BERAS TEMPATAN vs BERAS IMPORT : Apa yang sebenar berlaku ?

 


Ramai yang bertanya tentang isu harga beras yang mendadak naik. Di pihak kementerian banyak maklumat telah pun diedarkan untuk memberikan penerangan. Walau bagaimanapun ia dikatakan terlalu teknikal. 


1) Kenapa harga beras mendadak naik?

• Harga beras yang naik adalah beras import, manakala beras tempatan dikawal harganya pada RM26.00 untuk 10kg.

Harga beras import naik disebabkan kita membeli beras dari negara luar lebih mahal.
Contohnya pada Ogos 2022 harga beras Thailand ialah RM1,870/tan dan pada Ogos 2023 ia menjadi RM3,250/tan. India pula menyekat berasnya dijual ke luar.
 

2) Kenapa harga beras import tidak dikawal?

• Harga bergantung kepada harga pasaran. BERNAS sebagai wakil untuk membeli beras dan mengedar, tidak mampu menampung perbezaan harga akibat kenaikan harga belian dari negara luar.

Berbeza dengan beras tempatan, kerajaan memperuntukkan berbillion ringgit untuk mempastikan harganya kekal rendah.
 

3) Tapi beras tempatan pun susah nak jumpa?

• Akibat kenaikan harga beras import, ramai yang beralih kepada beras tempatan. Akibatnya, bekalan beras tempatan tidak mampu menampung permintaan.

Selama ini pun Malaysia hanya mampu membekalkan 60% hingga 65% daripada keperluan.


4) Betulkah beras disorok atau ditukar kampit?

• Banyak maklumat yang diterima, tetapi tidak lengkap untuk diambil tindakan, seperti tiada alamat kedai, kilang atau pemborong.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meminta bantuan orang ramai memberikan maklumat lengkap sekiranya ada, melalui hotline 03-8870 1751/ 1754/ 1183.


5) Apa kerajaan sudah buat untuk bantu rakyat?

• Melalui agensi seperti FAMA dan LPP, kerajaan akan membekalkan beras tempatan ke kawasan yang mengalami gangguan.

Menghadkan pembelian kepada 100kg kepada individu atau syarikat.

Memberikan lesen borong kepada peniaga makanan supaya dapat membeli beras import dengan harga borong dan tidak perlu membeli beras tempatan.

Mengimport beras dari negara lain yang masih menawarkan harga rendah seperti Pakistan dan Vietnam.

Mengadakan perbincangan dengan negara India untuk membuka semula eksport beras ke Malaysia.

 
6) Bilakah masalah ini akan selesai?

• Melalui tindakan yang diambil kita menjangkakan masalah beras tempatan akan dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan selepas beberapa kawasan jelapang padi selesai menuai.


[ Ini adalah pandangan peribadi Haris Alimudin yang merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 kepada Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia ]




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan