Video gol Final Piala Malaysia 2015

 

Kerajaan Negeri Selangor menikmati cuti umum pada Isnin selepas skuad bola sepak negeri itu, The Red Giants muncul juara Piala Malaysia 2015, di Stadium Shah Alam, yang bermula pada 8.45 malam, 12 Disember 2015. 

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada sidang media selepas berakhirnya perlawanan berkenaan. Pasukan Selangor disahkan sebagai juara selepas menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi final berkenaan. 


 
2         -         0

"Tahniah kepada seluruh pasukan, pengurusan dan juga pemain. Selepas diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kita umumkan Isnin sebagai cuti umum. "Saya harap, kejayaan ini dapat terus dikekalkan pada saingan akan datang," katanya. 

Kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 itu sekali gus juga mencapai sasaran Misi 33 Selangor yang dilancarkan empat tahun lalu. Kali terakhir The Red Giants menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2005.

Video perlawanan peringkat akhir Piala Malaysia 2015 :




PEMAIN Selangor gembira atas kejayaan menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 hasil dua jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada aksi final Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di Stadium Shah Alam. - Foto Hasriyasyah Sabudin





Sumber :  BHOnline




Pelancaran Pusat ICT Mara ( MARA Digital )



KEWUJUDAN Mara Digital bukanlah untuk menandingi mana-mana pusat perniagaan ICT, namun ia dilihat sebagai alternatif kepada pengguna dan membuka ruang khususnya kepada usahawan Bumiputera.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mara Digital adalah projek perintis Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk membuktikan usahawan Bumiputera boleh berjaya jika diberi ruang dan peluang.

"Digital Mara sama seperti pusat perniagaan ICT yang lain. Mereka menjual get dan aksesori yang sama.
"Cuma, ini sebagai pilihan sahaja. Kalau ada rasa selesa nak beli di tempat lain, silakan. Jika mahu membeli di sini, pun tak ada masalah. Inilah yang dikatakan bersaing secara sihat," katanya selepas merasmikan Mara Digital, di Menara Mara Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, walaupun ada segelintir pihak menggambarkan pusat itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan, namun beliau beri jaminan ia akan berterusan, malah akan buka cawangan sama di tempat lain pula.
"Kita jangan dengar cakap-cakap Mara tidak mampu bertahan. Anggap ini sebagai cabaran untuk terus maju. Saya yakin dengan apa yang Mara lakukan hari ini, akan melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan Bumiputera khususnya dalam bidang ICT ini.

"Saya anggap projek ini sebagai permulaan. Selepas ini, kita akan buka lagi Digital Mall di negeri lain pula," katanya.

Ditanya mengenai konsep yang seakan sama serta ia diberi julukan sebagai Low Yat 2, beliau menegaskan konsep sebegitu memang sama dengan semua pusat perniagaan ICT.

"Memang saya pernah kata 'ala Low Yat' tapi bukan Low Yat 2. Saya katakan begitu, supaya masyarakat faham maksud saya mahu dirikan pusat perniagaan yang seumpama itu.

"Mengenai konsep, kebanyakan pusat perniagaan ICT memang sama konsepnya begini. Saya tidak fikir ia salah dan pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli," katanya. Jelasnya, peniaga di situ dikecualikan membayar sewa selama enam bulan. 

"Jadi, peniaga-peniaga ini perlu melakukan promosi untuk menarik lebih ramai pengunjung di sini.
"Inilah kesempatan buat mereka untuk meyakinkan pengguna mengenai produk-produk mereka," katanya.

Pusat ICT Mara itu berperanan sebagai hab perniagaan ICT dengan menawarkan semua barangan dan perkhidmatan digital bagi keperluan pengguna.

Mara Digital terletak di Aras 3 Bangunan Mara dan menempatkan 38 usahawan Bumiputera dalam bidang IT.


 Sumber : Sinar Harian


Basuh Telefon Pintar Dengan Sabun


TOKYO - JEPUN. Bagi menggelakkan telefon pintar penuh dengan kotoran dan bakteria, sebuah syarikat pengeluar telefon di Jepun telah mencipta sebuah telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.

Telefon pintar kalis air sudah mula dipasarkan namun Syarikat KDDI berkata, rekaan yang dinamakan 'Digno Rafre" akan dilancarkan secara rasmi di Jepun pada minggu depan hadapan dan akan menjadikan satu-satunya telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.

"Pasukan pembangunan rekaan kami telah membasuh telefon pintar tersebut lebih 700 kali untuk menguji ketahanannya," kata jurucakap syarikat kepada AFP.

Telefon pintar tersebut dicipta untuk ibu -bapa yang sentiasa mahukan telefon bimbit bebas bakteria dan selamat untuk anak-anak.

Namun, menurut jurucakap syarikat, hanya beberapa jenis sabun yang boleh digunakan untuk membasuh telefon tersebut dan hanya akan dijual di Jepun buat masa ini.


Sumber : Sinar Harian

Pemandu Lori Jadi Usahawan Pau



MELIHAT pau yang putih gebu dan bersaiz agak besar pasti ramai tidak menyangka harganya cuma 80 sen. Pau 'air tangan' Fan Chayono Hariyanto, 30, yang turut dikenali sebagai Pau Wak J, semakin dikenali kerana rasanya enak dan mempunyai inti yang padat.

Nyata keputusan dibuat Fan Chayono untuk berhenti kerja sebagai pemandu lori demi memulakan perniagaan pau, tidak sia-sia apabila pau yang dijual 'licin' hampir setiap hari.

“Kadang-kadang 400 biji pau habis terjual dalam tempoh kurang empat jam. Gerai pau di tepi Jalan Parit Mesjid, Pontian, Johor akan dikunjungi orang seawal jam 3 petang sebelum ditutup pada jam 7 malam.

“Tidak sangka gerai pau yang dibuka lima bulan lalu menjadi perhatian orang ramai yang mahu mendapatkan pau pada harga yang murah,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini, berkata tiada rahsia dalam menghasilkan pau yang enak cuma jangan kedekut dalam meletakkan inti dan bahan-bahan yang digunakan.

“Walaupun murah, tetapi rasa pau tetap sedap. Saya ingat pesanan rakan yang sudah berjaya dalam perniagaan iaitu barang dijual pada harga rendah dalam kuantiti banyak juga boleh untung.

“Bertitik tolak dari situ, saya ambil keputusan untuk jual pau dengan harga 80 sen sahaja," katanya.

Dia memberitahu kira-kira 20 kilogram tepung gandum digunakan setiap hari bagi menghasilkan kira-kira 400 biji pau.

“Isteri saya, Hamisah Abd Samad, 31, akan masak inti kelapa, kentang, kaya dan kacang merah seawal jam 8 pagi setiap hari. Pau juga diadun pada awal pagi.

“Bagi mengekalkan rasa kesegaran pau, pengukus kayu digunakan,” katanya.

Dia tidak menolak harga barang semakin meningkat, namun katanya dia akan sedaya upaya mengekalkan harga pau 80 sen tersebut bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati pau dengan harga murah.

“Ada juga yang bertanya kenapa nama pau Wak J, saya hanya tersenyum dan memberitahu Wak J itu bermaksud Johor dan bukannya Jamal atau Jalil,” katanya.


Sumber Asal : Sinar Harian

JDT vs Muangthong United : Kelayakan Kedua ACL 2016


Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim bakal menentang kelab dari Liga Thailand, Muangthong United dalam pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia tahun depan pada tarikh 2hb Februari 2016. 

Turut bersama untuk melayakkan diri dalam pusingan tersebut menentang lawan masing-masing adalah kelab Hà Nôi T&T, Kitchee, Yangon United, Shandong Luneng Taishan dan dua lagi kelab yang belum disahkan. 

JDT adalah kelab pertama dari tanahair yang mendapat kelayakan menyertai pertandingan ini kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia. 

Sebelum itu JDT juga sudah layak untuk menyertai kempen Piala AFC diatas kejayaan menjuarai Liga Super Malaysia 2015. Luaskan Kuasamu Johor.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan