Pakej Netbook dan printer untuk dijual

 
Assalamualaikum...
Ada sebuah netbook dan printer untuk dijual sekaligus.  Berikut adalah spesifikasi peralatan berkenaan :

Netbook :
Eee PC (Asus)
RAM 1 GB
Hard Disk 160 GB
Webcam Build in
Wi-Fi
10,1" Screen
Windows XP
Charger
Sheath (sarung)
(masih ada warranty asal)


Printer :
Canon Pixma MP258
(masih ada warranty asal)

Kedua-dua barang berkenaan adalah berjumlah RM1100.00


Jika serius dan berminat untuk membeli, sila hubungi :

Rizuan Malek

Antara muka Shahir AF8 dan anak kucing, mana yang lebih cute?

     
 Shahir AF8 semasa dalam babak filem Karak dan anak kucing yang disolek seperti Pikachu di Jepun


Assalamualaikum....

Ada dua persoalan :

1.  Antara peminat Shahir AF8 dan Pikachu, yang manakah paling ramai..?
2.  Antara muka Shahir AF8 dan Pikachu, manakah paling "cute.."?

Segmen Satu Gambar Bercerita : Bomba


Assalamualaikum...

Secara asasnya bomba adalah satu pasukan yang diberi tugas untuk memadamkan kebakaran.  Selain itu, ada kes-kes yang bukan melibatkan kebakaran turut di "cover" oleh mereka seperti menyelamatkan kucing yang tak boleh turun dari pokok, menangkap ular sawa dan juga mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan.

Namun, apa perasaan anda bila melihat gambar di atas?.  Memang "fail" team bomba tu.  Sempat lagi ber "posing" dekat rumah yang sedang terbakar.  Bikin panas je...

Lirik lagu "Kalau Cinta – Aliff Aziz dan Joanna"


Kalau Cinta

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu


Verse

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Chorus

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Ulang Verse 
Ulang Chorus

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Ulang Chorus 3X

Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak - Malaysia lawan Liverpool


Penerangan ringkas perlawanan :

Separuh Masa 1

Joe Cole hampir nak dapat gol di minit ke 17 tapi pertahan Harimau Malaya bijak membuat perangkap offside...
Liverpool dapat penalti di minit ke 25 setelah pemain Liverpool bijak menjatuhkan badan di masa yang tepat dan gol
Muslim Ahmad menanduk bola keluar bagi menyelamatkan gawang Malaysia pada minit ke 31.
Minit ke 38, Abdul Hadi Yahaya dikeluarkan dan digantikan dengan Izzaq Fariz.
Minit ke 40, Amar Rohidan dikeluarkan dan diganti dengan Gurusamy.
Malaysia dapat gol melalui sepakan percuma yang disempurnakan oleh kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim di minit ke 43.
Minit ke 46, Malaysia hampir dapat gol dari tandukan Badrol Baktiar hasil dari sepakan percuma Safiq Rahim.
Penghujung minit ke 47 Syafiq Rahim hampir mendapatkan gol untuk Harimau Malaya dengan sepakan percumanya. 
Minit ke 48, tamat separuh masa pertama Kedudukan 1- 1.


Separuh Masa 2

Minit ke 55, Malaysia sedaya upaya bersaing dan bertahan dengan Liverpool.
Minit ke 57, Malaysia membina serangan di flanker kiri.
Minit ke 59, serangan Liverpool berakhir dengan sepakan gol Khairul Fahmi.
Minit ke 62 malaysia membuat dua pertukaran.
Minit ke 63 Malaysia membuat percubaan ke pintu gol Liverpool dan nasib baik aje diselamatkan oleh penjaga gol.
Minit ke 64, Khairul Fahmi bijak menutup ruang percubaan dari diambil kesempatan oleh pemian Liverpool.
Minit ke 67, pertahan malaysia bijak menyekat serangan Liverpool.
Penghujung minit ke 67, bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain Malaysia terkena pemain malaysia yg lain dan pemain Liverpool "bijak" mencuri ayam menyumbat gol.
Minit ke 69,Liverpool dapat satu lagi gol.
Minit ke 72, serangan Malaysia ke kawasan penalti liverpool dihalang oleh pertahanan Liverpool.
Minit ke 73, pertahan Malaysia pula cekap menolak bola ke kawasan selamat.
Penghujung minit ke 74, gol malaysia dibolosi liverpool... nampaknyaKhairul Fahmi belum betul-betul "panas" dan bersedia pada perlawanan ini.
Penyerang Malaysia hampir mendapatkan gol kedua Malaysia tetapi bola rembatan pemain Malaysia itu ditepis oleh penjaga gol Liverpool dalam minit ke 76.
Penghujung minit ke 78, Safee Sali menjaringkan gol kedua Malaysia hasil hantaran pemain sayap kanan Malaysia.
Minit ke 80, malaysia menggandakan asakan ke Liverpool.
Safee Sali menjaringkan gol ketiga malaysia pada penghujung minit ke 82. 
Sepakan percuma Liverpool pada hujung minit ke 83 terkena benteng Malaysia.
Minit ke 84 Malaysia hampir menjaringkan gol di sebelah kiri Liverpool.
Malaysia dapat sepakan percuma di kawasan sendiri setelah terjahan ganas oleh pemain Liverpool jersi nombor 7.
Malaysia hampir juga menjaringkan gol dari sepakan penjuru pada minit ke 86.
Liverpool dapat gol ke lima pada pertengahan minit ke 90.
Minit ke 92, Khairul Fahmi dapat menahan percubaan jauh Liverpool.
Malangnya pada penghujung minit ke 93, percubaan Liverpool terkena tiang kiri gol malaysia dan bola masuk ke gol. 
Pengadil perlawanan meniup wisel penamat pada minit ke 94.


**Pandangan Peribadi
Pada pandangan peribadi saya, jurulatih Harimau Malaya, K.Rajagobal telah tersilap membuat keputusan dengan memasukan penjaga gol muka bajet Korea iaitu Khairul Fahmi Che Mat.  Anak Pak Mat ini belum lagi bersedia untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan dalam masa terdekat ini.

Beliau perlu segera "keluar dari khayalan" untuk siap siaga mempertahankan gol Harimau Malaya apabila diberi peluang untuk beraksi.  Hindarkan dalam hatimu itu rasa "riak dan kembang setaman".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan