Pada esok pagi ( Selasa ), sebelum pukul 9, saya perlu berjumpa dengan Pengarah MARA Negeri Melaka. Saya pasti ianya berkaitan dengan pembayaran sewa premis (kedai).
Saya akui bukan setiap bulan saya dapat membayar keseluruhan jumlah sewaan premis. Saya membayarnya mengikut kemampuan yang realistik. Selain dari bil sewa premis, setiap bulan saya perlu membayar bil multimedia (telefon & internet) dan bil elektrik. Ditambah lagi dengan bil tahunan lesen perniagaan dari pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta bil air, bil elektrik (rumah) dan kos sara diri yang lain.
Walaupun kedai saya berada dalam lingkungan "student Universiti dan kolej", namun faktor persaingan dan tahap ekonomi orang ramai terutamanya di Melaka ini, pada hakikat sebenarnya belum mencapai tahap yang menyenangkan. Lebih menyulitkan lagi, rakyat negara ini mendapat "hadiah" tahun baru ketika detik 12.00 tengah malam. Dijangkakan akan ada lagi kenaikkan yang terlangsungnya membebankan rakyat. Mungkin juga cukai yang sedia ada dipertingkatkan lagi ataupun dipelbagaikan lagi bentuk cukai yang baru. Ini bukan saja memberi kesan mendalam kepada "rakyat biasa", malah kepada peniaga juga.
Agaknya sasaran 30% pegangan ekonomi bangsa Melayu di Malaysia semakin sukar dicapai. Tindakkan pihak tertentu yang melibatkan Malaysia dalam penajaan terus pasukan kereta lumba F1 adalah langkah sumbang dalam pentas ekonomi global. Malaysia telah terlalu banyak membazirkan wang dengan projek yang tidak memberi manfaat menyeluruh pada sekalian rakyat jelata. Tiada guna mengejar status negara maju dengan pelbagai infrastruktur moden sedangkan tahap ekonomi rakyat semakin merundum. Tidak semua rakyat mengecapi manfaat dari Litar Sepang, Menara Kembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai projek yang hanya memberi kesan positif yang sedikit pada ekonomi negara kita.
Malah negara jiran seperti Thailand semakin mendapat tempat dikalangan pelabur asing, walaupun negara itu jauh ketinggalan dari segi prasarana terkini. Ekonomi Thailand semakin memberangsangkan. Perlu diingat juga, bahawa Thailand tidak mempunyai kereta "jenama sendiri", tiada juga litar perlumbaan, begitu juga dengan negara jiran yang lain. Singapura contohnya, dari segi ekonomi telah jauh berkembang dan meninggalkan Malaysia yang "sekadar dipinggiran...".
Diharapkan esok, hal saya dengan Pengarah MARA Melaka berjalan dengan baik dan segala masalah serta kesusahan yang dihadapi saya sepanjang menjadi "anak Melayu" di dalam dunia usahawan ini mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak MARA. Mohon sangat-sangat agar pihak MARA kembali pada tujuan asal penubuhannya. Be'la lah usahawan dan bangsa Melayu yang sungguh-sungguh berniaga serta bekerja agar Melayu tidak merempat di bumi sendiri, kerana di negara ini sajalah tempat tinggal kita, tiada Malaysia yang ke dua.