Senarai pendek pasukan Liga M3 tahun 2021

 


14 PASUKAN DISENARAI PENDEK KE LIGA M3 2021


Susulan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amateur Football League (AFL) yang pertama pada 26 Mac lalu, AFL, hari ini, mengumumkan nama pasukan-pasukan yang telah disenarai pendek bagi menyertai kempen Liga M3 2021, Jun ini.

 

14 pasukan adalah seperti berikut:


1. Armed Forces FC

2. BRM FC

3. Cyberlynx FC

4. FC Langkawi

5. Harini KS FC

6. Kijang Rangers FC

7. Kinabalu Jaguars FC

8. KSR Sains FC

9. Kuala Kangsar FC

10. Langkawi City FC

11. Manjung City FC

12. MNY FC

13. PIB FC

14. Real Chukai FC


Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, sebanyak 23 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Liga M3 2021. 

“Selain daripada 14 Pasukan di atas, maksimum 6 pasukan yang masih lagi disaring akan dipilih oleh pihak AFL bagi melengkapkan senarai pasukan akhir yang bertanding. 

“Antara faktor yang menyebabkan pasukan gagal di dalam proses saringan dokumen adalah tiada sokongan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (PBN), status kewangan yang tidak kukuh atau gagal untuk menghantar dokumen lengkap yang berkaitan.

“Seperti yang diumumkan 23 Disember 2020, AFL kini sedang dalam proses penstrukturan semula sebagai persediaan pasukan ke arah liga semi profesional di mana konsep atau format pertandingan yang baharu akan dikongsi kelak selepas pengumuman senarai akhir pasukan yang bertanding.

“Antara kriteria penting yang menjadi pengukur proses saringan dokumen untuk bertanding di dalam Liga M3 2021 adalah kesukanan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan dan perundangan. 

“Bagi musim ini juga, AFL telah membuka slot tambahan kepada pasukan baharu menerusi kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Negeri (PBN) sekali gus memberi peluang yang sama rata kepada pasukan yang mempunyai hasrat untuk bertanding. 

“Proses saringan dokumen ini telah dijalankan dengan adil ke atas semua pasukan di mana AFL telah memastikan komunikasi yang telus bersama mereka (pasukan),” jelasnya lagi. 

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff turut berkongsi bahawa pasukan daripada Liga M4 juga diberi peluang untuk menyertai Liga M3 menerusi slot tambahan yang ditawarkan oleh AFL namun setakat ini hanya Real Chukai sahaja yang berjaya mengemukakan dokumen secukupnya.  

Bagi memastikan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga M3 2021 bersedia untuk melangkah ke liga profesional, AFL juga akan bekerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan dasar pelesenan dan penswastaan kelab di peringkat liga amatur bagi menjamin kualiti pasukan-pasukan Liga M3 dari segala aspek untuk tahun-tahun seterusnya,” katanya. 


#AFL #LigaM32021


Kredit : Amateur Football League

Afdlin dan Altimet sertai Parti Keadilan Rakyat

 


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Adflin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.
PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, kata Afdlin, menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.
Kata Afdlin, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerit perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.
“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.
“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.
Kata Afdlin, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang di bawah parti UMNO semuanya atas kemahuan dirinya sendiri.
“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.
“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.

Kredit : Astro Awani

Maklumat terkini kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip air Selangor



Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, sedang giat dijalankan.

Sehingga pukul 5.00 petang semalam (30 Mac 2021), status kemajuan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu adalah pada tahap 73% seperti yang dijadualkan. Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini siap sepenuhnya sekitar pukul 9.00 malam semalam.

Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Air Selangor menyarankan para pengguna menggunakan air yang telah disimpan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.


Kredit : Utusan Malaysia

Liga Super Malaysia : 21 Mac 2021

 

Tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 8.15 malam dan 9.00 malam,  21 Mac 2021 yang menemukan pasukan Sabah FC menentang Terengganu FC,  Perak FC menentang JDT,  serta Petaling Jaya City FC menentang Sri Pahang FC.

Dari semasa ke semasa keputusan perlawanan akan dikemaskini. Sila refresh / reload web browser anda.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Sabah FC 2 - 1 Terengganu FC  
38' Levy Madinda - penalti ( Sabah FC )
42' Sam Johnson ( Sabah FC )
79' Jordan Mintah ( Terengganu FC )


Perak FC 2 - 2 JDT 
33' Guilherme ( Perak FC )
58' Guilherme ( Perak FC )
75' Akhyar Rasid ( JDT )
90+4' Leandro Velazquez ( JDT )


Petaling Jaya City FC 1 - 0 Sri Pahang FC
33' Dhevarajan Kugan ( Petaling Jaya City FC )




Keputusan Liga Super Malaysia : 20 Mac 2021

Tiga perlawanan bola sepak berlangsung pada 20 Mac 2021 iaitu perlawanan antara Melaka United bertemu Kuala Lumpur City,  Selangor FC bertemu Penang FC dan UiTM FC bertemu KDA FC (Kedah). Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Melaka United 2 - 1 Kuala Lumpur City  

51' Alex - penalti ( Melaka United )

79' Alex - penalti ( Melaka United )

89' Azim Rahim ( Kuala Lumpur City )


Selangor FC 0 - 2 Penang FC 

38' Mohammad Al Hafiz ( Penang FC )

72' Muhammad Ashraf ( Penang FC )


UiTM FC 0 - 1 KDA FC

42' Faizat Ghazli ( KDA FC )







Mahkamah lulus permohonan pertukaran jantina askar

 


Mahkamah Indonesia pada Jumaat membenarkan permohonan seorang askar wanita untuk menukar jantina dalam pendaftaran rasmi susulan keadaan kongenital (keadaan atau penyakit semasa kelahiran) yang jarang berlaku.

Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara juga memutuskan permohonan yang dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang. Keputusan itu diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube.

"Mahkamah telah memutuskan bahawa pemohon Aprilia Santini Manganang telah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki," kata Nova dalam perbicaraan secara maya.

Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta.

Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki.

Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai lelaki.

Sementara itu, Aprilio, yang telah menjalani hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun menzahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah.

"Saya harap ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu," katanya.


Kredit :

- Astro Awani

Keputusan Liga Super Malaysia : 17 Mac 2021


Sebanyak empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia telah berlangsung pada 17 Mac 2021,  pada pukul 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


JDT 1 - 1 Selangor FC

8' Ifedayo Olusegun ( Selangor )

12' Bergson ( JDT )


KDA 3 - 1 PJ City 

39' Raj Kogileswaran ( PJ City )

46' Baddrol Bakhtiar ( KDA )

52' Kpah Sherman ( KDA )

84' Zulkifli Fayadh ( KDA )


Kuala Lumpur City 3 - 0 Perak FC

41' Dominique Da Sylva ( Kuala Lumpur City )

46' Romel Morales ( Kuala Lumpur City )

65' Romel Morales ( Kuala Lumpur City )


Terengganu FC 1 - 1 Melaka United FC

3' Alex ( Melaka United FC )

66' Jordan Mintah ( Terengganu FC )


💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛


Urutan kaki di Jalan PJS 4 / 10,  Taman Indah Jaya, Petaling Jaya Selangor

( Hantar mesej Whatsapp dahulu sebelum datang )








Keputusan Liga Super Malaysia : 16 Mac 2021

 

Berikut adalah keputusan dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia bagi minggu ke empat pada 16 Mac 2021. Semua perlawanan bermula pada pukul 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Sri Pahang FC 2 - 0 Sabah FC

55' Evgen Bokhashvili ( Sri Pahang )

70' Lee Tuck ( Sri Pahang )

80' Saddil Ramdani ( Sabah FC )


Penang FC 0 - 0 UiTM FC




Tukang urut dah beli Redmi Note 10 Pro pada 13 Mac 2021


Dikhabarkan model ini berada secara rasmi di pasaran pada tarikh 15 Mac 2021, namun saya berjaya mendapatkan model Redmi Note 10 Pro pada 13 Mac 2021.

Ianya dijual pada harga RM1099.00 untuk variasi 8gb RAM dan 128gb ROM. Pilihan warna yang ada hanyalah "Onyx Grey". Untuk rekod, Note 10 Pro ini turut mempunyai warna "Gradient Bronze" dan "Glacier Blue".

Telefon pintar ini mempunyai fungsi memeriksa kelajuan semasa rangkaian internet yang sedang digunakan dan terdapat fungsi untuk menyokong permainan mudahalih.

Redmi Note 10 Pro dilengkapi sistem keselamatan iaitu "screen lock". "fingerprint unlock", "face unlock" dan "unlock with bluetooth device". Lebih istimewa lagi, model ini dilengkapi dengan fungsi pengimbas kod QR dan dokumen.

Kualiti kameranya adalah yang terbaik untuk harga yang dibayar iaitu 108mp (kamera utama) dan mempunyai fungsi rakaman gambar night mode, penstabilan imej, panorama, acuan video untuk intro rakaman vlog, slow motion, time lapse,  dual video yang merakam serentak menggunakan kamera video depan dan belakang,  long exposure serta clone.

Kalkulator di dalam Redmi Note 10 Pro mempunyai fungsi yang menarik dan berlainan dari fungsi yang kalkulator biasa. Selain dari kiraan biasa matematik pada nombor,  ia mengandungi fungsi pengiraan perbezaan data internet,  BMI,  umur,  diskaun,  peratusan,  tarikh,  panjang,  keluasan kawasan,  kekuatan bunyi,  suhu,  kelajuan,  kiraan nilai masa,  jisim, pengiraan aktiviti kewangan dan sistem angka.

Model ini ada fungsi pembersihan fail-fail nyata serta tersembunyi yang tidak diperlukan dan fungsi imbasan keselamatan yang boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut adalah spesifikasi bagi Redmi Note 10 Pro ( ringkasan spesifikasi juga terdapat pada video di atas ) :

REDMI NOTE 10 PRO ( ONYX GRAY )

Spesifikasi :

👉🏻 Processor Qualcomm® Snapdragon™ 732G
👉🏻 Storage and RAM  8GB+128GB 
👉🏻 Display 6.67" AMOLED
👉🏻 DotDisplay HDR 10 Refresh rate: 120Hz
👉🏻 Rear Camera 108MP+8MP+5MP+2MP (quad camera)
👉🏻 Front Camera 16MP front camera
👉🏻 Battery & Charging 5020mAh (typ) high-capacity
👉🏻 Battery 33W fast charging Splash
👉🏻 Operating System MIUI 12 based on Android 11

Terima kasih kepada Joanne dari Impress Master yang telah melayani pertanyaan dan pembelian dari saya.

#redmi #redminote10pro #impressmaster

(video ini dirakam menggunakan Vivo Y20) 😁


* pihak Redmi akan keluarkan kemaskini aplikasi untuk mengatasi masalah kameranya

Video ulasan mengenai telefon pintar Redmi Note 10 Pro :




Keputusan Liga Super Malaysia : 14 Mac 2021

 

Hanya ada satu perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada tarikh 14 Mac 2021, pukul 9.00 malam bagi pasukan Perak FC bertemu Terengganu FC.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

Perak FC 0 - 2 Terengganu FC

24' Faisal Abdul Halim ( Terengganu FC )

90+1' Dechi Nguessan ( Terengganu FC )





Keputusan Liga Super Malaysia : 13 Mac 2021

 

Sebanyak empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung pada 13 Mac 2021. Tiga perlawanan berlangsung  jam 9.00 malam bagi pasukan Melaka United FC - Sri Pahang FC,  Selangor FC - Kuala Lumpur City FC dan UiTM - Johor DT. Manakala perlawanan antara Sabah - Petaling Jaya City FC berlangsung lebih awal.

Sila "refresh" atau "reload" web browser anda dari semasa ke semasa bagi memastikan kemaskini dipaparkan.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


Sabah FC 0 - 1 Petaling Jaya City FC

51' Darren Lok ( Petaling Jaya City FC )


Melaka United FC 0 - 0 Sri Pahang FC


Selangor FC 1 - 1 Kuala Lumpur City FC

80' Dominique Da Sylva ( Kuala Lumpur City FC )

90' Safuwan Baharudin ( Selangor )


UiTM FC 0 - 4 Johor DT

11' Arif Aiman ( Johor DT )

16' Gonzalo Cabrera ( Johor DT )

82' Bergson ( Johor DT )

90 + 3' Syamer Kutty ( Johor DT )


⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛⚛


Urutan kaki di Petaling Jaya,  Selangor




Keputusan Liga Super : 12 Mac 2021

 


Hanya satu perlawanan bola sepak berlangsung pada malam ini ( 12 Mac 2021 | 9.00 malam ) dalam pertandingan Liga Super Malaysia iaitu menemukan Penang FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Bandaraya.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila "reload" atau "refresh" pelayar web anda setiap 5 atau 10 minit.

KEPUTUSAN PENUH

PENANG FC 1 - 1 KDA FC
10' Endrick Dos Santos ( Penang FC )
86' Kpah Sherman ( KDA FC )


********************************************

Khidmat urutan kaki di Petaling Jaya,  Selangor.


Keputusan Liga Super Malaysia : 10 Mac 2021

 

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia telah berlangsung pada pukul 9.00 malam, 10 Mac 2021, melibatkan tiga perlawanan iaitu Kuala Lumpur City - UiTM,  Sri Pahang - Perak FC dan Petaling Jaya City - Melaka United.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 


Kuala Lumpur City 1 - 0 UiTM

30' Dominique Da Sylva ( KL City )


Sri Pahang 0 - 2 Perak FC 

42' Janasekaran Partiban ( Perak FC )

59' Farhan Roslan ( Perak FC )


Petaling Jaya City 2 - 2 Melaka United

56' S. Kumaran ( Melaka United )

71' Darren Lok ( PJ City )

85' Darren Lok - penalti ( PJ City )

90+ 6' ( Melaka United )







Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mac 2021

Tiga perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada malam ini,  9 Mac 2021 yang menemukan pasukan bola sepak JDT - Penang FC,  Kedah Darul Aman FC - Sabah FC dan Terengganu FC - Selangor FC. Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

JDT 2 - 0 Penang FC

81' Leandro Velazquez ( JDT )

85' Fernando Rodriguez ( JDT )


Kedah Darul Aman FC 2 - 0 Sabah FC

15' Tchetche Kipre ( KDA FC )

21' Kpah Sherman ( KDA FC )


Terengganu FC 3 - 1 Selangor FC

35' Jordan Smith ( Terengganu FC )

61' Mohammad Rahmat ( Terengganu FC )

74' Shahrulnizam - gol sendiri ( Selangor )

90 + 5' ( Terengganu FC )






Keputusan Liga Super Malaysia : 7 Mac 2021

 

Hanya satu perlawanan pada akhir minggu ini,  melibatkan pasukan bola sepak Perak FC menentang PJ City FC di Stadium Negeri Perak Darul Ridzuan.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

Perak FC 0 - 0 PJ City FC


Keputusan Liga Super Malaysia : 6 Mac 2021

Empat perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada 6 Mac 2021, pukul 9.00 malam.

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Melaka United 1 - 1 Sabah 

44' Hamran Peter [ Sabah ]

63' Kumaahran [ Melaka United ]


Penang 1 - 0 Kuala Lumpur City 

27' David Rowley [ Penang ]


Selangor 3 - 1 Pahang 

45+1' Oliver Buff [ Selangor ]

55' Muhammad Shahrel Fikri [ Selangor ]

70' Nor Azih Azam [ Pahang ]

90+3' [ Selangor ]


UiTM 1 - 2 Terengganu

33' Mohd Fauzi [ UiTM ]

77' David [ Terenganu ]

87' [ Terengganu ]




Keputusan Piala Sumbangsih 2021 : Johor Darul Ta'zim - Kedah Darul Aman

Perlawanan bola sepak Piala Sultan Haji Ahmad Shah ( Piala Sumbangsih ),  edisi tahun 2021 antara Johor Darul Ta'zim bertemu Kedah Darul Aman, berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada pukul 9.00 malam, bertarikh 5 Mac 2021.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan penganjur.

Keputusan penuh perlawanan


JDT 2 - 0 KDA 

35' Safawi Rasid ( JDT )

68' Natxo Insa ( JDT )



Pautan siaran langsung perlawanan :




Kredit gambar : myinfosukan.com

Tiga wanita ditangkap kerana terbabit aktiviti persundalan

KOTA BHARU : Tiga wanita termasuk dua ibu tunggal, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan, dengan menawarkan perkhidmatan seks.

Ketiga-tiga tertuduh, Nur Shamila Fakarozi, 22; Zawarni Zakaria, 30 dan Hidayah Abdul Rahman, 39, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam dan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat.

Kesalahan itu dilakukan oleh di sebuah rumah di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian di sini jam 3.45 petang pada 23 Februari lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahril Ramli dan S Gayathri.

Sementara itu, Zawarni diwakili oleh peguam, Mohd Nazri Awang, manakala Nur Shamila dan Hidayah pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Roshayati Hassan dan Ariayani Mohd Aamin.

Ketiga-tiga peguam memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guam kerana itu kesalahan pertama mereka.

Mohd Nazri berkata, anak guamnya iaitu Zawarni tidak bekerja dan kini menetap bersama ibu dan bapanya, selain sudah insaf.

Roshayati yang mewakili Nur Shamila dalam rayuannya berkata, anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan seorang ibu tunggal yang perlu menjaga anaknya berusia setahun tiga bulan.

Sementara itu, Ariayani pula memohon agar anak guamnya tidak dikenakan hukuman yang berat kerana Hidayah ibu tunggal kepada empat orang anak, termasuk tiga daripadanya masih bersekolah.

Mohamad Ibrahim kemudiannya membenarkan hukuman denda sebanyak RM2,000, selain penjara enam bulan kepada Zawarni dan dua bulan penjara terhadap Nur Shamila, sekiranya mereka gagal membayar denda yang ditetapkan.

Bagi Hidayah pula, Mohd Izuddin menetapkan hukuman denda RM2,000 dan tiga bulan penjara, jika gagal membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.


Kredit : BH Online

Celcom bakal menghentikan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021


Selari dengan pengumuman kerajaan sebelum ini, Celcom kini sekali lagi mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021 ini.

Celcom mengatakan pelanggan yang terlibat dan masih menggunakan rangkaian 3G, boleh beralih kepada rangkaian 4G dengan memiliki telefon pintar 4G yang disediakan Celcom melalui pakej mampu-milik.

Untuk tahun 2021 ini, Celcom akan terus memfokuskan rangkaian dalam terus memperluas liputan populasi 4G LTE kepada 95.6%, menawarkan pengalaman VoLTE yang lancar, pengalaman video HD yang konsisten, serta memperbaiki kualiti liputan dalam bangunan.

Celcom turut mengatakan akan melabur dalam penggunaan teknologi terkini seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.


Kredit : Amanz ( https://amanz.my/2021274664/ )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan