Morten Walk : bakal dibuat di Melaka

 


Menelusuri Sungai Melaka yang mengalir di tengah-tengah bandar raya Melaka sambil menikmati keindahan panorama kota bersejarah menjadi salah satu aktiviti menarik bagi para pengunjung dari dalam mahu pun luar negara.

Jika dahulu Sungai Melaka menjadi laluan penting untuk aktiviti perdagangan, kini sungai tersebut terus masyhur sebagai lokasi tumpuan bagi aktiviti pelancongan di bandar Melaka.

Melihat pada ruang dan potensi tinggi kawasan berkenaan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensinya, UDA Holdings Berhad (UDA) mengambil inisiatif membangunkan Hab Keusahawanan Morten Walk di pesisir Sungai Melaka. Ia bertujuan mempergiat aktiviti keusahawanan, seterusnya memacu ekonomi negeri.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany berkata, pembangunan Hab Keusahawanan Morten Walk, yang bertempat di Kampung Morten adalah salah satu usaha pihaknya menyediakan pusat perniagaan khusus, seterusnya memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

“Kemudahan ini memberi peluang buat mereka meluaskan perniagaan di ruang niaga yang strategik, kondusif dan menarik.

“Usahawan perlu merebut kesempatan untuk menjalankan bisnes di lokasi tumpuan iaitu di tengah-tengah bandar serta pusat tumpuan pelancong bagi menaik taraf perniagaan dan penjenamaan mereka.

“Dalam masa yang sama, pembangunan hab ini juga dapat mewujudkan rantaian bekalan ekosistem keusahawanan di kawasan tersebut, seterusnya merancakkan ekonomi setempat,” katanya.

Dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.13 ekar (RM1.67 hektar) dengan nilai pembangunan RM8 juta, Hab Keusahawanan Morten Walk terletak di lokasi strategik berdekatan pelbagai tarikan terkenal seperti perkampungan Tradisional Kampung Morten, Jambatan Kampung Morten, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari.

Pembangunan berkonsepkan kabin kontena yang moden dan trendy itu dijangka mula beroperasi pada bulan April 2022 dan menyediakan 100 ruang niaga merangkumi lot tetap berupa kabin kontena yang berhias cantik dengan konsep ceria dan lot terbuka untuk promosi.

Ruang niaga yang disediakan sesuai bagi pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, minuman, fesyen, aksesori, kedai serbaneka, kedai IT dan sebagainya.

Sebanyak sembilan kemudahan tambahan serta lot terbuka turut disediakan bagi menempatkan aktiviti-aktiviti promosi seperti ruang pameran, pesta makanan, pesta buah-buahan, pesta kebudayaan dan kesenian, mini konsert serta pusat riadah kanak-kanak.

Selain itu, Morten Walk mempunyai sebuah dewan tertutup berkapasiti 500 orang dan dibuka untuk sewaan orang ramai bagi mengadakan pelbagai majlis termasuk kenduri kendara.

Sementara usahawan yang layak turut ditawarkan bantuan berupa kadar sewa di bawah harga pasaran, selain insentif termasuk rebat kos pengurusan atau sewaan dan manfaat fasiliti.

Mohd. Salem menambah, Hab Keusahawanan Morten Walk bakal menjadi platform bagi mengukuhkan pasaran produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan melonjakkan potensi usahawan PKS di bawah agensi MEDAC serta jabatan kerajaan negeri.


Kredit : KOSMO  ( Nor Hanisah Kamaruzaman )

𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙫𝙖𝙠𝙨𝙞𝙣 𝙙𝙤𝙨 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙖𝙠 𝘼𝙨𝙩𝙧𝙖 𝙕𝙚𝙣𝙚𝙘𝙖


Saya dos pertama dan kedua ialah vaksin Pfizer. Masa ni ada sikit tanda kesan sampingan yang normal tapi tak ketara sangat rasa, cuma pada 18 Januari 2022 ( petang pukul 3 lebih ) saya ambil booster AZ ( ikut temujanji yang dikeluarkan pada My Sejahtera ),  masa mula-mula suntik, masa vaksin tu mula masuk dalam lengan, tak terasa apa kecuali rasa jarum halus masuk je ( masa vaksin Pfizer, terasa cecair vaksin tu macam terus bergerak masuk dalam saluran darah ).

Beberapa jam selepas suntikan booster AZ, bahagian suntikan rasa tak selesa, macam rasa bengkak dan sedikit sakit. Lepas tu suhu badan rasa naik macam nak demam. Perut rasa tak selesa. 

Saya lepas solat, saya sapu 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 pada perut, sendi-sendi dan leher sambil menghidu bau minyak tu dan tidur. Alhamdulillah asbab penggunaannya, saya rasa suhu badan menurun dan rasa sengal dan ketidakselesaan berkurangan.

Dapatkan Minyak Bidara Pandan di gerai URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam di Vintage Night Market Melaka, UTC Melaka, Jalan Hang Tuah atau di PJS 4/10, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Saya rasa cukup sampai ke suntikan ke 3 sahaja ( booster ). Setidak-tidaknya saya dah berusaha untuk melindungi diri sambil cuba patuh SOP ketika di tempat awam dan ketika balik ke rumah. Selebihnya bertawaqal kepada Allah SWT.

Nasihat saya :

- Jika sebelum ambil vaksin pertama dan kedua, badan memang dah ada sakit yang berat atau petanda ringan sakit kronik, tangguhkan dahulu pengambilan dos penggalak vaksin.

- "Tangguhkan" dahulu pengambilan dos penggalak vaksin jika anda bekerja dengan orang lain. Jika bekerja sendiri tiada masalah kerana 10 ke 15 minit pertama tiada sebarang masalah berlaku. 

Anda akan mula rasa sedikit sakit dan suhu badan meningkat macam nak demam  selepas 20 minit ke atas selepas pengambilan dos penggalak berkenaan.

- Jika anda mula hadapi kesan yang saya nyatakan di atas, makanlah ubat tidur, panadol dan sapu minyak yang untuk meredakan sakit-sakit sendi.

Setelah itu, tidurlah dengan keselesaan yang maksimum sambil buka audio bacaan doa yang berkaitan atau zikir tertentu 


Pautan yang perlu diketik untuk membuat laporan berkenaan dengan kesan sampingan yang dialami selepas selesai disuntik dos penggalak vaksin Covid19


#vaksinasibooster #BoosterAZ

Serbegeth Singh dalam kenangan


Salam takziah.

Warga dunia bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita kematian mantan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan pengkritik sukan iaitu Serbegeth Singh, petang 12 Januari 2022 pada usia 61 tahun akibat dari serangan sakit jantung.

Mendiang dikenali sebagai seorang pemain pertahanan kental sepanjang kerjaya bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan sebelum mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997.

Selaku tonggak Kuala Lumpur, Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989, juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, juara Piala FA pada 1993 dan 1994 serta membantu skuad negara mengutip pingat emas Sukan SEA pada 1989 dan gangsa pada Sukan SEA 1985.

Mula menyarung jersi negara dalam kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 caps sehingga persaraannya selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1991.

Selain menjadi penasihat global Blackburn Rovers pada 2012-2013, Serbegeth pernah menjadi penasihat rancangan realiti, MyTeam serta Melaka Telekom FC.

Dilahirkan pada 20 Ogos 1960, Shebby berasal dari Kluang, Johor. Bakatnya dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan yang terkenal dengan reputasi sebagai jurulatih remaja. Seterusnya mendiang S. Subramaniam memujuk Shebby untuk meninggalkan Johor dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1983, satu tindakan yang mengundang kontroversi apabila Shebby digantung setahun oleh Johor atas alasan berpindah tanpa kebenaran.

Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.


Kredit : Football Association of Malaysia & Astro Awani








Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan