Video majlis persaraan penguin perisik negara Norway


Suatu majlis ketenteraan telah diadakan bagi menghormati seekor penguin yang telah bersara dari perkhidmatan sebagai perisik bagi pihak tentera Norway.

Penguin berkenaan yang sebelum ini berada di sempadan negara Rusia dan Norway, telah diikat dengan kamera dan peralatan lain, berenang ke dalam laut untuk memantau kehadiran dan aktiviti kapal selam Rusia serta lain-lain Angkatan Tentera Rusia di sepanjang sempadan.

Kini penguin yang diberi nama Nils Olav, tinggal di Zoo di Edinburgh dengan faedah penuh/pencen (makan dan minum seumur hidup)


Nassier Wahab meninggal dunia


Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Semua segala amal dan sedekah jariah yang dibuat arwah diterima dan arwah diberi rahmat Allah SWT. Aamiin.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan