Mufti Negeri Perak meninggal dunia

 


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia pada awal petang hari ini (30 Mei 2021). Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas disahkan positif COVID-19.

Ucapan takziah atas kematian Allahyarham turut dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk).


Kredit : Berita Harian • Jabatan Mufti Negeri Perak

Bahrain lawan Malaysia : 29 Mei 2021


Aksi persahabatan skuad kebangsaan ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Perlawanan ini diadakan di Bahrain National Stadium, Riffa.


Keputusan Penuh Perlawanan


🇧🇭 Bahrain 2 - 0 Malaysia 🇲🇾

41' Mahdi Abdul Jabbar - Penalti - ( Bahrain )
61' Mohamed Marhoon ( Bahrain )




Ramassuntran meninggal dunia


Negara telah kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat dedikasi dan komited dengan kerjanya.


Hari ini, 26 Mei 2021, Ramassuntran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua rakyat Malaysia yang pernah menonton drama yang mendiang ada berlakon. Salam takziah buat isterinya Kamala dan keluarga. 


Telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur antara jam 2.00 ke 2.30 pagi. Beliau mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi ke 12.30 pagi. 

Kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada. Mendiang juga mempunyai sejarah masalah jantung.


Goodbye Rama, you may rest now.. 


3.7.1964 - 26.5.2021


Reposted from @persatuansenimanmalaysia

Keputusan perlawanan latihan Kuwait dan Malaysia : 23 Mei 2021

 


Berikut adalah keputusan perlawanan latihan yang dijalankan secara tertutup antara Kuwait dan Malaysia. Perlawanan berlangsung pada jam 11.15 malam, waktu Malaysia.

Kesebelasan utama pasukan bola sepak Malaysia ( Harimau Malaya ) :


Keputusan penuh 


KUWAIT 🇰🇼 4 - 1 🇲🇾 MALAYSIA

⚽️ 21' - Ahmad Aldhefeery ( Kuwait )

⚽️ 28' - Guilherme de Paula ( Malaysia )

⚽️ 55' - Fahad Alhajeri ( Kuwait )

⚽️ 61' - Shabaib Alkhaldi ( Kuwait )

⚽️ 68' - Fahad Al-Alabraim ( Kuwait )


 #HarimauMalaya #FAM

Rentas daerah ke Tampin : polis ambil tindakan


Tiga lelaki dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas dikesan melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, kesemua mereka melakukan kesalahan apabila mandi di kolam Bukit Tampin, di sini dan disedari oleh pasukan Pematuhan SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang membuat pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi, 20 Mei 2021.

Menurutnya, lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dikompaun atas kesalahan melakukan aktiviti dengan kehadiran ramai tanpa penjarakkan fizikal.

“Selain tiga kompaun berkenaan, dua kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan rentas daerah tanpa surat kebenaran polis. Bagi kesalahan ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikesan merentas daerah dari Kuala Pilah ke Tampin kira-kira pukul 11 pagi ketika pemeriksaan di Stadium Tampin. 

“Seorang lagi lelaki berusia 69 tahun pula gagal mengemukakan alasan munasabah dan dokumen kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu 1 kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya.

Anuwal berkata, bagi kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran polis berkenaan, masing- masing dikompaun sebanyak RM5,000.

Menurutnya, kesemua kompaun bernilai RM19,000 itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 


Kredit - UTUSAN ONLINE ( NOR AINNA HAMZAH )

Panduan lengkap bisnes burger


Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Amat sesuai dilakukan oleh anak muda mahupun mak bapa muda. ✌🏻😅

Di sini saya kongsikan satu panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin menjalankan perniagaan burger dengan lebih teratur dan nampak berketerampilan tinggi walaupun berniaga di tepi jalan.

Klik pautan di bawah ini bagi membaca pengenalan dan mendapatkan panduan berkenaan :

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5140_49_1_220


#berniaga #burger 

PKP 3 : Sebelas perkara penting yang perlu kita tahu

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula berkuat kuasa pada 12 Mei 2021, seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin


Berikut antara perincian berkenaan PKP tersebut :


1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.


2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. 

Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.


3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.


4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.


5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarka.


7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.


8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.


9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. 

Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.


10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan.


11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.


Kredit : 

- Astro Awani ( Harits Asyraf Hasnan)


Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mei 2021

 


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 9 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Melaka United, PJ City, Perak, Sri Pahang, Selangor dan Terengganu.

Semua perlawanan bermula pada jam 10.00 malam.

⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Melaka United 0 - 0 PJ City

00' ⚽ -  (  )



Perak 2 - 3 Sri Pahang

34' ⚽ - Aung Kaung Mann ( Sri Pahang )

58' ⚽ - Kenjok Athiu ( Sri Pahang )

68' ⚽ - penalti - Leandro ( Perak )

88' ⚽ - Kenjok Athiu ( Sri Pahang )

90+2' ⚽ - Careca ( Perak )


Selangor 1 - 2 Terengganu

50' ⚽ - penalti - Ifedayo ( Selangor )

72' ⚽ - Engku Muhammad ( Terengganu )

87' ⚽ - Carlos De Murga ( Terengganu )




Keputusan Liga Super Malaysia : 8 Mei 2021

 


Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 8 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah, Kedah, Penang, JDT, UiTM dan Kuala Lumpur.

Perlawanan antara Sabah dan Kedah bermula pada jam 9.15 malam, manakala lain-lain perlawanan bermula pada jam 10.00 malam.

⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Sabah FC 0 - 1 Kedah

77' ⚽ - Kpah Sherman ( Kedah )



Penang 0 - 3 JDT

16' ⚽ - Safawi Rasid ( JDT )
43' ⚽ - Bergson ( JDT )
51' ⚽ - Mohamadou Sumareh ( JDT )



UiTM 1 - 1 Kuala Lumpur

84' ⚽ - Yong Hyun Kwon ( UiTM )
90+4' ⚽ - Shukor Adan ( Kuala Lumpur )


Keputusan Liga Super Malaysia : 5 Mei 2021

  

Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 5 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Sabah FC, Melaka United FC, Petaling Jaya City FC, Perak, Sri Pahang dan Selangor.

Perlawanan melibatkan Sabah FC dan Melaka United FC bermula pada jam 9.15 malam. Manakala lain-lain perlawanan bermula jam 10.00 malam.


⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Sabah FC 3 - 1 Melaka United FC

6' ⚽ - Amri Yahyah ( Sabah FC )
16' ⚽ - Azizan Nordin ( Sabah FC )
47' ⚽ - Amri Yahyah ( Sabah FC )
65' ⚽ - Fakhrullah Rosli ( Melaka United FC )


Petaling Jaya City FC 0 - 1 Perak FC

26' ⚽ -  Sergio Aguero ( Perak FC )


Sri Pahang FC 2 - 2 Selangor FC

48' ⚽ - Manuel Hidalgo ( Sri Pahang FC )
76' ⚽ - Hein Aung ( Selangor FC )
87' ⚽ - Ifedayo Olusegun ( Selangor FC )
90+6' ⚽ - Abdul Mat Ariff ( Sri Pahang FC )


⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽




#ligasupermalaysia #ligamalaysia


Keputusan Liga Super Malaysia : 4 Mei 2021

 

Tiga perlawanan Liga Super Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 4 Mei 2021. Perlawanan ini melibatkan Kedah Darul Aman FC, JDT, Kuala Lumpur City, Penang FC, Terengganu FC dan UiTM.

Semua perlawanan berlangsung pada jam 10.00 malam.


⚽ KEPUTUSAN PENUH 
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Kedah Darul Aman FC 0 - 1 JDT FC

90+2' ⚽ - penalti - Bergson ( JDT )


Kuala Lumpur FC 2 - 1 Penang FC

35' ⚽ - Paulo Josue ( Kuala Lumpur FC )

52' ⚽ - penalti - Paulo Josue ( Kuala Lumpur FC )

64' ⚽ - Muhammad Ashraf ( Penang FC )



Terengganu FC 3 - 0 UiTM FC

7' ⚽ - David ( Terengganu FC )

10' ⚽ - Faisal Abdul Halim ( Terengganu FC )

77' ⚽ - Mohammad Rahmat ( Terengganu FC )



⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽




#ligasupermalaysia #ligamalaysia


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan