua pasukan iaitu Baddrol Bakhtiar.

Walaupun Nazmi masih muda, berumur 17 tahun, namun beliau kelihatan matang dalam setiap gerakan.  Pertahanan Malaysia di separuh masa pertama beraksi baik, cuma Malaysia masih lagi bermasalah di bahagian serangan.  Dengan Izzaq Faris yang cuma mampu menjaringkan gol melalui tandukkan pada awal permainan dan beliau kurang mendapat bola dari bahagian tengah.

Percubaan Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti ke arah pintu gol Kemboja berhasil apabila penjaga gol Kemboja gagal menangkap bola yang melantun ke tanah dan terus menerjah jaring gol.  Kapten pasukan bola sepak Malaysia ini sekali lagi menambah koleksi jaringan pasukan Malaysia dengan jaringan penalti.  Tamat separuh masa pertama, statistik penguasaan permainan ialah Malaysia 67% dan Cambodia 33%.

Pada separuh masa kedua, Malaysia seakan tidak meningkatkan mutu permainannya dan terdapat kelonggaran di bahagian tengah dan pertahanan.  Pasukan Kemboja dilihat telah memperbaiki permainan dengan serangan pantas dan lebih tersusun serta kualiti hantaran mereka lebih baik dari separuh masa pertama. Hasilnya, mereka berjaya menjaringkan gol di saat pemain Malaysia dilihat seperti kepenatan dan tidak lagi mempergayakan gerakkan cantik dan berkesan.

Menuju ke waktu penghujung permainan, pasukan Malaysia kembali meningkatkan serangan.  Wan Zahrul berjaya mengambil peluang di kala kealpaan pemain Kemboja dengan melakukan "turning" yang baik dan berjaya membuat rembatan, di mana bola itu melambung serta menjunam ke arah sudut gol sebelah kanan Kemboja.  Penjaga gol Kemboja, Sou Yaty seperti terkena "gam gajah" kerana tidak mampu untuk membuat sebarang pergerakkan bagi menyelamat gawang golnya.


**p/s : Pada pendapat saya pasukan Harimau Muda ini semakin meningkat mutu permainan mereka dari satu perlawanan ke satu perlawanan.  Diharap pasukan ini sentiasa dapat bersatu sebagai pasukan yang ampuh dari segenap sudut dan berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2009 lalu.

Timbalan Perdana Menteri adalah bapa Najwa? Najwa "Cinta Muka Buku" ke?

 
Inikah contoh pakaian yang boleh diikut oleh perempuan Islam?


Bukan Najwa "Cinta Muka Buku", tetapi Najwa Muhyiddin Yassin yang menang anugerah Lagu Inggeris Terbaik dan Artis Baru Terbaik dalam AIM 2011 yang disiar secara langsung melalui Astro Ria.  Sewaktu pengumuman, pengacara hanya menyebut nama Najwa.  Najwa pun tidak memberi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri itu. Najwa hanya memberi penghargaan kepada ibu dan kaum keluarganya sahaja.

Kasihan Najwa dan Muhyiddin Yassin , kerana masing-masing tidak mahu mengaku bapa dan anak.  Apakah kerana jika nama bapanya disebutkan sekali, imej perjuangan TPM dalam dunia Melayu dan Islam akan ternoda? (strategi politik). Apakah kemenangannya disebabkan kedudukan bapanya?. Saya tak pun menyedari kewujudan artis ini yang saya tahu Najwa Latif je... Ingatkan Najwa "Cinta Muka Buku" yang menang, tetapi rupanya.....


**p/s :  Saya tak tengok anugerah hiburan macam ni... kurang minat, hanya dengar lagu di radio, tu pun jika ada tumpang kereta kawan atau makan di restoran atau kedai makan....

Laman web Gengblogger kembali pulih...?


 

Assalamualaikum...
Baru hari ini, waktu malam bertarikh 12 November 2011, saya lihat widget sidebar dari Gengblogger sudah kembali kepada paparan yang normal.  Sayapun cuba login ke laman web Gengblogger dan berjaya membuat "ping" artikel blog saya sesudah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Dalam tahun ini, sudah beberapa kali laman web Gengblogger bermasalah.  Nampaknya baru hari ini ianya kembali pulih dan berfungsi normal.., tetapi sampai bilakah ianya dapat bertahan?.  Sama-samalah kita lihat.  Jangan lupa berdoa agar laman web ini dapat bertahan dan menangkis segala nasalah yang cuba menyerang kerana laman web inilah yang menjadi medan untuk para blogger "menghidupkan" blog masing-masing serta menjadi platfom untuk kita menghubungkan silaturrahim sesama blogger.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan