Sambutan Ambang Tahun Baru 2016


Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 2015 sehingga 12.30 pagi (1 Januari 2016) bersempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 dan Minggu Pelancongan Melaka 2015.

Ringkasan Sejarah Batu Pahat


Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.

Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Bandar Hilir, Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.

Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggaram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini lebih baik dijadikan ikan kering.

Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.

Lokasi Menarik

1. Wet World Batu Pahat Village Resort 
 – Sebuah water park yang popular di Johor sebelum munculnya Legoland Resort Malaysia. Menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.

2. Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat ) – Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau acara tertentu.

3. BP Walk ( Batu Pahat Walk ) – Satu tempat menarik di Batu Pahat, Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah lubuk paling menarik jika ingin melihat siaran perlawanan bola sepak sambil menikmati menu makan sedap yang tersedia di sini iaitu sup, satay dan mee rebus.

Lain-lain tempat adalah :
  • The Temenggong Ibrahim Girl School
  • Batu Pahat Club
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Masjid Jamed Batu Pahat
  • Polis Circle Headqurters
  • Pejabat Bangunan Kerajaan Batu Pahat
  • Pantai Rekreasi Punggor
  • Perigi Batu Pahat
  • Pantai Minyak Beku

Kejuaraan Silat Remaja Dunia Ke 3 2015


Kejuaraan Silat Remaja Dunia kali ke 3 akan berlangsung dari 26 Disember hingga 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Lirik Lagu Ainan Tasneem feat Alif Sleeq - Pergilah


Sayang, jika kau sedia
Jangan buang masa
Fikir masak-masak
Apa yang terbaik untukmu

Aku sini ku tak akan putus
Memberimu semangat
Tak perlu memekak
Ku gembira untuk kamu

Tau saja kami mendoakan kamu
Untuk kau berjaya

Pergilah
Selagi mereka setuju
Pergilah
Ternyata caranya begitu

Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku
Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku

Sebelum ku pergi
Ada beberapa perkara
Yang harus dijaga
Bukan hanya harta yang berharga
Azzah
Hati-hati bila memandu setiap pagi
Luangkan masa keluarga
Jangan selalu dicari
Kan aku yang selalu
Tak rajin guna teknologi
Kecuali studio
Kita dua sangat serasi
Dia tak suka aku pergi
Kalau duduk Singapura
Terlalu lama boleh jadi kuali
Dia rindu KL City
Dah terikut cara sini
Dok makan bawah jambatan
Dah tak larat pergi Pavi
Walau dulu tak setuju
Takda orang yang boleh menentu
Apa yang akan beraku jadi

Tau saja kami mendoakan kamu
Untuk kau berjaya

Pergilah
Selagi mereka setuju
Pergilah
Ternyata caranya begitu

Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku
Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku

Bila kau pulang tak usah risau kerjaya
Dunia hari ini semakin bahaya
Asalkan kau selamat
Genggam pada semangat
Ingat
Hidup nak gembira atau kaya

Pergilah
Selagi mereka setuju
Pergilah
Sudah ternyata caranya begitu

Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku
Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku

Pergilah
Selagi mereka setuju
Pergilah
Ternyata caranya begitu

Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku
Pergilah selagi mereka setuju
Dan yang lain serahkan padaku




Penduduk Gaza membina kilang yang menukarkan plastik kepada bahan api


Ini merupakan sebuah kisah lama sekitar tahun 2014, yang mungkin ada antara kita terlepas pandang atau tidak mengetahuinya...

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi  tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.



Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.
Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. 

Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.








Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan