Assalamualaikum...
Tiket-tiket bagi menyaksikan Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakkan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura telah dijual secara online pada 20 Julai 2011.
Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara online boleh berbuat demikian melalui laman web berikut: www.tickethotline.com.my.
Maklumat-maklumat lain berhubung penjualan tiket perlawanan berkenaan adalah seperti berikut:
Penjualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil:
- 26 dan 27 Julai – 9 pagi hingga 7 malam.
- 28 Julai - 9 pagi hingga waktu rehat perlawanan
Penjualan tiket kepada penyokong Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:
- Penyokong Singapura:
a. Penjualan Tiket dan Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.
- Penyokong Malaysia
a. Penjualan Tiket di Pintu Kuning dan Pintu Merah
b. Penebusan Tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.
Harga tiket adalah RM50 (tempat duduk utama), RM30 (tempat duduk terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Selain itu, tiket-tiket juga akan dijual di beberapa lokasi lain seperti berikut:
26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
- Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama.
- Stadium Shah Alam. Di Pintu A.