Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023




Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai negara.

Penganjuran membabitkan beberapa buah negara termasuk Malaysia itu mampu memperkasa subsektor pelancongan udara di Melaka dan berupaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Ia membuka peluang kepada pelancong dan penduduk negeri Melaka untuk mengenali jenis-jenis pesawat dari seluruh agensi penguatkuasa di negara ini, selain negara luar seperti Australia, Singapura, Thailand, Eropah dan Rusia.

Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober.

Malah, karnival ini juga mendapat penyertaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai lagi. 

Harga tiket bagi karnival berkenaan adalah serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.


#KUAM2023 
#VisitMelaka2024 
#tourismmelaka

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan