Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi



Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020.


Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keuarga Allahyarham.

"Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh," kata Haiza kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.

Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.

"Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnnya," kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.

Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menema populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.

Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.

Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.

Sumber : astroawani.com

Video rasmi lagu Ikatan Asmara : Baby Shima dan Fairuz Misran


Ikatan Asmara

Fairuz Misran & Baby Shima

Lagu : Harry Khalifah

Lirik : Achoi Floor 88

Arrangement : Harry Khalifah

Terbitan : MVM Production Sdn Bhd



Nassier Wahab meninggal dunia


Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Semua segala amal dan sedekah jariah yang dibuat arwah diterima dan arwah diberi rahmat Allah SWT. Aamiin.

Video Alif Satar bertakbir raya dengan banduan akhir



Alif Satar mempunyai pengalaman yang paling terkesan sepanjang hidupnya yang membuka matanya hatinya .

Beliau mempunyai peluang untuk Bertakbir Raya dengan "Banduan Akhir" di penjara Sungai Buloh. Ia adalah suatu perasaan yang bercampur baur, tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh beliau.

Dalam rakaman video ini, Alif Satar duduk bertakbir raya bersama Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai penjara dan banduan yang bakal dikenakan hukuman mati.

Bagi banduan berkenaan, Syawal ini adalah raya terakhir dalam tahun ini yang disambut oleh mereka.

Betapa syahdunya sehingga Alif Satar mengalirkan air mata di dalam majlis berkenaan.


Kredit : Alif Satar Youtube

Zainal Ariffin meninggal dunia


Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo, 62 tahun, yang menderita kanser esofagos telah menghembuskan nafas terakhirnya kurang lebih pada pukul 1.30 petang Rabu, 14 November 2018.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isteri arwahyarham Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal, berusia 52 tahun. Jenazah dikebumikan pada hari ini (Rabu 14/11/2018), selepas solat Isyak di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo dikatakan tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Namun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu. Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.



Pada 12 November 2018 , hari Isnin, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah. 

Sumber : mstar online

Sebab sebenar Zamani bermasalah pada lagu pertama di Separuh Akhir GV5


Zamani dianggap antara penyeri rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ke 5 ini. Pelbagai kisah dan drama berlaku di pentas GV5 sehingga membuatkan masyarakat membicarakan mengenainya secara online dan offline dengan hangat.

Pada malam Separuh Akhir Gegar Vaganza 5 yang berlangsung pada 12 November 2018, Zamani mendapat dua lagu iaitu "Dekat Padamu"-nyanyian asal oleh Yusri KRU dan "Di Matamu" yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi.

Namun sesuatu yang menggusarkan hati peminat Zamani Slam berlaku pada lagu pertama, di mana Zamani kelihatan gagal menyanyi mengikut "key" yang sesuai dan seakan lupa lirik. Namun pada lagu kedua beliau kelihatan cemerlang dengan menyanyikan lagu "Di Matamu" dengan gayanya tersendiri dan dipuji oleh Dato Ramli MS (Tok Ram). 

Zamani memperoleh tempat ke 5 dari lapan peserta yang bertanding dan sekaligus layak ke peringkat akhir GV5. Kejayaan yang tidak disangka itu membuatkan Zamani beriaksi spontan dengan bersujud syukur di tengah pentas.

Bagi menjernihkan suasana, Zamani telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam satu temubual tidak rasmi semasa kudapan malam selepas pertandingan berkenaan berakhir.

Sila tonton video temubual berkenaan di bawah ini :



Kredit video : Asal Artis

Suara Zamani semasa latihan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"


Penyanyi yang dianggap lagenda oleh sebilangan rakyat Malaysia iaitu Zamani masih mempertimbangkan peluang yang diberikan pihak Astro untuk dia meneruskan persembahan pada konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu hadapan.
Menurut pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad, pihaknya belum membuat keputusan untuk menerima tawaran imuniti kerana ingin melihat keadaan penyanyi itu dalam masa beberapa hari lagi.

"Buat masa sekarang ini, Zamani masih dalam proses berehat. Dia masih belum buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran imuniti itu atau tidak.

"Jadi, ada kemungkinan dia tarik diri atau mungkin meneruskan persembahan. Bergantung pada keadaan kesihatannya dalam beberapa hari ini," katanya kepada mStar Online.

Aalan diminta mengulas bagi pihak Zamani mengenai peluang imuniti yang diberikan oleh penaja utama GV5 iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam persaingan minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zamani gagal membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana peti suaranya koyak.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini terselamat dari penyingkiran dan berpeluang untuk berentap di pentas minggu keenam GV5.
Tambah Aalan, biarpun Zamani sudah menyedari suaranya mula hilang pada petang sebelum konsert namun dia tampil membuat persembahan kerana ingin mengelakkan daripada salah faham yang akan berlaku.

"Sebenarnya lebih kurang 3.30 petang Zamani sampai dewan, dia masih lagi okey tapi secara tiba-tiba petang ketika sesi latihan suara dia semakin hilang.

"Tapi memikirkan tidak mahu ada salah faham berlaku sekiranya tak muncul di pentas, dia gagahkan diri untuk teruskan persembahan biarpun ketika itu suaranya sudah tiada.

"Dia tak nak orang kata bukan-bukan kalau tak buat persembahan. Tidak ada niat untuk malukan diri atau meminta simpati daripada mana-mana pihak," ujarnya.

Dalam pada itu, Aalan turut menjelaskan status yang dimuat naik bekas pengurus Zamani, Johan Aziz yang mengatakan penyanyi itu mahu menarik diri namun pihak produksi tidak mengendahkan adalah tidak benar.

Kata Aalan, isu tarik diri itu pernah timbul sebelum bermulanya konsert GV5 namun Zamani sudah bersetuju dengan pihak Astro untuk menerima tawaran menjadi peserta program tersebut.

"Saya ingin jelaskan bahawa kenyataan Johan Aziz yang mengatakan Zamani ingin menarik diri tetapi pihak produksi tidak ambil peduli itu sememangnya tidak benar.

"Zamani tidak pernah keluarkan kenyataan ingin menarik diri. Tapi memang isu itu sudah lama timbul sejak sebelum konsert bermula lagi.

"Sebelum Zamani setuju nak sertai GV5, dia sudah beberapa kali berjumpa dengan pihak Astro dan berbincang. Jadi tiada pun isu tarik diri itu," katanya yang mengesahkan dia kini menguruskan Zamani dan bukan lagi Johan.

Berikut adalah rakaman semasa sesi latihan Zamani yang menyangikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" sebelum tiba hari pertandingan pada Ahad lalu (28/10/2018) :




* sumber : mstar online

Al Fatihah buat A.M Salim Abdul Majeed


Suatu status yang dikongsikan oleh Nursyafiq Farhain di Facebook memaklumkan bahawa ayah beliau A.M Salim Abdul Majeed (lebih dikenali sebagai Salim Iklim) telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad, 14 Oktober 2018.

Berikut adalah status yang dikongsi oleh anak arwah Salem Iklim :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها

Untuk makluman, Ayahanda saya A.M Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. ‎

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عنه

Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia ‎

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Abah dalam kenangan, mungkin ini sahaja yang tinggal untuk dikongsi

Nur Amisah meninggal dunia


Pelakon drama, Nur Amisah Binti Abdullah dijemput pulang ke Rahmatullah di rumahnya berusia 52 tahun, pagi tadi (18 Ogos 2018). Beliau meninggal dunia kerana semput akibat tonsil yang membengkak.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin

Bibik Kim Neo meninggal dunia


Pelakon veteran Datuk Kenny Chan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun. Apabila dihubungi, isterinya Fern Loo mengesahkan Chan meninggal dunia di salah sebuah hospital di Melaka pada 6.15 petang hari Selasa, 12 Jun 2018.

"Dia dimasukkan ke hospital pada hari Isnin kerana jangkitan paru-paru. Kami fikir dia akan pulih," katanya.

Chan mempunyai tiga orang anak, anak lelaki Darrick, Allen dan Shalyn. Chan terkenal dengan peranannya sebagai Bibik Kim Neo di dalam drama bersiri Baba Nyonya yang disiarkan di TV1. Rakan seperlakonannya iaitu Chee Hood Siong, yang memainkan watak sahabat Bibik Kim Neo, dengan watak bernama "Ah Chim", telah meninggal dunia pada tahun 2011.


Siri komedi ini disahkan oleh Malaysian Book of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari akhir 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.

Sumber asal : The Star Online

Video babak kelakar dalam drama Nur - sup bunjut


Ada satu babak dalam drama Nur yang mula menjadi popular baru-baru ini mengenai salah sangka bunjut yang digunakan untuk membuat sup dikatakan bahan untuk sihir. Nampaknya viral ini akan menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menonton drama ini di penghujung bulan Ramadhan.

Dalam realiti kehidupan kita, sememangnya ada seperti yang digambarkan dalam drama berkenaan. Apa yang perlu kita buat ialah lakukan perubahan pada diri sendiri ke arah yang lebih baik serta melakukan segala amal kebajikkan bagi mendidik hati ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.

Video babak kelakar drama Nur :


**°°**


Drama Nur adalah drama di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan sejak 14 Mei  2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur ini bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini dan mempunyai 19 episod. 

Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Video kemeriahan sambutan ulangtahun kelahiran Neelofa dan pelancaran produk baru Neelofa Hijab di Zouk



Dalam rancangan Mbuzz pada 27 Februari 2018, iaitu sebuab rancangan pendek berkenaan hiburan yang disiarkan selepas berita di tv3, Neelofa menjawab dia pilih kelab malam Zouk sebab dia tak jumpa tempat di KL yang ada dekorasi seperti yang dia nak. Katanya dia nak kelainan untuk majlis sambutan ulangtahun kelahirannya dan pelancaran produk barunya.

Tapi dia tak ceritapun pada wartawan berkenaan dengan tarian yang agak erotik yang ada. Wartawan pun tak bertanya berkenaan hal itu. Macam cuba nak "backup" Neelofa je....







Aksi comel Eyka Farhana berpakaian jururawat


Gambar ini diambil sempena Eyka Farhana berlakon watak jururawat dalam drama yang beliau berlakon :







Biodata Eyka Farhana

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011. 

Beliau kini di bawah pengurusan A Klasse Management milik Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. 

Beliau dilahirkan pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia.

Mula menerjah ke bidang lakonan pada 2011 dengan hasrat untuk membantu keluarganya. Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal sebagai Ema dalam siri Ema Emilyana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1

Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang seni.


Dengar lagu Satu Kalimah : Meremang bulu roma dia


Video ini dirakam oleh seorang wanita luar negara yang me-"review" lagu yang didengarinya. Mungkin untuk follower laman web sosialnya.

Dalam video berkenaan kita dapat saksikan reaksi beliau yang teruja dan sangat suka lagu bertajuk "Satu Kalimah" yang dinyanyikan oleh Yabang dari Kumpulan Khalifah sampai meremang bulu roma.


Mus May koma - masuk hospital


Vokalis kumpulan May iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan  dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Sue ketika dihubungi mStar Online memberitahu, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).
"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

Dalam pada itu, Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun  dia mungkin keletihan.
"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak terhadap Mus.


Mohamed Zain meninggal dunia


Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin (nama sebenar Mohamed Zain Shamsuddin) , 82 disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya jam 5.45 petang semalam (1 Mac 2017).

Anak keduanya, Putera Hang Jebat berkata, bapanya disahkan meninggal dunia setibanya di klinik berkenaan.

"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia,"katanya.

Dilahirkan di Taiping, Perak Shamsuddin, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an.

Kecik Hyper Act dah "bercerai"


Kecik masih lagi bujang, belum berkahwin. Bercerai itu maksudnya jodoh beliau tiada lagi kerana telah diberhentikan dari Kumpulan Hyper Act, namun tiada dinyatakan sebab terjadinya begitu.

Kecik atau nama sebenarnyaMohamad Fauzi Kamarudin merupakan penyanyi kedua kumpulan Hyper Act selepas Ronnie, kini secara sah bukan lagi vokalis kumpulan suam-suam milo berkenaa, berdasarkan pengakuan yang dibuat di Twitter peribadinya.

Berikut adalah screenshot pengakuan Kecik yang dilihat "kecik hati" (loghat Melaka) dengan pemberhentiannya ini namun mencuba untuk redha dengan ketentuan ini :


Biodata Kecik :

Nama Sebenar : Mohamad Fauzi Kamarudin
Nama Popular : Kecik, Kecik Ogie, Kaido Ogie
Peranan : Vokalis utama kumpulan Hyper Act
Tarikh Lahir : 1993
Umur : 23 tahun (2016)
Asal : Jitra, Kedah
Pendidikan : SMK Pulau Nyoir, Jitra, Kedah
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Status : Belum berkahwin
Pengalaman : Penyanyi busking kepada dua buah kumpulan iaitu Rocha dan Ordinan Orkes
Populariti : Lagu Takkan Pergi, ost drama Cinta Si Wedding Planner

Info menarik Kecik Hyper Act
  • Kecik adalah vokalis baru kumpulan Hyper Act mengantikan Ronnie Hussein yang bergerak secara solo pada masa ini.

  • Kecik pernah menghadiri uji bakat Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 namun tidak berjaya satu ketika dulu.

  • Kecik dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Hyper Act yang dicungkil bakat menerusi program Pencarian Vokalis Hyper Act anjuran Era FM dan program H! Live. Kecik berjaya mengenepikan 1,260 peserta lain yang turut bersaing. Antara finalist ialah daripada Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan.

  • Kecik mempunyai tona suara halus dan mampu membawa emosi dalam penyampaian. Ini menjadikan vocal Kecik sesuai dengan imej muzik yang Hyper Act.

  • Lagu Takkan Pergi adalah lagu pertama dendangan vokalis baru, Kecik. Lagu ini merupakan ciptaan Hyper Act sendiri dan lirik ditulis oleh Frozen.

  • Peminat kumpulan Hyper Act terpegun dengan lagu terbaru Takkan Pergi nyanyian Kecik. Malah, ramai yang berpuas hati dan memuji persembahan Kecik dalam lagu berkenaan sehingga anggota kumpulan itu sendiri pun terkejut dengan sambutan luar jangkaan daripada peminat. Malah, lagu berkenaan mendapat sambutan kerana menjadi lagu tema drama bersiri Cinta Si Wedding Planner.

Syed Azlan meninggal dunia (komposer & penyanyi)



Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi, 12 November 2016.

Perkara ini dimaklumkan melalui status Facebook sepupunya, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu.

Arab sinonim dengan kumpulan duo, Arab & Aidit yang pernah lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar semalam (12/11/2016). 

Syed Azlan pernah menjadi pegawai Artiste and Repertoire (A&R) dengan Universal Music selepas meninggalkan karier nyanyiannya.


Sumber : Astro

Yussry Bin Edoo meninggal dunia, disahkan oleh Zamatul Amri Zakaria


Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria juga salah seorang ahli kumpulan Jambu / Virus, menerusi laman Instagram miliknya dengan status berikut :
Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,

Difahamkan Yus atau panggilan mesranya Pak Yus, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program "Raja Band" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini pernah menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada tahun 2001 sebelum mula menyerlah namanya dalam bidang komedi apabila diumumkan juara program Raja Lawak, terbitan Astro musim pertama pada tahun 2007.

Jenazah Yus dikatakan telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

 

Antara rakan artis dan kenalan yang datang ke Hospital Selayang bagi menziarahi jenazah arwah Yus.


Sumber berita : Instagram Tauke Jambu
Sumber gambar : Google Image

Konsert untuk bantu Yazid Search


Setelah lebih dari tiga dekad mengegarkan industri, kini muzik mungkin noktah terakhirnya sebagai pengasas Kumpulan Search, Yazid Ahmad. Berusia 54 tahun dikenali sebagai Yazid Search sedang bertungkus lumus mencari pendapatan RM5,000 sebulan untuk membayar rumah dan bil-bil rawatan dan perubatan.

Beliau mengalami kegagalan kepungsian buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis peritoneal empat kali sehari. Ia berharap untuk beralih kepada rawatan hemodialisis supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa bekerja. 


Kata beliau :  "Saya berada di dalam dan di luar hospital selama enam tahun sekarang. Doktor saya berkata, saya sepatutnya berehat lebih, tetapi saya perlu menjana pendapatan seperti melakukan sesi klinik drum setiap kali saya mampu.

Oleh itu, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan Yazid Search, Konsert “Rockers Kasi Gegau” yang menggabungkan tiga Band Otai Rockers, LELA, PUTRA & SYJ SOFEA akan diadakan pada 15 November ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka.


Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi. Yazid Search akan turut berada semasa sesi 'drum basking'.


*LEBIH BERMAKNA jika ada penglibatan dari ahli Search yang lain...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan