Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan : MALAYSIA 🇲🇾 lawan 🇧🇳 BRUNEI | 27/05/2022

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1

Ayuh Malaysia ! 🇲🇾 

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bertemu Brunei pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Mei 2022, Jumaat, jam 9.00 malam sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


MALAYSIA 🇲🇾  4 - 0 🇧🇳 BRUNEI
16' ⚽ Syafiq Ahmad [ Malaysia ]
45' ⚽ Syamer Kutty [ Malaysia ]
58' ⚽ Faisal Halim [ Malaysia ]
83' ⚽ De Paula [ Malaysia ]





#FAM #HarimauMalaya #ayuhmalaysia


JOM BELAJAR KOMPUTER DI RUMAH






Bilakah boleh lihat "RAJA" baharu Liga Super Malaysia?


Segelintir orang di Malaysia sama ada pengikut sukan bola sepak Malaysia ataupun tidak, mereka memandang sepi dan negatif apabila Kelab Bola Sepak JDT membuat pelbagai usaha untuk membangunkan sebuah kelab bola sepak yang profesional pada masa kini.

Penguasaan JDT dalam Liga Malaysia bukannya bermula sekelip mata. Ia mengambil masa hampir 9 tahun untuk mencapai segala apa yang dilihat ada pada hari ini.  Ia berhasil adalah dari usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak culas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Penswastaan pasukan atau kelab bola sepak di dalam Liga Malaysia telah lama bermula namun kebanyakkan pasukan lain pada awal saranan FAM untuk persatuan bola sepak berubah kepada kelab swasta dipandang sepi dan ditangguh-tangguh perlaksanaannya. Banyak ketirisan serta keculasan dalam pengurusan kewangan berlaku dalam persatuan bola sepak sehingga masalah pembayaran gaji masih ada kedengaran tatkala Liga Malaysia sudah lama masuk ke era profesional.

Jawapan kepada persoalan "bila kita dapat melihat raja baharu Liga Super Malaysia?" ialah jika semua kelab bola sepak diurustadbir dengan telus, jujur dan bersungguh-sungguh tanpa campurtangan orang politik atau tidak membawa budaya politik kotor ke dalam kelab bola sepak, nescaya ia mampu menjadikan mutu bola sepak sebaik atau lebih dari apa yang dilakukan oleh Tunku Ismail Idris ( Tunku Mahkota Johor ) di Kelab Bola Sepak JDT.  Masa itulah kita dapat lihat "raja baharu" Liga Super Malaysia !










Malaysia B23 lawan Indonesia B23 - Sukan SEA Vietnam 2021

 

Perlawanan Bola Sepak Lelaki, penentuan tempat ke-3 dan ke-4, Sukan SEA Hanoi Vietnam 2021 yang melibatkan pasukan bola sepak Malaysia B23 menentang Indonesia B23 berlangsung pada 22 Mei 2022, 4.45 petang.

Saksikan siaran langsung di TV Okey 146 Astro, 110 Myfreeview dan Saluran Sukan RTM, 111 Myfreeview. 

Saksikan juga Penstriman Langsung di RTMKLIK. @tv_okey

KEPUTUSAN PENUH
Penentuan Penalti


Malaysia B23 1 - 1 Indonesia B23
68' Ronaldo Joybera Kwateh ( Indonesia B23 
81' Hadi Fayyadh ( Malaysia B23 )


* Indonesia B23 berjaya memenangi perlawanan ( pingat gangsa ) dengan jaringan penalti 4 berbalas 3 dari Malaysia



#sukanrtm #sukanuntuksemua #myfreeview110 #temansetiaanda #rtmklik #lindungdirilindungsemua #ayuhmalaysia #lawantetaplawan #yakinirakyat #sukansea2021






Tok Singa akan merawat Ustaz Kazim


Insya Allah jika tidak ada rintangan, esok (Ahad, 22 Mei 2022) seorang pengamal perubatan secara Islam yang dikenali sebagai Tok Singa akan pergi ke pondok Ustaz Kazim yang diketahui umum telah menghidapi penyakit misteri-mistik.

Tok Singa memohon agar rakyat Malaysia yang beragama Islam mendoakan agar usahanya merawat Ustaz Kazim berjalan lancar dan sempurna.

Berikut adalah antara ramuan untuk ikhtiar dalam merawat Ustaz Kazim :

• sireh merah gunung jerai 
• sireh hijau gunung jerai 
• pasir putih gunung jerai 
• tanah liat putih gunung jerai

( Ramuan ini dikhabarkan oleh Tok Singa diambil sendiri oleh Tuan Guru Ayah Tuah Jani ) 





PERKEMBANGAN TERKINI
( 22/05/2022 )


Tarikh Tok Singa untuk pergi ke tempat Ustaz Kazim telah bertukar atas sebab tertentu.










Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki - Sukan SEA 2021 : Vietnam B23 lwn Malaysia B23

 


Perlawanan Separuh Akhir | Khamis, 19 Mei 2022

⚽ Bola Sepak Lelaki • Sukan SEA 2021
🕗 8.00 malam
🏟 Stadium Viet Tri, Vietnam


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


 🇻🇳 VIETNAM B23 1 - 0 MALAYSIA B23  🇲🇾

111' Tien Linh Nguyen [ Vietnam B23 ]




#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021





XOX Pro Sport Sdn Bhd beli saham Perak FC pada harga RM1

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua dari kiri) bersama pengurusan menyaksikan aksi Perak FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. - FB Perak FC 


KUALA LUMPUR : Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.

XOX berkata pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kumpulan untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.

"Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM1 telah dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun 2021, kesukaran operasi, dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021.

"Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024," katanya. - BERNAMA


Liga Super Malaysia - 18 Mei 2022 : JDT lwn Sri Pahang

 


Hanya ada satu perlawanan Liga Super Malaysia pada 18 Mei 2022 iaitu melibatkan JDT melayan kunjungan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim ( Johor Bahru ). Perlawanan ini berlangsung pada jam 8.15 malam.


 💥 KEPUTUSAN PENUH 💥
        


Johor Darul Ta'zim 2 - 2 Sri Pahang FC

17' Bergson [ JDT ]
38' Saiful [ Sri Pahang ]
42' Hidalgo - penalti [ Sri Pahang ]
88' Bergson - penalti [ JDT ]




#LigaSuper2022






Jalan runtuh di Tuaran, Sabah

 


Tuaran, Sabah : Orang awam yang menggunakan Jalan Kiulu - Rondogung menghala Ranau disarankan mengikuti laluan alternatif di Jalan Tamparuli- Ranau selepas runtuhan tebing menghubungkan Kampung Lokos dan Kampung Pahu, Kiulu pada 17 Mei 2022.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang berkata, lokasi Jalan Pukak - Pahu - Nulu di Kilometer 19.2 itu ditutup pada 12 tengah malam tadi selepas pihaknya menerima aduan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, pada 13 Mei lalu, berlaku runtuhan kecil di tebing laluan berkenaan selepas hujan berterusan sebelum satu arah laluan ditutup.

Kira-kira 5 petang 17 Mei itu, sekali lagi runtuhan berlaku di lokasi sama menyebabkan kedua-dua arah laluan ditutup atas faktor keselamatan pengguna.

Menurutnya, penduduk di sekitar lokasi juga boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tomis Tiong - Lokos dan Jalan Bundu Tuhan.

"Kon keselamatan dan papan tanda bahaya dengan pantulan cahaya turut disediakan sebagai persediaan kerja-kerja penyelenggaraan."

"Pengguna diminta mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sehubungan itu, JKR dengan kerjasama syarikat konsesi akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.



Kredit :
• My Metro

Keputusan Liga Super Malaysia : 17 Mei 2022

 

Berikut di bawah adalah keputusan semasa perlawanan Liga Super Malaysia yang diadakan pada 17 Mei 2022. 

Perlawanan antara Sarawak United dan KL City bermula awal iaitu pada 8.15 malam, manakala pertembungan antara KDA FC dan NSFC serta Penang FC dan Sabah FC bermula pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PENUH


KDA FC 0 - 0 NSFC



Penang FC 2 - 4 Sabah FC

22' Baddrol Bakhtiar [ Sabah FC ]
52' Saravanan Tirumurugan [ Penang FC ]
58' Jackson [ Sabah FC ]
61' Baddrol Bakhtiar  [ Sabah FC ]
66' Stuart Wilkin  [ Sabah FC ]
76' Hilal El-Helwe [ Penang FC ]


Sarawak United 1 - 2 KL City

15' Chanturu [ Sarawak United ]
36' Paulo Josue [ KL City ]
89' Janasekaran Partiban [ KL City ]




Keputusan Bola Sepak Lelaki : Sukan SEA 2021 - Malaysia B23 lwn Kemboja B23

 


⚽  Hari perlawanan ke 5 acara Bola Sepak Lelaki, Sukan SEA 2021 yang dijalankan pada hari Isnin, 16 Mei 2022 antara Malaysia bawah umur 23 tahun bertemu Kemboja bawah umur 23 tahun.

🕔 5.00 petang
🏟 Stadium Thien Truong, Vietnam
📺 Siaran langsung di TV Okey, Sukan TV RTM dan Astro Arena Saluran 801 


KEPUTUSAN PENUH


MALAYSIA B23 🇲🇾  2 - 2  🇰🇭 KEMBOJA B23

⚽️ Hadi Fayyadh 51’ (Penalti), 67’
⚽ Choun Chanchav 45’+1 (Penalti), Ky Rina 60’



#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021


Negeri Melaka diikhtiraf sebagai "Walkable City"

 


Melaka kini berada pada tangga pertama dalam negara selepas dinobatkan sebagai ‘Walkable City’ oleh Walk Score, baru-baru ini.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kejayaan itu merupakan satu pencapaian baharu Melaka yang tidak putus mempromosikan pelancongan negeri menerusi pensijilan dan piawaian ditetapkan.

Ujarnya, rentetan kejayaan itu pelbagai tarikan akan naik taraf di sepanjang Sungai Melaka sekali gus menyemarakkan semula destinasi terbabit bagi menggamit pelancong ke negeri ini.
“Kita bersyukur setelah Melaka menerima pengiktirafan ini sebagai bandar yang mesra dengan laluan pejalan kaki.

“Ia akan ditambah baik dengan pelbagai tarikan baharu seperti trek joging dan sebagainya yang dijadualkan akan disiapkan Julai depan sudah pasti menjadi tumpuan pelancong yang datang di sepanjang Sungai Melaka,” katanya.


Kredit :

• @melakahariini

• Hmetro

Titik panas kemalangan di lebuhraya PLUS



Hotspot ini melibatkan kemalangan dan kematian disebabkan kenderaan berat yang kerap. Sekitar Terowong Manora juga termasuk di dalam senarai hotspot.

Lebih malang, pengguna kenderaan berat hanya 9%, namun kemalangan maut melibatkan kenderaan berat hampir mencecah 50%.

Terbaharu kematian 5 pelajar USAS menyayat hati kita. Pihak Bomba menyatakan kesukaran untuk akses kepada kawasan kemalangan yang jauh, kesesakkan dan juga kekurangan sumber air dan tiada pili air.

Tindakan bersepadu yang segera daripada pihak kerajaan, konsesi dan pihak berkepentingan lain diperlukan dalam mencegah kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat.

Bahagian Utara

KM 104.4–109.0 
KM 125.7–131.0
KM 143.0–148.3
KM 228.0–234.5
KM 256.1–259.0
KM 263.1–268.4
KM 292.0–297.1 
KM 307.8–313.0 
KM 381.9–385.5
KM 443.0–449.4
KM 454.3–458.9

Bahagian Selatan

KM 280.9–285.5
KM 271.0–275.5 
KM 243.6–246.9 
KM 229.4–234.4 
KM 218.9–223.3 
KM 195.0–197.7 
KM 145.6–149.4 
KM 123.6–126.5
KM 81.0–83.0
KM 25.5–30.6 
KM 12.6–17.6

^ Manap, Norhafizah, et al. "Identification of hotspot segments with a risk of heavy-vehicle accidents based on spatial analysis at controlled-access highway." Sustainability 13.3 (2021): 1487.

* Confused study
** Zutobi data





Keputusan Piala FA : 14 Mei 2022



KEPUTUSAN PENUH


Melaka United 2 - 1 PJ City
11' Sony Norde [ Melaka United ]
50' Darren Lok [ PJ City ]
55' Adriano [ Melaka United ]


Perak FC 1 - 4 Penang FC
10' Hilal El-Helwe - penalti [ Penang FC ]
29' Yusni [ Penang FC ]
69' Aqil Hilman [ Perak FC ]
90' Hilal El-Helwe [ Penang FC ]
90' + 2' Abdul [ Penang FC ]


JDT 3 - 0 Sarawak United
6' Nazmi Faiz [ JDT ]
15' Fernando Forestieri [ JDT ]
43' Fernando Forestieri [ JDT ]


Sri Pahang 3 - 0 Skuad Projek FAM - MSN
5' Mahmoud Saleem [ Sri Pahang ]
28' Mahmoud Saleem [ Sri Pahang ]
90' Mohd Shahrul [ Sri Pahang ]



* Melaka United, Penang FC, JDT dan Sri Pahang telah layak ke peringkat Suku Akhir Piala FA Malaysia 2022




Keputusan perlawanan Bola Sepak Lelaki, Kumpulan B - Sukan SEA 2021 : Singapura dan Malaysia



Hari Perlawanan 4 | Sabtu, 14 Mei 2022

Bola Sepak Lelaki • Sukan SEA 2021

⚽ SINGAPURA B23 🇸🇬 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA B23

🕔 5.00 petang

🏟 Stadium Thien Truong, Vietnam

📺 Siaran langsung di @tv2_rtm, @sukantv_rtm dan @ASTROARENA Saluran 801


KEPUTUSAN PENUH



B23 🇸🇬  SINGAPURA 2 - 2 MALAYSIA  🇲🇾 B23

4' Luqman Hakim [ Malaysia B23 ]
7' Shah Shahiran [ Singapura B23 ]
78' Harhys Stewart [ Singapura B23 ]
82' Muhammad Faiz [ Malaysia B23 ]


#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021




Keputusan Liga Super Malaysia : 11 Mei 2022

 

Berikut di bawah adalah keputusan semasa perlawanan Liga Super Malaysia yang diadakan pada 11 Mei 2022. 

Perlawanan antara Sri Pahang dan Sarawak United bermula awal iaitu pada 8.15 malam, manakala pertembungan antara NSFC dan JDT bermula pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PENUH


NSFC 0 - 1 JDT

90' + 11' Fernando Forestieri [ JDT ]



Sri Pahang 1 - 2 Sarawak United

45' + 3' Federico Hildalgo ( Sri Pahang )
55' Shamie Nur Iszuan ( Sarawak United )
73' Uche Agba ( Sarawak United )


Keputusan perlawanan Kumpulan B, Bola Sepak Sukan SEA 2021: Malaysia B23 lawan Laos B23

 

Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Malaysia B-23

Sukan SEA 2021 | Rabu, 11 Mei 2022


⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇱🇦 LAOS

🕗 8.00 malam

🏟 Stadium Thien Truong, Vietnam


KEPUTUSAN PERLAWANAN



MALAYSIA 🇲🇾  3 - 1  🇱🇦 LAOS

36' Luqman Hakim [ Malaysia ]
43' Syahir Bashah [ Malaysia ]
68' Luqman Hakim [ Malaysia ]
85' Visith Bounpaserth ( Laos )


#malaysia #FAM #HarimauMalaya #seagame2021

Keputusan Liga Super Malaysia : 10 Mei 2022

 


Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia - 10 / 05 / 2022


Petaling Jaya City 3 - 3 KDA FC

20' Ronald Ngah [ KDA FC ]
29' Darren Lok [ Petaling Jaya City ]
32' Ronald Ngah [ KDA FC ]
65' Ronald Ngah [ KDA FC ]
77' Mahali Jasuli  [ Petaling Jaya City ]
82' Khyril Muhymeen [ Petaling Jaya City ]


Kuala Lumpur City 3 - 2 Penang FC

43' Janasekaran Partiban [ Kuala Lumpur City ]
55' Romel Morales [ Kuala Lumpur City ]
78' Zhafri Yahya [ Kuala Lumpur City ]
80' Endrick dos Santos [ Penang FC ]
87' Hilal El - Helwe 
[ Penang FC ]



Alina Fazleeva bergambar telanjang di bawah pokok purba di Bali

 

Influencer yoga berbogel di sebuah pokok purba di Bali, Indonesia

Seorang influencer yoga dari Rusia iaitu Alina Fazleeva, dikenali sebagai Alina Yoga oleh ribuan pengikutnya sedang melihat kemungkinan dikenakan hukuman penjara enam tahun dan denda yang tinggi dikenakan padanya selepas bergambar bogel di bawah pokok suci di Bali.

Bintang Instagram berkenaan berdiri telanjang ketika dia bersandar pada pokok dalam suatu gambar latar yang cantik, sebelum beliau berkongsi imej kontroversi itu dalam talian.

Wanita cantik dari Rusia itu, yang mempunyai lebih 16,000 pengikut di Instagram, mungkin menghadapi tuduhan pornografi selepas usahawan Bali iaitu Niluh Djelantik melihat imej itu dan meminta pihak berkuasa tempatan untuk campur tangan, menurut laporan.




Niluh Djelantik berkata pokok itu berusia 700 tahun, dikenali sebagai kayu putih. Ia terletak di Kuil Babakan di Kabupaten Tabana. Memandangkan pokok gergasi itu dianggap suci kepada penduduk tempatan, imej bogel itu menimbulkan kemarahan dan Encik Djelantik berkata pegawai imigresen sedang menjejaki influencer yoga itu.

Jika sabit kesalahan, dia akan dikenakan denda $95,543 dan enam tahun penjara di bawah Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (ITE) yang keras di negara itu, menurut laporan.

Pada suatu perkembangan terkini, Alina dilaporkan telah memadamkan gambar kontroversi berikutan tindak balas yang diterimanya dan sejak itu telah mengeluarkan permohonan maaf dalam video di halaman media sosialnya.

"Saya memohon maaf kepada semua orang Bali dan Indonesia, saya menyesali tindakan saya," katanya dalam video itu.

Permohonan maaf itu dirakamkan di pokok keramat, dalam keadaan berpakaian lengkap. Dia kelihatan tunduk di hadapan pokok itu sambil berdoa.

"Saya sangat malu, saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan awak dalam apa cara sekalipun, sama sekali tidak mengetahui tempat ini," sambungnya.

"Saya hanya berdoa di bawah pokok dan terus ke balai polis untuk menjelaskan kejadian ini dan memohon maaf."

Jurucakap Polis Tabanan Ranefli Dian Candra mengesahkan Alina telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa dan kes itu akan terus diproses.

Mereka tidak menyebut hukuman apa yang mungkin akan dihadapinya.




Result for Malaysia Super League : Saturday , 7 May 2022

 


KEPUTUSAN PERLAWANAN


Kuala Lumpur City 1 - 2 Sri Pahang
32' Mohd. Nor Azam ( Sri Pahang )
78'  ( Sri Pahang )
86' Paulo Josue ( Kuala Lumpur City )


#ligasupermalaysia2022




Keputusan perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia : Sukan SEA 2021

Perlawanan 1 | Sabtu, 7 Mei 2022

Bola Sepak Lelaki U23 • Kumpulan B • Sukan SEA 2021


⚽ THAILAND 🇹🇭 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA

🕗 8.00 malam ( waktu Malaysia )

🏟 Stadium Thien Truong, Vietnam

📺 Siaran langsung di TV Okey dan Astro Arena Saluran 801 

Pasukan bola sepak U23 Malaysia mula berjuang pada kejohanan SEA Games 2021 tanpa membawa seorang pun pemain senior mereka.

Seperti diketahui, setiap peserta SEA Games 2021 acara olahraga sepak bola boleh membawa maksimum tiga pemain senior untuk dimasukan ke dalam skuad.

Namun, ketua jurulatih Malaysia U23, Brad Maloney, tetap optimistis mampu bersaing di SEA Games 2021.

Pasukan Malaysia akan berentap dalam satu kumpulan dengan Thailand, Singapura, Laos, dan Kamboja.




KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN


THAILAND 🇹🇭 1 - 2 🇲🇾 MALAYSIA

33' Patrick Gustavsson [ Thailand ]
61' Danial Asri [ Malaysia ]
90' + 4' Azfar Fikri [ Malaysia ]


#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021

Malaysia Super League : Friday , 6 May 2022

KEPUTUSAN PENUH



Sarawak United 1 - 2 Negeri Sembilan FC
51' Boris Kok ( Sarawak United )
65' Herold Goulon ( Negeri Sembilan FC )
70' Alves Leandro Matheus ( Negeri Sembilan FC )


KDA FC 2 - 3 Melaka United
20' Ronald Ngah ( KDA FC )
23' Ifedayo Olusegun ( Melaka United )
37' Syafiq Ahmad ( KDA FC )
78' Emmanuel Oti ( Melaka United )
90' + 2'  Ifedayo Olusegun ( Melaka United )




Katanya nak layan tetamu di rumah rupanya layan lelaki lain di luar

 

Seorang pemuda kecewa melihat kekasihnya keluar bersama lelaki lain sedangkan ketika dihubungi dia memaklumkan sedang sibuk membantu ibunya meraikan tetamu yang hadir beraya ke rumah.

Menerusi rakaman yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, dapat dilihat pemuda berkenaan menelefon kekasihnya dan bertanya tentang keberadaannya ketika itu untuk melihat kejujuran gadis tersebut.

“Hello sayang, ada dekat mana,” tanya pemuda tersebut.

Namun, jawapan yang diberikan kekasihnya amat mengejutkan dan menyebabkan pemuda tersebut menitiskan air mata saat melihat orang yang disayangi keluar bergembira bersama lelaki lain.

“Ada dekat rumah, tengah tolong mak, ada saudara nak datang raya, ramai betul,” jawab gadis berkenaan.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berduka melihat kesedihan pemuda tersebut kerana telah ditipu kekasihnya.

Sementara itu, ada yang tetap memberikan kata-kata semangat dan meminta pemuda itu meninggalkan gadis tersebut kerana dengan jelasnya dia tidak bersikap jujur dalam perhubungan mereka.

“Tinggalkan sahaja perempuan macam itu, terang-terang dia tipu kau, buat apa setia, kalau dia sendiri tak tahu hargai,” pesan Amiruddin.

“Kenapa tak cakap sahaja saya ada di rumah awak ini, tengok apa pula dia nak cakap,” ujar Fieza.

“Tabah lah abang, mungkin dia bukan jodoh yang baik, sebab itu Allah tunjukkan perkara ini jadi depan mata kau, harap kau boleh nilai cinta dia lepas ini, ikhlas atau sebaliknya,” kata Fad Ali. 

Kredit – KOSMO! ONLINE & Tiktok  @haidar






Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan