Nampak kelakarpun ada juga ni....
Senaman Pinguin : kreatif atau memalukan?
By Admin at 9:01:00 pm
aktiviti
Nampak kelakarpun ada juga ni....
Mokhtar Dahari : Lagenda bola sepak Malaysia
By Admin at 3:20:00 pm
bola sepak
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran "SuperMokh" kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.
Biodata Mokhtar Dahari
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970).
Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB).

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan dalam sukan bola sepak
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 23 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa
, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Dengan 167 kaps antarabangsa
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Gambar di atas ini dirakamkan sebelum perlawanan persahabatan Pilihan Selangor
menentang Boca Juniors Di Stadium Merdeka dalam tahun 1982. Perlawanan ini dimenangi
oleh Boca Junior dengan Jaringan 2 - 1.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Al fatiha - Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai 1991, jam 8.25 pagi. Pada masa itu, media melaporkan bahawa Mokhtar mengalami distrofi otot, memandangkan bilangan besar kes-kes penyakit ini yang telah dikemukakan dalam dunia bola sepak Itali.
Sumber : Wikipedia
6 cara mendapat pahala dari Facebook
By Admin at 12:00:00 am
Islam
Facebook kini telah menjadi satu laman web sosial yang dianggap "gergasi" di internet, sehinggakan agak aneh jika ada antara kita pada hari ini tidak mempunyai akaun di Facebook.
Laman web ini digunakan untuk pelbagai tujuan oleh pelbagai peringkat pengguna komputer atau pelayar internet. Ada yang menggunakan untuk tujuan perniagaan, penyebaran aktiviti persatuan dan penyampaian maklumat kawasan setempat.
Tetapi pelbagai isu berkaitan dengan Facebook ini timbul sehinggakan ia dikaitan dengan dosa. Namun sebenarnya ia juga boleh menjadi salah satu sumber untuk kita beroleh pahala.
Berikut adalah antara contoh cara dan kaedah untuk memperolehi pahala dengan menggunakan Facebook :
1. Berkongsi maklumat yang bermanfaat
- Kita boleh berkongsi sesuatu yang sangat berguna untuk pengguna Faebook yang lain seperti resepi masakan atau kaedah bercucuk tanam yang mudah serta praktikal.
2. Menyebarkan maklumat penting
- Memperingatkan mengenai tarikh akhir sesuatu aktiviti atau perkara seperti tarikh akhir pembaharuan lesen, tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti atau tarikh mula permohonan jawatan kosong.
3. Membantu mereka yang memerlukan
- Menceritakan serta berkongsi mengenai kepayahan hidup seseorang atau sebuah keluarga yang miskin atau mereka yang menderita akibat musibah yang melanda. Dengan itu ada kemungkinan pengguna Facebook yang lain dapat membantu dari pelbagai segi.
4. Mencari rezeki yang halal
- Mendapatkan rezeki dari sumber yang halal adalah sangat dituntut dalam agama Islam. Ia juga merupakan perbuatan yang berpahala kerana tiap kebaikkan atau pekerjaan yang baik yang dibenarkan syariat Islam akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Anda boleh mengiklankan perniagaan halal yang anda jalankan untuk memperolehi rezeki.
5. Memperingatkan tentang ajaran agama
- Berkongsi maklumat mengenai ajaran Islam seperti niat puasa, doa-doa atau terjemahan Al Quran yang tepat serta sahih.
6. Berkongsi gambar yang mendatangkan kesedaran
- Kemungkinan anda telah menjumpai atau berhadapan dengan sesuatu yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Oleh itu anda boleh mengambil gambar situasi berkenaan dan kongsikan di wall Facebook akauan anda dengan niat mengkagumi kebesaran Allah SWT.
Belajar Komputer Sempena CUTI SEKOLAH di Melaka
By Admin at 3:34:00 am
Promosi
Kelas Belajar Komputer Dan ICT menganjurkan kursus jangka pendek khas untuk
pelajar-pelajar sekolah sempena cuti sekolah seperti butiran berikut:-
Nama Kelas : KURSUS ASAS KOMPUTER
Umur : 15 hingga 17 Tahun ( juga dibuka pada peserta berumur sehingga 45 tahun )
Jangka masa kursus : 2 HARI ( 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua )
(Kelas
dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan
tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi dan sesi petang
bermula pukul 2.30 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada petang)
*Bayaran : RM100.00 (harga asal RM180.00)
(bayaran sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Paypal sebelum kelas bermula
Subjek :
Subjek :
- pengenalan komputer & internet
(cara penggunaan & penyelenggaraan asas)
- perkakasan & perisian komputer
*alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
*perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain
- penggunaan Microsoft Words, Power Point dan Publisher
(menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat helaian iklan)
Maklumat penting :
**Kursus ini dijalankan walaupun hanya ada seorang peserta dalam tarikh yang dipilih.
**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus
**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.
**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ). Untuk harga diskaun sila bayar penuh.
**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka.
**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka
Alamat Penganjur :
ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.
012 312 tiga tujuh kosong lima (Ahmad Zaki)
Tempahan Tarikh Kelas :
- Setiap hari (mengikut jadual dan kekosongan).
- Harga promosi diguna- pakai selagi masih dalam musim cuti sekolah.
Salin kupon ini di telefon anda dan gunakannya untuk mendapat diskaun yuran Kursus Asas Komputer. Anjuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT
Konsert untuk bantu Yazid Search
By Admin at 2:54:00 am
artis
Setelah lebih dari tiga dekad mengegarkan industri, kini muzik mungkin
noktah terakhirnya sebagai pengasas Kumpulan Search, Yazid Ahmad.
Berusia 54 tahun dikenali sebagai Yazid Search sedang bertungkus lumus mencari pendapatan RM5,000 sebulan untuk membayar rumah dan bil-bil rawatan dan perubatan.
Beliau mengalami kegagalan kepungsian buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis peritoneal empat kali sehari. Ia berharap untuk beralih kepada rawatan hemodialisis supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa bekerja.

Kata beliau : "Saya berada di dalam dan di luar hospital selama enam tahun sekarang.
Doktor saya berkata, saya sepatutnya berehat lebih, tetapi saya perlu
menjana pendapatan seperti melakukan sesi klinik drum setiap kali saya
mampu.
Oleh itu, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan Yazid Search, Konsert “Rockers Kasi Gegau” yang menggabungkan tiga Band Otai Rockers, LELA, PUTRA & SYJ SOFEA akan diadakan pada 15 November ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka.
Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi. Yazid Search akan turut berada semasa sesi 'drum basking'.
*LEBIH BERMAKNA jika ada penglibatan dari ahli Search yang lain...