Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Resipi Oden Malaysia



Masyarakat Jepun biasanya akan menikmati "Oden" ketika musim sejuk. Ia merupakan makanan tradisi yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. 

Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Namun ia mungkin juga diubahsuai mengikut negara.


BAHAN

- Air secukupnya
- 2 perencah Asam pedas Adabi
- 2 perencah Tom Yam Adabi
- Garam dan perasa
- Sepeket steamboat mix
- 1 paket Sosej
- Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw (pilihan masing2) * ikut pilihan selera masing-masing

CARA MASAK

- Masukkan air (ikut kadar yang sesuai agar tidak cair sangat dan tidak pekat sangat)

- Masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam Adabi

- Masukkan sedikit gula melaka dan garam

- Letakkan sedikit perasa

- Bila dah gelegak masukkan 1 paket mix steamboat dan 1 paket sosej

- Akhir sekali masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw (nak celur asing boleh kalau tak nak bagi kembang)

Siap untuk dimakan๐Ÿก๐Ÿข๐Ÿข๐Ÿก

kredit kepada : noor nadhirah mohd noor

Resipi aiskrim potong kacang merah


BAHAN A
✅200gm gula pasir (jika tak suka manis sangat boleh kurangkan)
✅3 sudu besar susu tepung (tak kisah jenama apa)
✅350ml air

BAHAN B
✅2 sudu besar tepung ubi
✅2 sudu besar tepung jagung
✅1 sudu besar tepung gandum
✅50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C
✅80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
✅500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (pada resipi ini menggunapakai susu cair).
✅250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa-apa jenama tak kisah atau nak rebus kacang merah sendiri pun boleh)
✅sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
✅ Daun Pandan untuk mewangikan adunan
✅ Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak

Cara-cara
1. Guna kaedah "memukul/mengacau" supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun boleh.

4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.



๐Ÿ“ Sumber dari Facebook ๐Ÿ‘‰ Nur Atikah ➡https://www.facebook.com/GoGojeS.by.Ika

Resipi Pau Sambal gebu


Bahan adunan doh Pau:

-400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
-1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
-2 sudu gula pasir
-1 sudu majerin
-2 sudu susu tepung
-Sedikit garam
-Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan petua menyediakan Pau yang lembut dan gebu :

-Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.

-Masukkan tepung ke dalam mangkuk, buat lubang, masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.

-Biarkan doh dalam 30 minit. Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin yang terperangkap dalam adunan doh.

-Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.

-Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.

-Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.

-Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

-Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus jika nak.

-Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

-100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
-3 ulas bawang merah.***
-2 ulas bawang putih (tak letak pun takpe)
-1 sudu garam
-5 sudu gula pasir
-1 sudu asam jawa adabi
-1 sudu udang kering*** (boleh ganti dengan ikan bilis)
-minyak masak untuk menumis
-1 ulas bawang besar potong dadu.(tak bubuhpun takpe)

Cara memasak sambal untuk buat inti Pau

-Blender bahan bertanda ***

-Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.

-Masukkan gula,garam,asam jawa.

-Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.

-Biarkan sehingga kering.
tutup api.

*resipi dari makhluk Allah. Moga dimurahkan rezeki

Resipi Roti Hotdog Kukus Berkeju


Hidangan yang mudah, ringkas, lazat dan mengenyangkan ! Selamat Mencuba



Bahan-bahan :

1. Roti Hotdog

2. Ramly Frankfurter Lembu / Sosej
* untuk yang terbaik, gunakan jenama Ramly
* nak pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda

3. Cheesedale

4. Mayones / Sos cili atau tomato
* ikut pilihan masing-masing




Cara membuat :

1. Frankfurter direbus dulu dan toskan.

2. Belah tengah roti dan sapukan mayones di bahagian dalam
* kalau suka sos boleh sapu sekali atau nak letak masa lepas masak pun boleh.

3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah-tengah.

4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
Anggaran besar ikut suka hati.

5. Lapis kan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi.

6. Panaskan air periuk kukus sampai menggelegak dan susun roti-roti tadi dalam periuk. Pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
* kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.

7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sehingga cheese cair dan roti panas serta lembut.

8. Siao untuk dihidangkan
* kalau suka boleh bubuh sos cili / tomato / blackpepper di atasnya


Kredit : https://www.facebook.com/aaisyahdhiaranaa/

Resipi Biskut Susu Alien


Ini merupakan biskut yang telah popular di kalangan pengguna Facebook pada beberapa minggu lalu. Ia sebenarnya sekadar "biskut raya" yang dibuat dengan bentuk seperti kepala makhluk asing (alien) ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜„๐Ÿ˜’

Bahan-bahan :

- Buttercup 1/2 buku
- Susu pekat manis 1/2 tin
- Tepung jagung 400 g
- Susu tepung 4 sudu makan

Cara-cara membuat :

1) Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh

2) Tambah butter jika keras

3) Bentukkan ikut suka

4) Tambah coklat cip atau apa sahaja yang sesuai untuk hiasan

5) Bakar dengan suhu 165 - 170 darjah, selama 25 minit

Sumber resepi : MariaKhalisya Khalis

Sumber gambar : Hairayati Masrom

Resipi Halal Wantan


WANTAN

Kulit wantan
- 125g tepung gandum
- 40g tepung ubi
- sedikit garam
- ¾ sudu besar minyak masak
- 100ml air panas mendidih

* satukan kesemua bahan kering
* masukkan minyak dan air panas kemudian uli sampai doh tidak melekat
* ketepikannya dan tutup dengan towel basah

Inti wantan

- 1 keping dada ayam dicincang
- sedikit lobak yang diparut
- daun sup dan daun bawang
- halia yang dihancurkan
- sedikit garam
- 1 sudu kecil tepung jagung

**gaul rata kesemua bahan


Cara membuat WANTAN

- canai doh sehingga nipis. Kemudian tekapkan dengan bentuk bulat atau potong empat segi dan tabur dengan tepung supaya tidak melekat

- isikan inti wantan ke dalam kulit wantan, sapukan sedikit air keliling kulit wantan untuk melekatkan tepian kulit berkenaan

-lekatkan seperti bentuk karipap, selepas itu temukan hujung kulit wantan kiri dan kanan ke tengah

- setelah siap, boleh goreng atau dimasukkan ke dalam sup.

SUP WANTAN

- ½ ekor ayam potong 2
- 2 inci halia hiris
- batang daun bawang
- minyak bawang putih
- fishball
- garam secukupnya
- daun sup dan daun bawang

**Buat stok ayam dlu,rebus ayam bersama dgn halia,api perlahan.

Dlm setengah jam reneh,Kemudian angkat ayam ketepikan.

*masukkan fishball,batang daun bawang dan garam.

Biarkan menggelegak kemudian masukkan wantan dan minyak bawang putih. Tutup api dan taburkan daun sup serta daun bawang

AYAM BAKAR

- ayam yang direbus
- 1 inci halia diparut
- 1 sudu besar  minyak bawang putih
- kicap manis, kicap masin, kicap pekat, sos seafood Adabi dan garam secukup rasa

*gaul kesemuanya dan perap selama setengah jam ke sejam,kemudian bakar dalam oven dgn suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20minit

MEE KICAP

- 1 keping mee bulat
-4 sudu besar kicap pekat
-1 sudu besar  minyak bawang putih
-2 sudu besar  kicap manis
-1 sudu besar  sos seafood adabi
-1 sudu besar  kicap masin

*gaulkan kesemua kicap & sos seafood adabi, celur mee bulat kemudian tapis.

Gaulkan dengan campuran kicap

- Mee kicap makan dengan ayam bakar, cili potong, wantan goreng, sawi celur, minyak bawang putih dan sup wantan (bulat itu adalah lebihan kulit wantan)


(kredit resepi kulit wantan pada Tahrunissah Jali)

Kredit resepi ini kepada nurul fasihah zamahidi melalui masak apa hari ni

Resipi Aiskrim Puding


Bahan-bahan :

- 1 tin susu pekat (gunakan separuh)
- 1 tin susu cair
- 1 botol air mineral 1.5 liter
- Secubit garam
- Puding buah / sumi / jelly 


Cara-cara membuat :

1. Masak semua bahan-bahan kecuali puding / sumi sehingga sedikit mendidih dan sebati.

2. Biarkan beberapa ketika sehingga sejuk dengan sendirinya.

3. Masukkan puding atau sumi ke dalam plastik aiskrim dan masukkan air susu yang sudah dimasak tadi.

4. Ikat hujung plastik aiskrim yang terbuka dengan seketat-ketat yang sesuai.

5. Masukkan dalam peti sejuk  (ruang sejuk beku) untuk dibekukan.

Resipi Granola Snack


Ia merupakan hidangan yang sangat baik untuk sarapan pagi di perjalanan, bar granola yang lembap dan kenyal ini boleh disesuaikan dengan mana-mana gabungan kacang, biji dan buah-buahan kering.


Bahan -bahan :

» 1/2 cawan badam - dicincang kasar
» 2 1/2 cawan oat kasar
» 1/3 cawan madu
» 35 gram mentega
» 1/4 cawan gula perang
» 1/2 cawan cranberry kering
» 1/4 cawan coklat chip
» sedikit esen vanilla
» sedikit garam

Cara-caranya :

° Sediakan loyang 4 segi  alas dengan aluminium foil dan sapukan majerin disekelilingnya.

° Satukan badam cincang dan oat kasar,bakar dalam lima minit suhu 180c.

° Angkat dan kacau,kemudian bakar lagi sehingga badam dan oat sedikit garing.

° Dalam bekas lain satukan butter dan madu,panaskan dan kacau sehingga cair dan likat.

° Masukkan gula perang dan kacau lagi sehingga likat.

° Campurkan adunan gula kedalam campuran oat dan badam,kacau rata.

° Tambahkan cranberries kering dan coklat chip.boleh tukar kepada biji kuaci atau buah-buahan kering yang digemari.

° Tuang kedalam loyang dan ratakan,basahkan tangan dengan sedikit air dan tekan supaya mampat.

° Tutup loyang dengan aluminum foil dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.

° Sebagai piligan, ia boleh bakar dalam masa 10 minit.

° Keluarkan dan potong bentuk bar.


Sumber : zila forever

Resipi Ayam Masak Palembang


Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam

Bahan A (dikisar) :

- Bawang besar : 2 biji (sederhana)
- Bawang putih : 5 - 6 ulas
- Halia : besar ibu jari

Bahan B :

- Serbuk kunyit
- Daun kari : 2 - 3 tangkai
- Kicap manis : 1/2 cawan
- Cili blend : ikut pedas ( 2 senduk nasi)
- Asam keping : 2 keping besar
- Santan : 100ml
- Minyak untuk tumis
- Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :

1. Gaul ayam dengan kunit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan

2. Panaskan minyak

3. Tumis bawang besar , bawang putih dan halia sampai naik bau

4. Masukkan cili blend

5. Tumis sampai pecah minyak

6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat

7. Masukkan daun kari

8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa

9. Masukkan asam keping

10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk

11. Masukkan santan dan gaul perlahan-lahan

12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan

13. Jika kelihatan kering, masukkan air sedikit



Kredit : Junnaina Husin Chua melalui #MAHN

Resipi Pencuci Mulut Agar-agar Tembikai


Bahan-Bahan :

1. Potong dadu buah berikut :
✔️ Buah Naga
✔️ Buah Kiwi
✔️ Buah Nenas
✔️ Buah Betik
✔️ Buah Tembikai
✔️ Buah Anggur
(atau apa-apa jenis buah yang anda suka)

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang dikeluarkan isinya

3. Panaskan agar-agar seadanya.

4. Tuang agar-agar dalam tembikai

5. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti

6. Setelah beku, potong seperti biasa. Hidangkan dan makan dengan segera agar tidak terlalu berair (jika dibiar lama terdedah dalam suhu bilik)

Resipi Kuih Dangai


Dibakar dalam acuan kuih kemboja / kuih bakar. Ia sangat enak apabila dimakan ketika masih terasa panas.

Bahan-bahan :

  • 6 cawan kelapa
  • 2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cwn gula
  • Sedikit garam


Cara membuat :

Gaul semua bahan hingga sebati

Tekan sikit masuk dalam loyang atau acuan.

Bakar dalam oven bersuhu 160 celcius selama 30 ke 40 minit.



Kredit : Nur Aisya (Masak apa hari ni)

Resipi Mee Goreng Basah



Bahan bahan :
  • 500 gram mee kuning
  • 100 gram isi sotong& udang - potong kecil
  • 2 biji telur - pukul rata
  • 1 biji buah tomato - potong kasar
  • 3-4 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang merah - hiris halus
  • 1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Garam
  • 1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu
  • Minyak


Bahan tabur :
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Bawang goreng


Cara cara memasak :

Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

Masuk isi ayam dan kacau sehingga ayam kecut sebelum dimasukkan semangkuk air untuk memasak ayam.

Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati.

Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.

Mee sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang dan cili merah hiris serta bawang goreng.


Kredit pada : Azie Kitchen


Resipi Takoyaki


Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit garam

Cara penyediaan : campur semua bahan dan kacau sebati

Bahan inti :

Isi ayam, sotong, udang, sosej yang direbus (dipotong kecil)

Kobis dicincang halus

Daun bawang dihiris halus

Panaskan acuan takoyaki. Jika tiada, guna acuan kuih cara pun boleh juga.

Masukkan adunan tepung ke dalam acuan hingga penuh semua permukaan. Letakkan inti dan sayur.

Gunakan lidi sate utk memusingkan takoyaki. Buatkan separuh bulat hingga garing dan pusingkan lagi hingga menjadi bulat sepenuhnya.

Bila sudah garing, keluarkan dari acuan dan letak mayonese atau sos takoyaki dan taburkan serbuk kepingan ikan (bonito).

Kredit : Nor Juairiah Rashid

Resipi dodol ekspres


Resipi ini adalah untuk membuat dodol dalam kuantiti yang kecil dan untuk yang mempunyai periuk jenama Noxxa saja atau periuk yang mempunyai fungsi-fungsi yang sama.

Bahan-bahan :

1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula merah + 1 cawan gula pasir- masak dan tapis
( tunggu sejuk lps tu masukkn tepung dan Santan, kacau sebati, blender lagi bagus-halus)

Selepas itu 'steam' kan ia selama 5 minit saja. Tombol pusing kepada steam juga.

- Setelah siap , kacau dodol menggunakan senduk kayu sehingga pekat, melekat jadi dodol.


Sumber: Memasak kerja mudah

Resipi Ais Krim Coklat Berkacang


Bahan-bahan :

- 500ml whipped dairy cream
- 400ml susu cair full cream
- 200g dark cooking chocolate, potong dadu
- 50g dark cooking chocolate, cairkan
- 150g gula pasir
- 50 gram coklat
- 4 biji kuning telur
- 1/2 sudu teh vanila
- Sediakan kacang cincang sebagai topping

Cara-cara :

1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk, masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus di kacau supaya coklat larut. Diamkan sampai mendidih kemudian angkat.

2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sampai kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur td. Pastikan seluruh bahan sebati kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana hingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan seketika.

3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sampai mendidih, kemudian masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus di kacau. Masak hingga coklat larut bersama dengan krim. Lalu Angkat.

4. Tuangkan adunan susu telur kedalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Jika perlu, pakailah mixer supaya kedua adunan sebati dgn sempurna.

- setelah proses mixer-

5. Ambil cetakan agar-agar atau es krim stik, tuang adunan es krim kedalam cetakan.

6. Ambil stik es krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap cetakan serta letakkan sebaik mgkin agar tidak bergesel. Kita dapat memakai kertas karton yang di lubangi sesuai dengan letak lubang cetakan. Posisikan sedemikian rupa sampai stik es krim blh diselipkan pada lubang karton serta letaknya berada pada bagian tengah masing-masing cetakan.

7. Setelah itu masukkan cetakan es krim kedalam freezer sampai adunan padat.

8. Sesudah padat serta beku, keluarkan es krim dari cetakan dan celupkan kedalam dark cooking chocolate yang sudah dicairkan terlebih dahulu serta taburi dengan kacang cincang.

9. Masukkan kembali ke dalam freezer supaya lapisan coklatnya mengeras.


Kredit : SA Ahnaf

Resipi Ayam Percik Kelantan


Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian


Bahan Perapan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa


Bahan untuk kuah :

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam


Cara Memasak :

1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.

2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.

4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.

5. Angkat.

6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.

7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

9. Siap!

Resipi Kuih Denderam


Berikut adalah bahan-bahan serta cara pembuatan kuih denderam atau ada sesetengah tempat menamakannya sebagai "telinga keling" dan "peniram".

Bahan-bahan :


- 1 peket tepung beras (500grm)
- 400gram gula merah
- 230ml air

Cara membuat :

- Masak gula merah dengan air sampai mendidih sehingga gula hancur.

- Tuang (tapis) air gula yg masih panas itu ke dalam tepung.


- Gaul sebati, tutup bekas dan perap selama 6 jam ke atas.

- Uli semula tepung untuk pastikan tepung tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras (Kalau lembik tambah tepung sedikit sambil uli. Jika keras tambah air panas sedikit sambil uli)


- Sebelum nak mencanai, lapik  plastik di tempat untuk mencanai, sapu minyak pada pemukaan plastik berkenaan dan peralatan yang lain supaya adunan tidak melekat serta memudahkan kerja.

- Kemudian anda boleh mula canai dan menekap acuan pada adunan.

- Goreng dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Selepas itu, kecilkan sedikit api dan mulakan menggoreng.

- Masa yang diperlukan untuk menggoreng itu tidak lama. Apabila kuih sudah naik ke pemukaan minyak terus terbalikkan 2 atau 3 saat dan terus angkat.

- Anda perlu toskan minyak yang ada pada kuih yang telah siap dimasak itu.



Resipi Agar-Agar Kering Bergula


Biasanya pada zaman ini, ada sebilangan masyarakat kita dah tak kuasa nak buat sendiri kuih untuk jamuan tetamu yang berziarah di hari raya ataupun di hari² yang biasa.

Paling mudah ialah membeli kuih yang "ready made". Namun jika penjual atau pengeluar kuih raya berkenaan telah kita sendiri kenal pasti yang produknya memang terbaik, tidak jadi masalah. Yang jadi halnya jika "kuih tunjuk²" yang dibeli itu mempunyai rasa yang pelik, aneh atau tak sedap.

Pada artikel kali ini, dipaparkan resipi membuat makanan ringan yang "easy to make". Boleh menjadi salah satu sajian menarik di hari lebaran nanti.


Bahan-bahan :

°60 gm agar-agar bertali
°1300 ml air
°150 gm gula batu - diketuk halus
°1200 gm gula pasir
°Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning atau ikut kesukaan anda)

Cara-cara Membuat :

• Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.

• Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.

• Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

• Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

• Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


* Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.


Kredit : Shiema Yunus

Resipi Kuih Serabai


Kuih ini suatu ketika dahulu kerap dihidangkan semasa kenduri arwah. Oleh sebab itu ia juga digelarkan sebagai "kuih orang mati". 

Dinamakan sebagai "Kuih Serabai" kerana bentuk rupa permukaan kuih berkenaan seperti serabai (kurang cantik, berlubang-lubang seperti muka orang berjerawat)

Bahan A (dikisar)
- 3/4 cwn nasi sejuk
- 1 cawan air

Bahan B
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan gula
- mauripan 1 sudu kecil
- 1 cwn air suam
- 1/2 cawan santan pekat

Cara Membuat :

- Campur semua bahan A dan B
- Perap selama 2 jam.

Cairan manis (dicicah dengan kuih)

Bahan-bahan :

- 1 keping gula melaka
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan santan
- secubit garam
- daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :

- Cairkn gula melaka dengan air menggunakan api yang kecil (perlahan).

- Masukan tepung gaul hingga sebati.

- Kemudian masuk bahan-bahan yang lain.

- Masak sampai mendidih.


Kredit resipi : Sulizawati Linn Hassan‎ 

Resipi Kuih Lopes


Bahan-bahan :

- 500gm pulut

- 1 sudu makan air kapur

- 6 helai daun pandan (kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya)

- Sedikit pewarna hijau (masukkan ke dalam pati pandan)

- Sedikit garam (masukkan ke dalam pati pandan)

- Air secukupnya

- Daun pisang yang lebar

- Tali (untuk mengikat
1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam)

Cara membuat :

1. Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.

2. Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.

3. Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.

4. Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau berterusan.

5. Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

6. Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.

7. Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.

8. Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.

9. Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat.

Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.

10. Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.

11. Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.

12. Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.

13. Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.

14. Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.

15. Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Bahan air gula melaka:

° 300gm gula melaka
° 250ml air - tambah jika perlu
1/2 tsp tepung beras/gandum - untuk memekat

Cara membuat :

1. Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.

2. Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.

Masukkan semula ke dalam periuk.

3. Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.

4. Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan