Konsep Zoo Maya akan dilaksanakan di Zoo Negara



Bagi meneruskan kelangsungan operasi, Zoo Negara kini dalam perancangan untuk mewujudkan 'zoo maya'.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, konsep itu dilihat signifikan dengan keadaan semasa negara yang masih dilanda Covid-19.

Menurutnya, menerusi konsep berkenaan, pencinta haiwan boleh melihat spesis di Zoo Negara menerusi konsep maya di seluruh dunia.

Katanya, konsep ini dilihat mampu menjadi platform terbaru untuk memastikan Zoo Negara terus beroperasi dengan hasil kutipan bayaran daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada pengunjung.

"Sejak Covid-19, Zoo Negara hanya dapat beroperasi beberapa kali dalam tempoh singkat sebelum diarahkan tutup oleh kerajaan bagi mengelak penularan.

"Jadi menerusi konsep 'zoo maya' ini, orang ramai boleh melihat haiwan menerusi platform maya tanpa perlu datang ke Zoo Negara.

"Konsep ini dilihat mampu menjana pendapatan baharu kepada Zoo Negara agar tidak terus terkesan jika tidak dapat beroperasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, konsep ini masih lagi diperhalusi dan beberapa syarikat akan mengemukakan kertas kerja untuk dinilai dari segi kos dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai operasi, dana yang dimiliki Zoo Negara kini semakin menyusut dan hanya mampu bertahan sehingga awal Mei ini.

Katanya, sumbangan orang ramai masih diterima namun diharap ia boleh ditingkatkan kerana kos operasi bulanan mencecah RM1 juta.

"Setakat ini dana yang ada masih dapat menampung operasi lebih 4,000 haiwan dan membayar gaji pekerja selain bayaran lain.

"Namun diharap sekiranya ada pihak yang mahu menyalurkan bantuan dana boleh berhubung terus dengan Zoo Negara," katanya.


Kredit :

- MyMetro ( Ekhwan Haque Fazlul Haque )

- NSTP

Haiwan ternakan bersepah : pemilik bakal didenda

Majlis Daerah Rembau akan mengenakan tindakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kuasa 1 Mac 2021 ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Najib Mustafa berkata, pihaknya komited dalam menangani isu haiwan ternakan berkeliaran terutama di taman perumahan serta jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Katanya, menurut Seksyen 5 (1) Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971, mana-mana kerbau, lembu dan kambing yang dipelihara atau yang disimpan atau dijumpai berkeliaran di dałam mana-mana kawasan larangan boleh ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sesiapa jua yang diberi kuasa.

“Pemilik kerbau atau lembu dan kambing yang ditangkap akan dikenakan kompaun mengikut kadar ditetapkan.

“Jika lembu atau kerbau ditangkap, pemilik mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi seekor dan kambing RM300 seekor manakala fi bagi setiap tangkapan adalah RM100 sehari bagi lembu atau kerbau dan RM30 sehari bagi kambing,” katanya pada Khamis.

Katanya, pemilik haiwan ternakan yang tidak menuntut haiwannya dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan, haiwan berkenaan akan dilelong atau dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan PBT.


Kredit : 

- My Metro

- NSTP

22 tahun lalu wabak Nipah wujud di Malaysia


22 TAHUN WABAK NIPAH DI MALAYSIA

Wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.

Seorang demi seorang, tumbang, mati.

Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia

Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.

Ramai yang mempercayai  wabak yang berlaku dipercayai berpunca dari jangkitan Japanese Encephalitis, sejenis virus yang di sebarkan oleh nyamuk. 

Aktiviti kawalan ketika itu adalah dengan menggunakan semburan  termal fogging, namun anehnya kes masih lagi menular. Apa sebenar punya wabak misteri ini?

Perkara ini menimbulkan keraguan kepada 2 pengkaji tempatan dari Universiti Malaya, Dr Chua dan Dr Tan. 

Mereka sedar bahawa penyakit ini TIDAK menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.

“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”

“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.

Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.

Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.

“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.

Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.

Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.

Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.

“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.

Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.

“Ianya adalah paramyxo!”

“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.

Kubur besar digali. Khinzir-khinzir pembawa virus maut di tolak ke lubang besar ini , lalu ditembak.

"Oikkkk.....Oikkkkkkk"

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang. Berakhir wabak penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 100 mangsa ini.

Selepas beberapa tahun kemudian, belum lagi ada wabak nipah Di Malaysia. Namun, tiada siapa berani kata ianya tidak akan muncul lagi. Pada tahun 2015, WHO telah menyenaraikan Wabak Nipah antara wabak-wabak yang berpotensi untuk muncul semula akan datang. Moga kita dijauhkan dari wabak ini.


Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook page )


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan