Malaysia melarang kapal dari Israel berlabuh di mana-mana tempat di Malaysia

 

Kenyataan Media Perdana Menteri Malaysia pada 20 Disember 2023 mengenai kapal penghantaran barangan yang berpangkalan di Israel :

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.

Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM



Pemergian Dato' Muhammad Daud bin Kilau

 

BAGAN DATOH, 18 Disember - Penyanyi legenda, Datuk Dato' Muhammad Daud bin Kilau ( M. Daud Kilau ) meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, pada pukul 4.46 petang.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, berusia 52 tahun yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Menurut Zaini, ayahnya dimasukkan ke hospital selepas keadaannya tidak stabil akibat penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.

Awalnya, doktor mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki Allahyarham namun terbatal kerana tekanan darah tidak stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak, pada 19 Disember 2023.

Keputusan Liga Super : 17 Disember 2023

 

Empat perlawanan terakhir Liga Super berlangsung pada tarikh 17 Disember 2023 yang melibatkan pasukan NSFC bertemu Kuching City FC, Sabah FC bertemu KDA FC, Selangor FC menentang PDRM FC serta Terengganu FC bertemu Perak FC.

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


🏟️ Stadium Tuanku Abdul Rahman (9.00 malam)

NSFC FC 1 - 4 Kuching City FC

4'   Muhammad Shahrel Fikri ( NSFC )
44' Bruno Dybal ( Kuching City FC )
48' Yuki Tanigawa ( Kuching City FC )
55' Pedro Henrique ( Kuching City FC )
73' Bruno Dybal ( Kuching City FC )


🏟️ Stadium Likas (9.00 malam)

Sabah FC 2 - 0 KDA FC

7'    Irfan Fazail ( Sabah FC )
42'  Ramon ( Sabah FC )



🏟️ Stadium MBPJ (9.00 malam)

Selangor FC 3 - 1 PDRM FC

36'  Faisal Halim [ penalti ] ( Selangor FC )
45'  Brendan Seng Ling Gan ( Selangor FC )
71'  Fadi Mahmoud Awad Saleh ( PDRM FC )
88'  Richmond Boakye ( Selangor FC )


🏟️ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (9.00 malam)

Terengganu FC 3 - 0 Perak FC

7'    Ivan Mamut ( Terengganu FC )
17'  Engku Muhammad Nur Shakir ( Terengganu FC )
81'  Nor Hakim ( Terengganu FC )



Ibnor Riza bin Ibrahim meninggal dunia

 


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali 🤲🏻

Salam takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi popular era 1980-an, Allahyarham Ibnor Riza. Beliau meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), pada jam 3.30 petang, 17 Disember 2023.

Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama. 

Pada 16 Disember 2023, beliau dilaporkan kritikal dan masih ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember 2023.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin🤲🏻

#ibnorriza

Keputusan Liga Super : 16 Disember 2023

 
Tiga perlawanan berlangsung pada tarikh 16 Disember 2023 yang melibatka  pasukan JDT bertemu Penang FC, Kelantan FC bertemu Kelantan United serta KL City FC bertemu Sri Pahang FC.

Perlawanan antara JDT dan Penang FC diadakan lebih awal iaitu pada pukul 5.30 petang. Perlawanan lain berlangsung pada pukul 9.00 malam.


KEPUTUSAN  PERLAWANAN


🏟️ Stadium Sultan Ibrahim (5.30 petang)

JDT 8 - 0 Penang FC

5'         Arif Aiman [ JDT ]
17'       Bergson da Silva [ JDT ]
33'       Bergson da Silva [ JDT ]
41'       Muhammad Akhyar Abdul Rashid [ JDT ]
43'       Heberty [ JDT ]
47'       Arif Aiman [ JDT ]
52'       Arif Aiman [ JDT ]
90'+6'  Arif Aiman [ JDT ]


🏟️ Stadium Sultan Mohammad IV (9.00 malam)

Kelantan FC 2 - 6 Kelantan United 

13'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
26'         Afif Jazimin [ Kelantan United ]
29'         Hafiy Haikal [ Kelantan United ]
49'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
60'         Ismahil Akinade [ Kelantan United ]
75'         Selvakumaran Sharvin [ Kelantan United ]
90' + 2'  Royizzat Daud [ Kelantan United ]
90' + 4'  Indra Putra Mahayuddin [ Kelantan United ]


🏟️ Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (9.00 malam)

KL City FC 0 - 0 Sri Pahang FC



Keputusan perlawanan Akhir Piala Malaysia : 8 Disember 2023

 

Keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada hari Jumaat, 8 Disember 2023, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT 3 - 1 Terengganu FC
6'         Bergson da Silva ( JDT )
21'       Ivan Mamut ( Terengganu FC )
73'       Feroz Baharudin ( JDT )
90'+4'  Arif Aiman ( JDT )


#pialamalaysia2023 #malaysiacup

Urusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di UTC Melaka


Khusus untuk orang Melaka terutamanya di sekitar Banda Melaka dan kawasan Ayer Keroh yang ada urusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Nak pergi JPJ Bukit Katil tapi ramai orang. Apa kata anda pergi ke JPJ Cawangan UTC Melaka 🏃‍♂️🏃‍♂️🏃‍♂️. 


Dibuka setiap hari. Pada hari Isnin hingga Jumaat kaunter dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.30 malam. Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, kaunter dibuka dari 8:00 pagi hingga 4:30 petang.


📌 Antara senarai urusan yang ditawarkan di JPJ UTC 
MELAKA adalah seperti berikut :






#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaRESPONSIVE
#MalaysiaMadani
#VisitMelaka2024
#UTCMelaka

Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat ketika berbelanja dengan eMADANI


Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat’.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.  

Berikut merupakan aktiviti yang tidak boleh dibuat oleh penerima kredit eMADANI :

* Pemindahan ‘peer-to-peer’
* Penebusan tunai
* Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran fi berkaitan kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol
* Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
* Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian
Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas, dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, iaitu MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.


Kesimpulan

• eMadani boleh digunakan untuk membeli barangan secara fizikal di kedai yang ada menggunakan kod QR bagi urusan pembayaran.

BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK ( VAPE )


🚭 Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang  boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

🚬 Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut  yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).




Keputusan Liga Super : 23 November 2023

 

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia on telah berlangsung pada 23 November 2023. 

Hanya satu perlawanan berlangsung iaitu antara JDT menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor pada pukul 8.15 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT 2 - 0 Kuching City FC

34' Bergson [ JDT ]
43' Juan Muniz [ JDT ]



Chinese Taipei vs Malaysia • World Cup Qualification Asia ( second stage, group D ) - 21 November 2023

Kredit : Astro Arena Bola

Malaysia menentang Chinese Taipei dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 / Piala Asia 2027 pada tarikh 21 November 2023, jam 7.00 malam di Taipei Municipal Stadium.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


CHINESE TAIPEI 0 - 1 MALAYSIA
72' Darren Lok [ Malaysia ]



Kursus komputer jangka pendek di Kuala Lumpur dan Selangor

 

Program ini direka bagi membantu anda memperolehi asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dengan kos yang berpatutan dan belajar dalam keselesaan rumah peserta sendiri.

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep bimbingan peribadi (personal coaching) khusus untuk mereka yang :

  1. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  2. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah


Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan buat masa ini (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit ?. 

Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang ?.  

Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu ?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.

SILA HANTAR MESEJ MELALUI WHATSAPP UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KAWASAN ANDA BOLEH DIDATANGI PENGAJAR ATAU TIDAK DAN UNTUK MENEMPAH TARIKH BELAJAR




Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023

Kursus komputer jangka pendek di Negeri Sembilan

 

Program ini direka bagi membantu anda memperolehi asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dengan kos yang berpatutan dan belajar dalam keselesaan rumah peserta sendiri.

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep bimbingan peribadi (personal coaching) khusus untuk mereka yang :


  1. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  2. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah


Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan buat masa ini (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit ?. 

Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang ?.  

Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu ?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.

SILA HANTAR MESEJ MELALUI WHATSAPP UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KAWASAN ANDA BOLEH DIDATANGI PENGAJAR ATAU TIDAK DAN UNTUK MENEMPAH TARIKH BELAJAR




Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023

Malaysia vs Kyrgyzstan • World Cup Qualification Asia ( second stage, group D ) - 16/11/2023

 

Malaysia menentang Kyrgyzstan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 pada tarikh 16 November 2023, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan dijangkakan orang ramai akan hadir untuk perlawanan itu, yang juga dijadikan sebagai perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2027.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

MALAYSIA 4 - 3 KYRGYZSTAN
7' - Dion Cools ( Malaysia )
42' - Kayrat Zhyrgalbek Uulu ( Kyrgyzstan )
44' - Ernist Batyrkanov ( Kyrgyzstan )
58' - Kai Merk ( Kyrgyzstan )
72' - Khristiyan Brauzman (gol sendiri untuk Malaysia)
77' - Dion Cools ( Malaysia )
90'+3' - Faisal Halim ( Malaysia )



Hukum melukis Kolam / Rangoli pada umat Islam



Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan yang dianjurkan oleh agama Hindu. Ini bererti ia bukan perayaan yang berasaskan kepada budaya masyarakat sesuatu bangsa, sebaliknya ia perayaan yang berasaskan anutan agama tanpa mengira apa jua bangsa yang menganutnya. Perayaan dalam sesebuah agama pula merujuk kepada ritual atau amalan tertentu yang dilakukan demi meninggikan syiar atau perlambangan sesebuah agama.


Mengenai Kolam atau Rangoli ia didapati telah wujud dalam tradisi agama Hindu sejak sekian lama. Bukti pertama ia terdapat dalam kesusasteraan Hindu adalah antara 50-400 Masihi di dalam kitab Kama Sutra oleh Vatsyayana yang disebut sebagai tndulkusumvlidikara. (Lihat History of the Rangavalli (Rangoli) Art – Between C. A. D. 50 and 1900, m. 241).


Merujuk kepada Kolam, ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan yang terdapat dalam perayaan Deepavali. Deepavali atau Divali dalam agama Hindu dikenali sebagai perayaan lampu dan dikaitkan dengan warna yang terang dan bercahaya. Bunga api yang berwarna-warni akan dipasang di seluruh kampung, bandar dan kota raya. Dalam perayaan tersebut, cahaya lilin akan menyinari sekitar rumah, pelbagai manisan akan disediakan dengan jumlah yang banyak, bertukar hadiah dilakukan dan amalan membuat Rangolis yang berkaitan langsung dengan perayaan ini.


Hukum jika umat Islam melibatkan diri dalam menghasilkan Kolam atau Rangoli


HARAM 

• melukis Kolam atau Rangoli dengan corak yang merujuk kepada dewa-dewi, mantra-mantra dan juga bermatlamatkan pemujaan dalam agama Hindu;


MAKRUH 

• terlibat dalam pertandingan atau aktiviti melukis Kolam atau Rangoli pada atau sempena musim perayaan keagamaan seperti Deepavali kerana dikhuatiri mempunyai unsur mengangkat syiar agama lain secara tidak langsung dan menyerupai sebahagian perbuatan ritual agama;


DIBOLEHKAN (HARUS) 

• melukis dengan penggunaan teknik pembuatan Kolam atau Rangoli yang dibuat pada selain hari-hari kebesaran agama Hindu dan dengan motif yang tiada kaitan dengan pemujaan dan keagamaan, seperti tumbuh-tumbuhan, bunga atau lakaran kartun. Ini seumpama Kolam yang dilukis dengan motif patriotik pada hari sambutan kemerdekaan negara dan seumpamanya.


Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman Islam yang benar demi menjamin penerimaan segala amal ibadah kita di sisi-Nya. Wallahu a’lam.


Kredit :

• Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ( artikel asal >  https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2735-al-afkar-22-melukis-kolam-rangoli-bagi-umat-islam )


• The Capital Post ( gambar > https://www.capitalpost.com.my/kolam-digital-kaedah-pembelajaran-menyeronokkan-mengenai-deepavali )


Shamsul Bakhtiar Zakaria meninggal dunia

 


Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, pukul 9.17 malam, 8 November 2023. 

Penyanyi berusia 53 tahun itu disahkan menghidap barah hati genap seminggu lalu selepas mengalami sakit perut yang kronik serta sesak nafas.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.

Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah pagi esok dan dikebumikan sebelum Zuhur. 

#jinbara #tia #shamsulbakhtiarzakaria


Kredit : KOSMO! ONLINE


Keputusan AFC Champion League : JDT - Ulsan Hyundai • 7 November 2023

 
AFC Champions League

Tarikh   : 7 November 2023 (Selasa)
Masa     : 8.00 malam
Venue   : Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor Bahru

KEPUTUSAN PERLAWANAN

JDT 2 - 1 Ulsan Hyundai
44'  Heberty Fernandes ( JDT )
69'  Ataru Esaka ( Ulsan Hyundai )
87'  Akhyar Rashid ( JDT )


#afcchampionsleague #bolasepak #football




TERENGGANU FC vs KL CITY FC : Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia 2023


Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia antara Terengganu FC menentang KL City FC pada 3 November 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada pusingan pertama, Terengganu FC telah memenangi perlawanan dengan jaringan 1-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Terengganu FC 2 - 1 KL City FC
[ agregat 4 - 2 ]

42' Ivan Mamut ( Terengganu FC )
52' Romel Morales ( KL City FC )
68' Ivan Mamut ( Terengganu FC )






JDT vs PERAK FC : Separuh Akhir Kedua, Piala Malaysia 2023


Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia antara JDT menentang Perak FC pada 2 November 2023, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim.

Pusingan pertama JDT telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4-1 di Stadium Perak. 

Walaupun JDT berada dalam kedudukan selesa namun perlu berwaspada dengan kebangkitan ibarat "cencaru makan petang" dari pasukan Perak FC.

Terkini Perak FC telah menewaskan pasukan bermasalah kewangan iaitu Kelantan FC dengan jaringan 8 berbalas 0. Jaringan yang besar menunjukkan kesungguhan pasukan perak FC untuk memberi kejutan seandainya pemain JDT alpa dan culas dalam permainan. 


KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT 8 - 1 PERAK FC
[ Agregat 12 - 2 ]

12' Arif Aiman ( JDT )
27' Bergson ( JDT )
31' Heberty ( JDT )
53' Fernando Forestieri ( JDT )
60' Bergson ( JDT )
62' Syafiq Ahmad ( JDT )
70' Syafiq Ahmad ( JDT )
90' Heberty ( JDT )
92' Firdaus Fuad ( Perak FC )




Keputusan Liga Super : 29 Oktober 2023

 

Satu perlawanan Liga Super telah berlangsung pada 29 Oktober 2023, 8.15 malam. Ia melibatkan pasukan bola sepak Sri Pahang dan  Terengganu FC.


KEPUTUSAN PERLAWANAN

Sri Pahang 2 - 2 Terengganu FC
25' Omid Nazari ( Terengganu FC )
72' Omid Nazari ( Terengganu FC )
78' Rafael Silvay ( Sri Pahang )
80' Sergio Aguero ( Sri Pahang )


Keputusan Liga Super Malaysia : 28 Oktober 2023

 
Sebanyak enam perlawanan bola sepak berlangsung pada 28 Oktober 2023.

Perlawanan antara KDA dan NSFC bermula pukul 5.30 petang. 

Perlawanan yang melibatkan Kelantan United - JDT serta Kuching City FC - Penang FC bermula pada 8.15 malam.

Perlawanan Perak FC dan Kelantan FC bermula pada jam 9.00 malam.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


KDA 3 - 0 NSFC 
14' Manual Gelito Ott ( KDA )
16' Amirbek Dzhuraboev ( KDA )
53' Ifedayo Olusegun ( KDA )

Kelantan United 0 - 2 JDT
75' Fernando Forestieri ( JDT )
90' + 1' Bergson ( JDT )

Kuching City FC 0 - 0 Penang FC

Separuh Masa Kedua

Perak FC 7 - 0 Kelantan FC
13' Luka Milunovic ( Perak FC )
17' Wan Zack Haikal ( Perak FC )
25' Luka Milunovic ( Perak FC )
33' Luka Milunovic ( Perak FC )
36' Shivan Pillay ( Perak FC )
49' Seo Seonung ( Perak FC )
66' Seo Seonung ( Perak FC )
84' Luciano Guaycochea ( Perak FC )



Keputusan pengundian bagi kelulusan resolusi gencatan senjata di Gaza

 


Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan resolusi menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Hamas dan menuntut akses bantuan ke Gaza.

Sebanyak 120 negara mengundi menyokong resolusi itu, 14 negara mengundi menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali termasuk Korea, Australia, Japan, India, Philipine, UK 🙄🙄

💩 14 Negara negara yang menentang resolusi 💩
❌Austria
❌Croatia, Czechia
❌ Fiji
❌Guatemala
❌Hungary
❌ Israel
❌ Marshall Islands, Micronesia
❌ Nauru
❌ Papua New Guinea, Paragu
❌Tonga
❌ United States

⛔️ 45 negara berkecuali ⛔️ 

A: Albania, Australia
B: Bulgaria
C: Cabo Verde, Cameroon, Canada, Cyprus
D: Denmark
E: Estonia, Ethiopia
F: Finland
G: Georgia, Germany, Greece
H: Haiti
I: Iceland, India, Iraq, Italy
J: Japan
K: Kiribati
L: Latvia, Lithuania
M: Monaco
N: Netherlands, North Macedonia
P: Palau, Panama, Philippines, Poland
R: Republic of Korea (South Korea), Republic of Moldova, Romania
S: San Marino, Serbia, Slovakia, South Sudan, Sweden
T: Tunisia, Tuvalu
U: Ukraine, United Kingdom, Uruguay, Vanuatu
Z: Zambia

Makan sama-sama : 28 & 29 Oktober 2023 di i-City, Shah Alam

 

Jom, Makan Nasi Lemak Sama-Sama! Berlangsung pada 28 & 29 Oktober di i-City, mari kita bersama-sama raikan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang paling ikonik! 😋🇲🇾

Menampilkan hidangan nasi lemak terbaik dari seluruh Malaysia, sertai kami dan nikmati pelbagai aktiviti menarik, tontoni persembahan & turut serta dalam percubaan rasmi mencipta rekod bagi Malaysian Book of Records untuk jumlah nasi lemak terbanyak dimakan di satu acara! 

——

Jom, Makan Nasi Lemak Sama-Sama! This 28 & 29 October at i-City, we’re celebrating our country’s most iconic national dish! 😋🇲🇾

Featuring the best nasi lemak from all over Malaysia, join us for exciting activities, performances & an official Malaysian Book of Records attempt for most nasi lemak eaten at an event! 

#makansamasama #foodunites #iniwarisankita #kembaraperpaduan #oneshahalamonedestination #icity

Ulsan Hyundai vs JDT : Liga Juara-Juara AFC - 24 Oktober 2023

AFC Champions League

Tarikh   : 24 Oktober 2023 (Selasa)
Masa     : 6.00 petang
Venue   : Stadium Ulsan Munsu, Korea Selatan

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Ulsan Hyundai 3 - 1 JDT
5'   Jeong Seung Hyeon ( Ulsan Hyundai )
12' Gustav Ludwigson  ( Ulsan Hyundai )
18' Gustav Ludwison  ( Ulsan Hyundai )
53' Bérgson Gustavo Silveira da Silva [ JDT ]



Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia : Perak FC lwn JDT - 19 Oktober 2023

 
Pertembungan antara pasukan Perak FC dan JDT dalam perlawanan bola sepak, Separuh Akhir Piala Malaysia di Stadium Perak di Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada yang berlangsung pada 19 Oktober 2023, jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PENUH

PERAK FC 1 - 4 JDT
7'   Oscar Arribas [ JDT ]
12' Arif Aiman [ JDT ]
71' Shahrul Saad [ JDT ]
76' Luciano Guaycochea ( Perak FC )
81' Nazmi Faiz Mansor [ JDT ]


Keputusan Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka : Malaysia lawan Tajikistan - 17 Oktober 2023


Edisi ke 42 Pestabola Merdeka ini berlangsung pada 17 Oktober 2023, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


KEPUTUSAN PERLAWANAN


MALAYSIA 0 - 2 TAJIKISTAN
44'  Rustam Soirov  [ Tajikistan ]
88'  Shakhrom Samiev [ Tajikistan ]



Keputusan Separuh Akhir Pestabola Merdeka : Malaysia lawan India - 13 Oktober 2023

 

Tarikh : 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa   : 9.00 malam
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil


KEPUTUSAN PENUH


MALAYSIA 4 - 2 INDIA
7'   Dions Cools [ Malaysia ]
13' Naorem Singh ( India )
20' Arif Aiman [ Malaysia ]
43' Faisal Halim [ Malaysia ]
51' Sunil Chhetri ( India )
61' Lawrence Corbin-Ong [ Malaysia ]



Perkara yang dilarang ketika PRK N36 Pelangai

 


MENJELANG PROSES PENGUNDIAN PRK N.36 PELANGAI

Hari Mengundi : 7 Oktober 2023 | Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Semua pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki Pusat Mengundi pada Hari Mengundi dilarang memakai baju / topi / pelitup separuh muka ( facemask ) atau membawa material yang mempunyai nama / lambang/ simbol / gambar parti atau calon yang bertanding atau apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.

Malaysia MADANI : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

#MalaysiaMadani

BG Pathum United vs JDT - AFC Champion League : 3 October 2023



Tarikh   : 3 Oktober 2023
Masa     : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Pathum Thani


KEPUTUSAN PERLAWANAN :

BG Pathum United 2 - 4 JDT
5'    Victor Cardozo - penalti [ Pathum United ]
6'    Arif Aiman ( JDT )
14'  Bergson ( JDT )
53'  Juan Muniz ( JDT )
55'  Victor Cardozo [ Pathum United ]
78'  Arif Aiman ( JDT )

BERAS TEMPATAN vs BERAS IMPORT : Apa yang sebenar berlaku ?

 


Ramai yang bertanya tentang isu harga beras yang mendadak naik. Di pihak kementerian banyak maklumat telah pun diedarkan untuk memberikan penerangan. Walau bagaimanapun ia dikatakan terlalu teknikal. 


1) Kenapa harga beras mendadak naik?

• Harga beras yang naik adalah beras import, manakala beras tempatan dikawal harganya pada RM26.00 untuk 10kg.

Harga beras import naik disebabkan kita membeli beras dari negara luar lebih mahal.
Contohnya pada Ogos 2022 harga beras Thailand ialah RM1,870/tan dan pada Ogos 2023 ia menjadi RM3,250/tan. India pula menyekat berasnya dijual ke luar.
 

2) Kenapa harga beras import tidak dikawal?

• Harga bergantung kepada harga pasaran. BERNAS sebagai wakil untuk membeli beras dan mengedar, tidak mampu menampung perbezaan harga akibat kenaikan harga belian dari negara luar.

Berbeza dengan beras tempatan, kerajaan memperuntukkan berbillion ringgit untuk mempastikan harganya kekal rendah.
 

3) Tapi beras tempatan pun susah nak jumpa?

• Akibat kenaikan harga beras import, ramai yang beralih kepada beras tempatan. Akibatnya, bekalan beras tempatan tidak mampu menampung permintaan.

Selama ini pun Malaysia hanya mampu membekalkan 60% hingga 65% daripada keperluan.


4) Betulkah beras disorok atau ditukar kampit?

• Banyak maklumat yang diterima, tetapi tidak lengkap untuk diambil tindakan, seperti tiada alamat kedai, kilang atau pemborong.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meminta bantuan orang ramai memberikan maklumat lengkap sekiranya ada, melalui hotline 03-8870 1751/ 1754/ 1183.


5) Apa kerajaan sudah buat untuk bantu rakyat?

• Melalui agensi seperti FAMA dan LPP, kerajaan akan membekalkan beras tempatan ke kawasan yang mengalami gangguan.

Menghadkan pembelian kepada 100kg kepada individu atau syarikat.

Memberikan lesen borong kepada peniaga makanan supaya dapat membeli beras import dengan harga borong dan tidak perlu membeli beras tempatan.

Mengimport beras dari negara lain yang masih menawarkan harga rendah seperti Pakistan dan Vietnam.

Mengadakan perbincangan dengan negara India untuk membuka semula eksport beras ke Malaysia.

 
6) Bilakah masalah ini akan selesai?

• Melalui tindakan yang diambil kita menjangkakan masalah beras tempatan akan dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan selepas beberapa kawasan jelapang padi selesai menuai.


[ Ini adalah pandangan peribadi Haris Alimudin yang merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 kepada Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia ]




Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023




Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai negara.

Penganjuran membabitkan beberapa buah negara termasuk Malaysia itu mampu memperkasa subsektor pelancongan udara di Melaka dan berupaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Ia membuka peluang kepada pelancong dan penduduk negeri Melaka untuk mengenali jenis-jenis pesawat dari seluruh agensi penguatkuasa di negara ini, selain negara luar seperti Australia, Singapura, Thailand, Eropah dan Rusia.

Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober.

Malah, karnival ini juga mendapat penyertaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai lagi. 

Harga tiket bagi karnival berkenaan adalah serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.


#KUAM2023 
#VisitMelaka2024 
#tourismmelaka

Festival Permainan Malaysia : 15 September 2023


Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional yang semakin terpinggir untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan  seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. 

Ia secara langsung akan menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia.

Pengisian program :

• Pertandingan Permainan Tradisional
• Pertandingan Permainan Moden
• Liga Permainan Tradisional (Gasing, Kabaddi, Galah Panjang, Yo Yo Cina)
• Liga Permainan Moden (Tarik Tali, Gusti Lengan)
• Persembahan Pentas
• Pertandingan Pencungkilan Bakat
• Bengkel dan Demonstrasi Permainan Tradisional
• Pameran, Demonstrasi dan Jualan Produk Kraf / Seni
• Jualan Makanan (Food Truck)

Klon P.Ramlee meninggal dunia

 


Penyanyi, Fairuz Misran ( 38 tahun ) yang memiliki wajah dan suara seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia pada 8 September 2023.

Allahyarham Fairuz dilaporkan rebah di kediamannya pada pukul 1.10 tengah hari tadi dan dikejarkan ke Hospital Labuan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 1.50 petang.

Pemergian Fairuz turut disahkan oleh ahli keluarganya, Ruzaidi Misran menerusi perkongsian di Facebook. Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah dan dibesarkan di Papar sebelum menetap di Kampung Pantai, Labuan.

Juara Bintang P. Ramlee peringkat kebangasaan 2012 itu dikenali dengan gelaran 'klon' P. Ramlee kerana memiliki rupa paras dan suara mirip seniman berkenaan.

Titah Sultan Ibrahim : "Beri Anwar lebih masa bangunkan ekonomi"


Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mentadbir kerajaan pada November 2022 tatkala negara sedang berada dalam masalah :

🚨 Hutang RM1.5 trilion
🚨 Krisis ekonomi
🚨 Inflasi tinggi (4%)
🚨 Krisis keyakinan pelabur terhadap kerajaan 33 bulan yang tidak stabil dan tidak pernah diabsahkan.

Tidak sampai 10 bulan memimpin, negara berjaya keluar daripada krisis ekonomi di mana ekonomi negara berkembang 5.6% pada suku pertama 2023. Lebih baik daripada negara-negara ekonomi besar dunia yang lain. 

Inflasi juga terus mereda setiap bulan dan terkini berada pada tahap terbaik 2%. Para pelabur juga sudah mula menunjukkan keyakinan untuk melabur pada Kerajaan Perpaduan yang stabil. 

China, Brunei, Tesla, AWS, Infineon sudah beri komitmen dgn pelaburan berbilion ringgit. Insya Allah, jika diberi masa sehingga tamat penggal, tidak mustahil negara akan bangkit semula menjadi Harimau Asia dari segi pembangunan ekonomi.

Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.

"Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa," titah baginda pada Sabtu, 26 Ogos 2023.

Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Kredit :

• MUKHRIZ MAT HUSIN ( Sinar Harian )

• AMER7211 ( X / Twitter )


Keputusan Liga Super : 27 Ogos 2023

 
Keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super, pusingan ke 21 yang melibatkan pasukan PDRM FC vs Penang FC, Perak FC vs KL City FC dan Kelantan United vs Sri Pahang FC.


Keputusan perlawanan



PDRM FC 3 - 0 Penang FC
( Stadium MBPJ, Petaling Jaya | 5.15 petang )

36'  Ousmane Fane - gol sendiri ( PDRM FC )
74'  James Okwuosa ( PDRM FC )
90'+4'  Bruno Suzuki ( PDRM FC )


Perak FC 0 - 4 KL City FC
( Stadium Perak, Ipoh | 8.15 petang )

30'  Kipre Tchetche ( KL City FC )
47'  Sebastian Avanzini ( KL City FC )
56'  Paulo Josue Sturmer dos Reis ( KL City FC )
88'  Sean Gainnelli ( KL City FC )



Kelantan United 1 - 5 Sri Pahang FC
( Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu | 9.00 malam )

10'  Azrif Nasrulhaq ( Sri Pahang )
23'  Sergio Aguero  ( Sri Pahang )
27'  Sergio Aguero  ( Sri Pahang )
66'  Kpah Sherman ( Sri Pahang )
77'  Royizzat Daud ( Kelantan United )
90'+3'  David Rowley ( Sri Pahang )




Keputusan Liga Super : 26 Ogos 2023

 

Keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super, pusingan ke 21 yang melibatkan pasukan KDA FC vs JDT, Sabah FC vs NS FC dan Kuching City FC vs Terengganu FC.


Keputusan perlawanan


KDA FC 3 - 3 JDT
( Stadium Darul Aman, Alor Setar | 9.00 malam )

36'   Ifedayo Olusegun ( KDA FC )
50'   Manuel Gelito Ott ( KDA FC )
53'   Lawrence Corbin-Ong ( JDT )
56'   Heberty ( JDT )
74'   Arif Aiman ( JDT )
90' + 2'   Amirbek Dzhuraboev ( KDA FC )



Sabah FC 3 - 1 NS FC
( Stadium Likas, Kota Kinabalu | 8.15 malam )

13'   Ramon ( Sabah FC )
29'   Ramon ( Sabah FC ) 
45'+1'   Cifu ( Sabah FC )
90'   Hein Aung ( NS FC )


Kuching City FC  0 - 2 Terengganu FC
( Stadium Sarawak, Kuching | 4.45 petang )

42'   Muhd Ros Hasni ( Terengganu FC )
55'   Engku Muhammad Nur Shakir ( Terengganu FC )



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan