Waktu solat untuk Melaka

Assalamualaikum...

Pastinya tahun ini merupakan tahun yang berbeza dengan datangnya ramadhan kali ini di kala saya aktif berblogging.  Walaupun saya menjadi blogger dalam tahun 2006, namun hanya pada tahun ini saya menjadi blogger yang agak aktif dengan blog dan juga agensi pengiklanan iaitu Nuffnang serta Mangga Ad.  Namun bagi iklan Mangga Ad, saya letakkan di blog saya yang lain iaitu ictniaga.blogspot.com

Saya telah mendapat pengesahan status Glitterati dari Nuffnang sejak awal minggu lepas.  Maka dengan itu saya tidak meletakkan iklan pesaing di dalam blog ini bagi mengekalkan keistimewaan yang telah dan akan saya perolehi.  Lagipun dengan meletakkan Nuffnang dan Mangga Ad di blog yang berbeza akan memudahkan saya untuk memantau prestasi blog dan juga keuntungan pengiklanan dari dua syarikat tersebut.

Berbalik pada tajuk artikel, saya telah menyediakan paparan untuk para blogger merujuk waktu solat semasa ber "blogwalking" di blog ini, khas sempena bulan puasa nanti.  Pada paparan automatik menunjukkan waktu solat untuk kawasan Bandar Melaka, namun ianya boleh ditukar kepada lain-lain senarai bandar, setakat yang telah disediakan oleh pihak Al-Azim.

Semoga dunia blog pada tahun ini akan jadi lebih baik dan berkat dengan tibanya bulan mulia, bulan Ramadhan... Maka ramailah nanti yang akan sama-sama blogwalking sementara menunggu sahur.  Kalaulah shoutbox atau cbox boleh beri bunyi hon, lagi best, dapat juga buat singgah sahur serta kejutkan para blogger yang tertidur...

Memori dan misteri kemalangan di Jusco Melaka

Berikut adalah gambar yang dirakamkan di tempat kejadian dan belum pernah disiarkan pada mana-mana blog :


Assalamualaikum...

Seperti yang sedia maklum, Jusco Melaka yang berhampiran dengan Tesco dan Melaka Sentral pernah mengalami tragedi letupan yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan cedera parah pada pekerja pembinaan dan syarikat yang menyewa lot di dalamnya.  Kejadian dipercayai akibat dari letupan saluran gas.

Apakah rentetan kejadian runtuhan dan letupan binaan di Malaysia ini adalah disebabkan "duit kopi" yang terpaksa dibayar oleh kontraktor kepada pihak tertentu lantas mengurangkan bajet sebenar yang disediakan untuk menampung kos pembinaan?.  Cuba bayangkan jika letupan berlaku semasa perasmian sedang rancak berlangsung?  Dengan keadaan yang sesak, orang ramai bersuka ria, dengan adanya mereka yang tidak bersolat duduk melepak di dalamnya.., pasti ianya amat mengerikan.

Dengar cerita dari kawan yang bekerja di kios di dalam Jusco berkenaan, berlaku suasana yang "menyeramkan" terutamanya ketika para pekerja pergi ke tandas.  Kelibat misteri sering menghantui para pekerja berkenaan membuatkan mereka jika ingin ke tandas, mereka akan pergi secara beregu atau berkumpulan.

Banner sahabat dipindahkan

Assalamualaikum...

Kepada sahabat-sahabat yang telah membuat pertukaran banner atau dalam bahasa Melayunya "panji", jangan rasa terkejut dengan ketiadaan banner anda di blog saya kerana saya telah meletakkannya di halaman "Panji Sahabat".

Langkah ini dilakukan bagi memberi kekemasan pada blog saya dan agar susunan banner nampak lebih seragam dan menarik.

Menjelang bulan ramadhan


Assalamualaikum...

Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadhan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam Islam, ramadhan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang di bulan ramadhan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu ramadhan, rahsia disebalik amalan yang mulia ini.

Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari. juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan penyucian jiwa. Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari.

Persoalan yang mungkin harus kita teliti di sini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih terpesona dengan jawatan dalam politik, mengambil hak orang lain dan menyebarkan fitnah pada seteru politik..?. Adakah sebagai pemerintah sebuah negara Islam, anda telah menegakkan serta menggunakan hukum Allah S.W.T. Sama ada anda adalah pemerintah tertinggi negara mahupun sebagai ketua keluarga, ianya adalah tanggungjawab yang besar untuk menyuburkan Islam di hati masyarakat, sekat yang haram tinggalkan yang lagha.

Sebab itu amalan yang baik dalam konteks ramadhan seperti membaca Al-Quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengan Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati.

Harus diingat bahawa walau berapa kali ramadhan ( bulan puasa ) tiba, negara kita masih lagi tidak mengaplikasikan amalan berkaitan dalam pemerintahan. Sering kali diingatkan tentang pembaziran di bulan puasa, namun di dalam pemerintahan negara juga berlakunya penbaziran sumber ekonomi dengan perlaksanaan pembangunan yang hanya menguntungkan sesuku pihak sahaja.  Negara akan muflis bukan kerana subsidi kepada barangan keperluan rakyat, sebaliknya ketirisan dalam perbelanjaan kewangan negara oelh pemerintah.

Semakin hari semakin banyak berita yang kita dengar tentang masalah dalam masyarakat kita. Jangan hanya sibuk memfitnah orang lain yang berlainan fahaman politik dan menjaja tema-tema tertentu dalam pemerintahan sedangkan apa yang dilakukan itu secara perlahan-lahan menyusahkan hidup rakyat di negara ini.  Diharapkan dalam bulan puasa ini, rakyat mulai sedar akan masalah negara yang diselindungkan dengan pelbagai tema serta lagu dan "wayang kulit.  Jadikan bulan puasa yang akan tiba sebagai permulaan untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenar, yang berpanduan kepada Al Quran dan Hadis.

Qada dan Qadar ketentuan Allah

Salam sejahtera...

Ramai orang yang memandang rendah pada mereka yang gagal mencapai sasaran yang dibuat.  Apabila seseorang itu mengalami kegagalan, dia akan dicemuh atau diberi kata-kata yang mematahkan lagi semangat oleh mereka yang tidak mengerti konsep "berani gagal" serta "qada dan qadar".

Percaya kepada qada dan qadar ialah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-
"Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal..."
Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha terlebih dahulu sebelum qada dan qadar seseorang itu diubah:-
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (Surah ar-Rad: ayat 11)

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang...



~ artikel ini dibuat kerana saya sedang mengalami masalah dan kegagalan. Dan saya berseorangan sedang berusaha melawan kegagalan yang menimpa saya...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan