Keputusan Piala Asia ( Kumpulan E ) : 25 Januari 2024 - Korea Selatan vs Malaysia



KEPUTUSAN MUKTAMAT :

Piala Asia ( Kumpulan E ) | 25 Januari 2024

KOREA SELATAN 3 - 3 MALAYSIA
⚽ 21' Jeong Woo-Yeong ( Korea Selatan )
⚽ 51' Faisal Halim ( Malaysia )
⚽ 61' Arif Aiman - penalti ( Malaysia )
⚽ 83' Lee Kang-In ( Korea Selatan )
⚽ 90' + 4' Son Heung-Min - penalti ( Korea Selatan )
⚽ 90' + 15' Romel Morales ( Malaysia )


FIFA Ranking point




#asiacup2023 #pialaasia2023

Kerajaan zalim : anak diugut penjara 5 tahun !

Dengan tindakan SPRM mahu menyiasat anak dan diri bekas Perdana Menteri dua kali, mantan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia adalah zalim.

Di bawah merupakan persoalan yang dilontarkan oleh pengguna X ( Twitter ) pada mantan Perdana Menteri itu :

Pernah rumah anaknya diserbu UTK? Pernah anaknya dimasukkan ke lokap? Pernah anaknya dibelasah sehingga pengsan dan tidak dibenarkan mendapat pelawat berhari-hari?

Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menzalimi sesiapa malah dia sudah maafkan segala kezaliman kamu. Tapi bila terkait soal harta negara yang hilang,  tiada kompromi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Coretan Dato' Seri Anwar Ibrahim


BLACK 14

Tarikh 14 April 1999 iaitu 23 tahun yang lalu saya dihumban ke penjara jauh dari keluarga dan sahabat seperjuangan. Titik gelap ini mengajar saya betapa kebebasan dan keadilan akan sentiasa melatari perjuangan dan juga peringatan agar nasib rakyat itu mesti menjadi pegangan yang teguh dalam memungkinkan sebuah Malaysia yang hormat akan prinsip-prinsip kebebasan, keadilan dan karamah insaniah.



Kredit : 

• Anwar Ibrahim ( X /  Twitter )

• Coretan Amer Hamzah ( @amer7211 - X )
• Bloomberg


Mana lagi power antara Muay Thai dan Silat? : Jak Othman bersuara



Jak Othman adalah orang lama dalam seni beladiri di Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan Grandmaster Silat Harimau Berantai International, Silat Gayong Harimau Silat International, Silat Tomoi Group, Bladetech International, King Tiger Muay Thai Kickboxing International dan The Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio yang berpusat di Selangor, Malaysia.


Berkenaan dengan isu perbandingan yang sengaja diwujudkan atau mungkin boleh dilihat sebagai provokasi oleh pihak tertentu dalam suatu temubual dengan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Juara dalam Kejuaraan ONE di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand), Jak Othman tampil bersuara bagi memberikan pendapat beliau. Berikut adalah pendapat beliau yang ditaip melalui akaun Facebooknya :

Mana lagi "power" ? Muay Thai ke Silat?

Saya amalkan kedua seni beladiri ini punya pendapat yang berbeda. Muay Thai ialah sukan tempur yang extreme. Striking is the name of the game here. To knockout the opponent in the ring. 
Satu topik yang subjektif. Orang Muay Thai yang hidupnya hanya Muay Thai akan dengan jelas akan menyebelahi Muay Thai. Malah Orang Silat pun begitu.


Muay Thai memang agak realistic, tapi ia adalah sejenis sukan tempur yang terikat dengan undang undang. Walaupun ganas, ada teknik-teknik yang diharamkan dan begitu juga dengan sasaran sasaran tertentu. 

Muay Thai ganas tapi dalam keadaan tempur sebenar ahli Muay Thai akan terdedah dengan cucukan mata dan  pukulan ke halkum, leher dan penyawa sasaran sasaran yang diharamkan dalam Dunia Muay Thai tapi pilihan utama dalam keadaan tempur sebenar.

Silat pula bukan sukan. Ia adalah seni beladiri ilmu gaduh, ilmu perang. Silat ialah MMA di "battlefield" yang tidak terikat pada undang undang. Walhal anything goes! Bagi saya dalam keadaan tempur sebenar Silat lebih sesuai. Tapi Silat dilagakan dengan Muay Thai dalam ring Muay Thai ikut undang undang Muay Thai sudah tentu Silat tak efektif.


Kredit : Jak Othman ( Facebook )


Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli telah meninggal dunia

 

"Dari Allah kita datang. Kepada Allah kita kembali".

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli ( Hamdan Senario :  1 September 1969 – 5 Januari 2024 ).

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengahari, 5 Januari 2024. Jenazah Hamdan dibawa pulang ke Ipoh, Perak pada hari yang sama.

Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila dikatakan jantungnya hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong hayat arwah.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

#senario #hamdan

Kursus Asas Komputer ( untuk kanak-kanak ) - personal tutor at home

 

💻 𝙅𝙊𝙈 𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍 𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝘼𝙎𝘼𝙎 𝙆𝙊𝙈𝙋𝙐𝙏𝙀𝙍 - untuk kanak-kanak [ personal tutor ] 💻
✅ Persediaan untuk kanak-kanak mengenali dunia komputer
✅ Belajar di rumah peserta sendiri tanpa ada peserta lain ( hanya seorang sahaja diajar dalam satu sesi oleh seorang pengajar agar peserta lebih fokus )
✅ Berjangka pendek lebih kurang 5 jam termasuk rehat ( menjimatkan masa ibu bapa )
✅ Diajar secara santai agar peserta lebih mudah faham dan dalam keadaan tenang.
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 ( untuk kanak-kanak ) : Khas untuk kanak-kanak seawal usia 9 hingga 12 tahun. Ia diajar secara perseorangan di rumah peserta.
Kursus jangka pendek ini disudahkan dalam satu hari, lebih kurang dalam masa 5 jam sahaja, termasuk rehat.
Ibu bapa yang berminat untuk anak mereka menyertai sesi "personal tutor" ini, dijemput untuk menghantar mesej bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan tarikh belajar.
Pengajar akan datang ke rumah peserta dalam lokasi yang terpilih di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
* 𝑘𝑢𝑟𝑠𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑎𝑠𝑎𝑠 𝐼𝐶𝑇 𝑁𝑖𝑎𝑔𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑢𝑝𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑛𝑡𝑎𝑛 𝑃𝑎𝑛𝑒𝑙 𝑃𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝐼𝑛𝑑𝑢𝑠𝑡𝑟𝑖, 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝐷𝑖𝑝𝑙𝑜𝑚𝑎 𝑆𝑎𝑖𝑛𝑠 𝐾𝑜𝑚𝑝𝑢𝑡𝑒𝑟 𝑀𝑢𝑙𝑡𝑖𝑚𝑒𝑑𝑖𝑎, 𝑈𝑛𝑖𝑓𝑖𝑒𝑙𝑑 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐶𝑜𝑙𝑙𝑎𝑔𝑒.
KLIK untuk menghantar mesej Whatsapp -----> https://wa.me/message/YCKHBK6625QXN1





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan