Personal coaching Kursus Asas Komputer serta Kursus Bina Dan Selenggara Blog

 


[ BACA DAN FAHAMKAN SEMUA MAKLUMAT INI SEBELUM HANTAR MESEJ KEPADA SAYA ]

Belajar komputer jangka pendek secara "personal coaching" sama ada dengan bersemuka di rumah peserta atau secara dalam talian. ( musim PKP belajar bersemuka tidak dapat dibuat )

Kursus yang disediakan adalah "Kursus Asas Komputer" dan "Kursus Bina & Selenggara Blog".

Jika ingin belajar secara bersemuka iaitu saya datang mengajar di rumah peserta, harganya RM280.00 sahaja untuk Kursus Asas Komputer atau Kursus Bina & Selenggara Blog. Jangka masa belajar antara 5 atau 6 jam sahaja. LOKASI YANG TERMASUK DALAM PERKHIDMATAN INI IALAH DI KAWASAN TERTENTU DI MELAKA, NEGERI SEMBILAN, KUALA LUMPUR & SELANGOR.

JIKA BELAJAR SECARA DALAM TALIAN, harganya ialah RM200.00 sahaja untuk setiap satu kursus. Ia untuk semua lokasi di Malaysia.

#belajarkomputer #kursusasaskomputer #kursusbinadanselenggarakomputer #personalcoaching #belajardalamtalian


Permulaan jenama Kicap Kipas Udang : Zara Foodstuff Industries

Sejarah kejayaan kicap jenama Cap Kipas Udang bermula kurang lebih 31 tahun lalu apabila pengasanya Datuk Haji Lambak Mohamad memulakan perniagaan beliau dengan menubuhkan Zara Food Industries  ( kini dikenali sebagai Zara Foodstuff Industries ), mengeluarkan kicap secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar bandar Johor Bahru, Johor.

Bermula dengan modal RM40,000, beliau berusaha memastikan jenama Kicap Kipas Udang diterima rakyat Malaysia. Kini jenama ini telah berada di setiap dapur rakyat Malaysia. Kawalan mutu produk yang baik serta komitmen pekerja-pekerja yang tinggi, kini produk tersebut telah mencatat jualan bulanan lebih dari RM150,000.

Keuntungan syarikat digunakan untuk perbelanjaan  promosi termasuk promosi di televisyen dan media cetak serta penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaikkan kualiti produk beliau. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut iaitu penutup botol kicap yang semakin baik dan selamat dari dimasuki serangga.

Kini, jualan  Kicap Kipas Udang berjumlah lebih RM6 Juta sebulan serta beliau telah kembangkan kepada kepelbagaian produk makanan seperti sos, kaya dan lain-lain. Jenama Kipas Udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah lebih RM82juta setahun, syarikat ini telah maju setapak lagi dengan pembinaan bangunan syarikat yang bernilai RM35 juta di kawasan perindustrian Larkin.

Alamat laman sesawang : http://zarafood.com.my/ 

( anda juga boleh memesan keluaran khas produk-produk dari koleksi yang sedia ada sebagai "freegift" atau "doorgift" untuk pelbagai majlis keraian )

Kesan Covid 19 pada deria rasa dan bau pada manusia

 

Antara gejala-gejala jangkitan covid-19, hilang deria bau dan rasa merupakan antara ciri ciri unik bagi Covid. 

Menurut individu yang telah melalui pengalaman dijangkiti, mereka tidak dapat menghidu sebarang bau sama ada bau wangi (sabun, perfume) , bau busuk (najis, sampah) atau bau makanan yang biasa dinikmati. 

Gejala hilang deria bau ini bukan akibat hidung tersumbat atau selsema, tetapi akibat sel yang berfungsi untuk mengesan bau (olfaktori) telah terjejas akibat jangkitan covid. 

Situasi hilang deria bau mungkin mencetus panik dikalangan pesakit kerana ini sesuatu perkara baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk mencegah deria bau dari hilang dan rawatan untuk mengembalikan deria bau. 

Kebanyakan kes akan perlahan lahan sembuh dalam tempoh 1-3 minggu selepas jangkitan. Data semasa juga menunjukkan individu yang mengalami gejala ini biasanya golongan muda berusia 20-39 tahun dan mempunyai gejala yang lebih ringan. 
.
Walaupun ia hanya hilang deria bau, ia suatu perkara yang mengganggu emosi pesakit kerana menjejaskan selera makan dan hilang nikmat untuk menghidu.

Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook )


Jaga bahasa - jadilah tauladan yang baik kepada anak-anak

Seawal usia 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhati, mendengar dan meniru percakapan kita tanpa kita sedari.

Gunakanlah bahasa yang baik baik, walau dalam situasi marah dan tertekan kerana ada telinga dan mata kecil yang sedang memerhati anda.

Kredit : Public Health Malaysia

Cuaca buruk di beberapa negeri dijangka sehingga Selasa depan

Pada 7 Januari 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Selasa depan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga hari ini.

"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu.


Kredit : Harian Metro

Pesakit wabak Covid 19 telah lari dari Hospital Tampin

Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember 2020.

Pesakit berkenaan, M. Gunasegaran, 33, dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.

“Polis menerima laporan dari penyelia Hospital Tampin, yang telah dimaklumkan oleh ketua jururawat bahagian wad Covid-19 (Wad 2C) seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad 2C.

“Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,”.

Anuwal berkata, pesakit tersebut juga adalah bekas banduan dari Penjara Jelebu. Menurutnya, usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

“Kerjasama dan maklumat daripada orang awam adalah diperlukan. Jika terkesan atau terjumpa subjek, sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Tampin di talian 06-4411222.

Pesakit berkenaan telah memotong gelang pengawasan yang dipakai bagi mengelakkan dirinya dikesan. Orang awam juga boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyalurkan maklumat. 


Kredit : 

- Utusan Online

- Sinar Harian

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan