Idea bisnes mudah Siri 1

idea bisnes mudah
Bermula hari ini saya nak kongsikan idea bisnes yang mudah dan boleh dijalankan di rumah sama ada di kawasan kampung ataupun kawasan perumahan.  Insya Allah, saya akan meneruskan perkongsian pada siri yang lain.

Sekiranya kita di rumah ada komputer yang ada cd/dvd burner, printer 3 in 1 dan perisian pengedit gambar seperti PhotoScape, maka sudah boleh menawarkan perkhidmatan menaip dan mencetak surat, mengimbas (scan) gambar dan dokumen, mengubah suai gambar atau imej yang diimbas, burn dokumen / fail ke dlm cd/dvd.
Perniagaan begini boleh dijalankan secara sambilan di kawasan perumahan kerana secara psikologinya, orang akan datang menggunakan sesuatu perkhidmatan berulangkali pada mereka yang sudah dikenali dan berasa selesa berurusan dengannya. Malah untuk menampakkan bisnes anda ini lebih formal dan mempunyai identiti tersendiri, silalah berkunjung ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berhampiran untuk mendaftarkan perniagaan anda. 
Mulakan dengan model perniagaan yang ringkas seperti ini terlebih dahulu. Jalankannya dengan penuh tekun dan istiqamah, insya Allah ia akan bertambah maju dan berkembang dengan lebih pesat.
Alatan / perisian yang dicadangkan :
Canon MP145 Printer 3 dalam 1
Notebook Lenovo ThinkPad T61
PhotoScape - perisian untuk mengedit gambar

Cara mudah untuk jadi usahawan / peniaga

 
GAMBAR HIASAN - MAZRA Ayu Ramli menjual tudung menerusi online 
(gambar dari ASWAD YAHYA - Utusan Online)

Tahun 2013 semakin menghampiri ke penghujung. Kegiatan keusahawanan yang menggunakan internet sebagai landasan dilihat semakin memberangsangkan perkembangannya.  Pelbagai kaedah, barangan dan perkhidmatan boleh digunakan serta dikomersilkan melalui automasi penggunaan internet.  Dengan itu perniagaan kini lebih mudah dijalankan walaupun anda sedang lena tidur atau sedang mesra bersama keluarga di hujung minggu..

Namun bagi yang tiada produk keluaran sendiri, anda masih boleh menjalankan perniagaan secara atas talian atau lebih popular disebut "online". Caranya dengan menjadi ejen sesuatu produk atau perkhidmatan dan mempromosikannya melalui laman web sosial atau blog, istilahnya ialah "affiliate".  Secara mudahnya affiliate ini difahami sebagai ejen komisyen. Kita tolong promosikan jualan barangan dan perkhidmatan pihak lain, dan sekiranya terdapat pembelian melalui usaha kita itu, maka kita akan dapat sejumlah komisyen yang dijanjikan.

Di dalam artikel ini saya kongsikan dua landasan untuk anda bermula belajar berniaga dan menjadi usahawan online atau lebih tepat lagi langkah pertama menjadi "usahawan affiliate".

1. InspirasiHana : Butik Tudung Online terbesar di Malaysia

 Promosi

 2. Sweet Muslimah : Peneraju pasaran baju muslimah terbesar di Malaysia

 promosi

Ada apa dengan Khurafat?


Khurafat ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat :
  1. Berniat kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
  2. Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati 

CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

-  mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

-  mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

-  membuang ancak bagi menghalau hantu

-  mengunjungi kubur yang dianggap keramat


FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal


CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat


AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

- menyebabkan syirik dan batal iman

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

InspirasiHana : Butik Tudung Online terbesar di Malaysia


Menutup aurat adalah menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam.  Lelaki dan perempuan masing-masing ada bahagian tertentu untuk dilindungi dari pandangan orang lain yang bukan mahramnya.

Fokus artikel kali ini adalah tudung yang dipakai oleh perempuan.  Pelbagai fesyen boleh didapati di pasaran yang terdiri dari bermacam jenis fabrik, corak dan gaya pemakaian, namun apakah ianya menepati kehendak syariat yang digariskan oleh Islam?.

Kini di zaman teknologi maklumat ini, pembelian tudung berlandaskan syariah Islam dipermudahkan dengan adanya kaedah pembelian secara atas talian (on-line).  Yang dimaksudkan ialah laman web Butik Inspirasihana. Inspirasihana.Com merupakan butik online yang menjual pelbagai tudung untuk keperluan muslimah yang ingin tampil bergaya namun ingin bertudung sebagai menyahut kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Butik Inspirasihana telah berdiri sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai jenis produk Pakaian Muslimah terutama menerusi jualan Tudung Labuh. Sebagai sebuah syarikat  Bumiputera Muslim yang menumpukan kepada jualan online, KEJUJURAN, AMANAH dan EFISIEN menjadi pegangan mereka dalam usaha meyakinkan para pelanggan untuk berurusan dengan mereka. Apatah lagi perniagaan yang tulus dan ikhlas merupakan ibadah bagi setiap muslim.

Pelbagai jenis tudung labuh dan tudung berlandaskan syariah ada dijual melalui laman web ini. Ayuh lawati laman web ini dengan klik banner di bawah ini :

Ad

Panduan Bisnes Kek Cawan

 

Ramai antara kita yang bekerja memasang impian untuk bekerja di rumah dan melihat anak-anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya.  Mungkin juga anda tiada idea atau jalan untuk anda memulakan sesuatu usaha niaga di rumah.  Namun dengan berdasarkan minat anda, ianya boleh diubah menjadi sesuatu yang lebih bermakna, terutamanya jika anda berminat dalam bidang masakan iaitu kek.

Kini minat serta kreativiti anda boleh ditukar kepada duit dan enjoy dengan apa yang anda buat.
Anda boleh lakukannya walaupun tanpa pengalaman. Panduan Bisnes Cupcake yang ingin diperkenalkan ini merupakan CD panduan yang Puan Nur Syahidah hasilkan sebagai rujukan buat surirumah atau mereka yang ingin menambah pendapatan secara part time di rumah.

Produk pertama yang Puan Nur Syahidah hasilkan ialah Rahsia Coklat Buatan Tangan telah terjual lebih dari 800 unit di tiga buah negara iaitu di Malaysia,Brunei dan Singapura. Dan mereka kini telahpun memulakan perniagaan mereka sendiri. Ada pembeli CD panduan ini baru pertama kali membuat cupcake. Malah ia turut diceburi oleh lelaki. Lelaki juga mempunyai kebolehan yang mengkagumkan bidang masakan. Jadi anda tidak memberi sebarang alasan lagi.

Bagi mereka yang sudah mempunyai asas membuat kek. Ia adalah satu penambahan kemahiran dan memberikaan keceriaan kepada yang tersayang  Ia adalah satu kejayaan yang cukup manis buat Puan Nur Syahidah kerana berjaya melahirkan dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi bidang bakeri dari rumah.

Sekiranya anda berminat untuk membeli CD panduan yang mungkin menjadi pemangkin perubahan ekonomi diri dan keluarga anda, kliklah pautan di bawah ini :


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan