𝗦𝗸𝗲𝘁𝘀𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 : kalahnya Malaysia di kaki Thailand 😕

Malaysia gagal ke perlawanan peringkat akhir dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 dengan agregat 3 berbalas 1 pada Thailand di Stadium Thammasat, Bangkok, Thailand. Perlawanan berkenaan berlangsung pada 10 Januari 2023, jam 8.30 malam, waktu Malaysia.

Namun disamping kekalahan ini, kita perlu juga dilihat semula pada perkara yang berlaku sebelumnya iaitu tatkala Tunku Ismail selaku pemilik JDT tidak memberi kebenaran kepada pemain pasukan bola sepaknya untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.


𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗝𝗗𝗧
- Segelintir orang bising suruh beri peluang pada pemain lain yang berbakat, asyik-asyik JDT je yang ramai


- Kemudian, Tunku Ismail pun tidak beri pelepasan pada pemain JDT bagi memenuhi permintaan segelintir orang itu

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗝𝗗𝗧 ( kecuali Safawi , status dia sebagai pinjaman ke kelab siam ) :


- Cayalah....Tengok tanpa pemain JDT pun Malaysia boleh menang...

𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 :

- Segelintir itu berkomen : "Itu je kualiti pemain Malaysia ?"

𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 :

1) Tunku Ismail ingin menunjukkan Malaysia masih ada bakat bola sepak yang berpotensi untuk diasah secara berterusan

2) Ia adalah proses pembelajaran dan latihan berterusan dengan displin pemain dan pengurusan yang tidak culas

3) Jika Malaysia layak ke peringkat akhir AFF Mitsubishi Cup 2022, nanti ada yang kata " tengok tanpa pemain JDTpun kita boleh berjaya " ( dengan nada takbur/sombong ).

Maka Allah SWT menyelamatkan kelompok ini dari berkata demikian dan menunjukkan bahawa, nak berjaya kena berada dalam satu saf yang sama, bak kata Wonder Pet : "Apa yang penting.....? KERJASAMA !!!

𝗔𝗙𝗙 𝗠𝗶𝘁𝘀𝘂𝗯𝗶𝘀𝗵𝗶 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗖𝘂𝗽 𝟮𝟬𝟮𝟮 : Separuh Akhir Kedua - Thailand lawan Malaysia - | 10 Januari 2023

 

Separuh Akhir 2, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 berlangsung pada Selasa, 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat, Bangkok, 8.30 malam ( waktu Malaysia ).

KEPUTUSAN PERLAWANAN

THAILAND 🇹🇭 (2) 3 🆚️ 0 (1) 🇲🇾          MALAYSIA
19' Teerasil Dangda ( Thailand )
55' Bordin Phala ( Thailand )
70' Adisak Kraisorn ( Thailand )


* Thailand memenangi perlawanan ini dengan agregat 3 berbalas 1 dari Malaysia

#mitsubishicup2022

𝗔𝗙𝗙 𝗠𝗶𝘁𝘀𝘂𝗯𝗶𝘀𝗵𝗶 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗖𝘂𝗽 𝟮𝟬𝟮𝟮 : Separuh Akhir Pertama - Malaysia lawan Thailand - | 7 Januari 2023

Separuh Akhir 1, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 berlangsung pada Sabtu, 7 Januari 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 8.30 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


MALAYSIA 🇲🇾 1 - 0 🇹🇭 THAILAND
11' Faisal Halim ( Malaysia )


#mitsubishicup2022

𝐊𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝗣𝗶𝗮𝗹𝗮 𝗔𝗙𝗙 𝗠𝗶𝘁𝘀𝘂𝗯𝗶𝘀𝗵𝗶 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰 : Malaysia lawan Singapura - | 3 Januari 2023

Pengadil : Mohammed Al Hoaish ( Arab Saudi )
 

Perlawanan terakhir Kumpulan B, Malaysia bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa, 3 Januari 2023, 8.30 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

MALAYSIA 🇲🇾 4 - 🇸🇬 1 SINGAPURA
35' Darren Lok ( Malaysia )
50' Stuart John Wilkin ( Malaysia )
54' Stuart John Wilkin ( Malaysia )
85' Faris Ramli ( Singapura )
89' Sergio Aguero ( Malaysia )


#affmitsubishielectriccup2022


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan