Tertunailah Hasrat Di Hati: Teruk betul pelajar universiti ni..agak-agaklah kalau nak menipu

Tertunailah Hasrat Di Hati: Teruk betul pelajar universiti ni..agak-agaklah kalau nak menipu




Memang tak patut jika gambar yang diambil itu di tempat lain, tapi mengaku mengambilnya di luar negara.

Hal penipuan seperti ini boleh dianggap kecil dan "guaruan nakal" tetapi dihebohkan, sedangkan setiap surat khabar arus perdana dengan bangga mengiklan serta mempromosikan judi dan perkara-perkara lain yang haram serta lagha tu tidak pula dikecohkan...

You Tube Kemalangan Maut Simpang Ampat KM223 | nurizspace

You Tube Kemalangan Maut Simpang Ampat KM223 | nurizspace


Hal sebegini bersangkut-paut dengan banyak cabang masalah dari rakyat biasa ke pemimpin. Oleh itu siapkan diri kita dengan ilmu agama Islam tanpa mewujudkan batasan-batasan tertentu. Tanpa had tanpa hari, ianya sepanjang masa...

Karaoke tertutup di blog

Salam sejahtera...

Apakah yang anda buat semasa berblog?.  Maksud saya selain dari mengemaskini blog kesayangan anda...  Bagi saya, saya akan berkaraoke dengan senarai 14 lagu yang terpilih mengikut "mood" semasa saya, di muka blog "Lagu dan Permainan"...


Selalunya saya akan bertabiat ( bukan bertarbiah tau ) begini bila petang-petang, waktu orang dah balik ke rumah dari pejabat ataupun waktu malam atau awal pagi apabila saya tidur di kedai saya.  Bukannya takde rumah tapi kerana ada kerja yang nak disiapkan.

8 jenama pelayar web untuk dicuba

Setiap gambar di bawah mempunya pautan ke laman web pengeluar.  Klik pada gambar untuk maklumat lanjut serta muat-turun "Web Browser" (Pelayar Web) pilihan blogger & bloggies :

                  

                

                       

    

Kedai Terbuka Aidilfitri oleh Nur Muhd Cafe 2010

Saya (baju hijau) bergambar dengan pemilik Nur Muhd Cafe iaitu abang Rafi

Salam sejahtera...

Adakah dari kalangan blogger dan bloggie masih mempunyai "mood" raya?.  Kemungkinan ghairah terhadap raya betul-betul hangat tahap "gaban" ialah pada minggu pertama.  Selepas itu ia mulai surut seperti surutnya "stock" kuih muih dalam balang-balang (bukan balan-balan tau...ish..seriau saya..) kaca dan plastik di rumah masing-masing.  Rumah terbuka di kalangan orang awam juga rancak diadakan.

Kebiasaannya apabila tiba penghujung minggu ke dua Aidilfitri dan menjelangnya minggu ke tiga, pihak koporat ataupun agensi kerajaan serta swasta pula "mengambil alih tugas" mengadakan "rumah terbuka" bagi meneruskan kesinambungan jamuan hari raya Aidilfitri.  Wah.., jika bulan Ramadhan ada yang kata "bulan pesta makanan dan minuman", maka layaknya bulan Syawal ini dilihat seperti "bulan jamuan makanan dan minuman.  Alangkah indahnya jika nikmat seperti ini dikongsi oleh rakyat yang susah seperti di Afghanistan ataupun Palestin.

Saya telah pergi ke kedai terbuka Aidilfitri yang diadakan oleh Nur Muhd Cafe pada 26 September 2010 (Ahad) selepas solat maghrib.  Kedai makanan dan minuman yang dimiliki oleh "Abang Rafi" terletak di kawasan lapang yang bersebelahan dengan tapak lama Pasar Besar Melaka dan berhampiran dengan asrama UiTM Bandar Melaka.

Suasana ketika majlis berlangsung :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan